Tuesday, September 22, 2009

Ride Raya

Seperti yang saya rancangkan, hari raya pertama meraikan keluarga, raya kedua raikan kawan.
So, pada pagi hari raya kedua group Sungai Kerang telah datang ke rumah saya untuk program beraya dengan ahli-ahli TERC. Mereka sampai dalam pukul 10.00 pagi. Di rumah saya telah ada Sdr Asmadi dan Apai datang beraya.
Group Sg Kerang disertai empat motor sahaja; PakSu Non, Malik, Jo dan Nor. Destinasi kami yang pertama ialah ke rumah PakTeh Zaini. Selaku ketua kampung aktiviti ride PakTeh agak terbatas pada hari raya ini. Jadi terpaksalah PakTeh melayan kengkawan di rumah sahaja.
Selepas rumah PakTeh, kami terus beraya di rumah Sayed dan Rusli Badang di Kamunting. Kemudian kami dengan disertai Abang Sayed dan Rusli Badang ride pula ke rumah Rosle MPOB yang terletak tak jauh dari Taman Mewah. Selepas itu kami terus ke rumah Che Man Driving School di Taman Muhibbah. Memandangkan hari nampak mendung kami pun bergerak semula balik ke rumah saya.
Selepas solat kami pun ride semula. Janjinya saya akan bertemu seorang kawan internet yang nak jual CDI Jaguh di Kuala Kangsar. Kami pun bertolak ke Kuala Kangsar dalam pukul 5.30 petang. Dalam perjalanan kami singgah sebentar di rumah Hj Omar dan sempat berbual di luar sahaja, tak masuk sebab isteri Haji menjalani homodylisis di bandar. Kemudian kami lalu di hadapan rumah Abang Noh, juga tak ada sebab bekerja.
Kami pun bergerak ke Kuala Kangsar. Sampai di Kuala Kangsar kami terus ke rumah Abang Radzi yang kini merupakan Ketua Kampung Padang Changkat, Chandan. Lama juga tak jumpa abang
Radzi. Banyak juga yang dibualkan sampai tak sedar jam sudah pukul lapan malam. Kami pun bertolak balik ke Taiping.
Hasrat nak jumpa member internet tadi tak jadi sebab katanya dia ke Ipoh.
Sampai di Tol Changkat Jering kami berhenti sekejap. Sempat juga bertukar karburetor dengan Nor kerana dia komplen motor tak boleh laju. Memang betul karburetornya tak boleh laju sebab selepas pasang pada motor saya, enjin jadi berat. Esok kenalah cari punca sebab musababnya…

Begitulah secara ringkas konvoy raya yang sempat saya buat tahun ini. Banyak rumah tak dapat pergi. Ada yang balik kampung, ada yang tak dapat dihubungi, dan lain-lain lagi. Tak mengapalah, janji lepas juga gian nak ride...
Jumpa kita lagi...

2 comments:

Mike said...

Bila President nak buat rumah terbuka...kami nak pi serbu...

pcbahar said...

Rumah teman sentiasa terbuka, datang la bila-bila masa..
Tapi untuk rumah terbuka Kelab insyaAllah kita akan buat pada Ahad dua minggu akan datang.. Tunggukan pengumuman..