Thursday, April 29, 2010

Apa ada pada jawatan

Semalam AJK TERC telah berbincang agak panjang lebar tentang kedudukan YDP dan NYDP dalam Kelab. Saya telah terangkan kedudukan saya selaku YDP. Begitu juga Paksu Non selaku NYDP juga memberikan pendapat beliau. Apa yang kami dapat simpulkan bahawa Kelab perlu diteruskan tidak kira siapa pun penerajunya. Bukan jawatan yang kita pentingkan. Biarlah tiada jawatan sekali pun, kita tetap berkelab. Ini berbeza dengan YDP dan NYDP lama yang menghilang diri apabila kalah dalam mesyuarat agung terus keluar kelab dan buat kelab baru. Bagi saya dan Paksu kami sependapat bahawa jawatan bukanlah segala-galanya. Sebagai ahli kelab kita boleh memberi sumbangan dalam pelbagai cara dan pelbagai bentuk. Bukannya apabila kalah jawatan terus memburuk-burukkan kelab, apatah lagi buka kelab baru. InsyaAllah TERC akan terus maju dan mantap bersama-sama ahli yang terus setia tanpa memikirkan jawatan. He, he.. kalau teman hilang jawatan ni toksah la komer riso, takdenyer teman bukak kelab baru…

Dalam perbincangan semalam saya menerangkan kepada AJK bahawa jatuh bangunnya Kelab kita bukan bergantung kepada dua tiga orang individu, tetapi setiap ahli perlu menggembleng tenaga memastikan kekuatan kelab terus terpelihara. Saya ingin menyeru kepada semua bikers yang benar-benar bikers sejati supaya hentikan politicking dalam kelab dan ketepikan perselisihan pendapat, barulah kita boleh duduk semeja dan sebumbung. Bagi TERC dan LBC misalnya, kita boleh bergerak bersama-sama dan seiringan… Dan komer-komer yang masih belum berkelab secara yang sah bolehlah menyertai mana-mana Kelab yang sah di Taiping ni… Di sini saya mempelawa mana-mana pemilik easy rider, yang nak ride secara bersantai-santai seorang atau bawa isteri/anak makan-makan angin, tak kira cc, mailah join TERC… Kalau nak gah lagi joinlah LBC yang keahliannya terbuka kepada pemilik easy rider 500cc ke atas sahaja… Kalau nak laju-laju guna sistem check-point semasa ride bolehlah join TBC… Pilih komer pilih…

Okay, tunjukkan yang anda ada semangat setia kawan TERC…

Sabtu 1 Mei 2010 ada konvoy pengantin (dan makan kenduri sekali) ke Batu Kurau. Semua peserta sila tunggu di PETRONAS Kamunting jam 11.30 pagi. Maklumat lanjut hubungi PRO LBC Sdr Sahimi 0175694649… Semua dijemput hadir gegarkan Batu Kurau…

Sementara itu semua ahli TERC dijemput mereka corak (design) t-shirt TERC… T-shirt hendaklah bewarna hitam, jenis round-neck dan mengandungi kata-kata atau corak yang melambangkan identiti TERC… Sila hantar design anda pada kertas A4 sebelum Sabtu 15 Mei 2010… Pencipta design terpilih akan menerima hadiah menarik yang akan diumumkan kemudian…

Hidup TERC!!!!

Monday, April 26, 2010

Program Anak Yatim dan Kuala Kangsar

Pada 24 dan 25 April yang baru lalu saya telah bercuti ke Genting Highlands sambil membawa anak-anak murid dalam satu lawatan sambil belajar ke sana. Itulah pertama kali menjejak kaki ke sana buat saya dan hampir semua peserta rombongan. Letih juga ikut rombongan tersebut, maklumlah terpaksa layan pelbagai kerenah anak-anak murid.
Pada tarikh-tarikh yang sama, kelab kita terlibat dengan dua aktiviti yang agak grand. Pada 24 April 2010 seperti yang telah dirancang, Kelab menerima kunjungan Persatuan Kulaan Malaysia untuk bersama-sama meraikan anak-anak Yatim Nur Hidayah, Kampung Cheh, Bukit Gantang. Saya dapat khabar program tersebut sangat meriah, dengan kehadiran 20 buah kereta daripada Persatuan Kulaan, 20 motosikal daripada TERC dan 10 buah daripada LBC. Dalam program tersebut, beberapa karung pakaian terpakai telah disumbangkan kepada anak-anak yatim. Para bikers pula berjaya mengumpul lebih RM400 untuk disedekah kepada anak yatim.


Sdr Matki merupakan matermind program bersama anak yatim ini...

Pada hari Ahad 25 April pula telah berlangsung program himpunan bikers di Arena Square Kuala Kkangsar sempena sambutan keputeraan Sultan Perak. Diberitakan selain TERC dan LBC, turut memeriahkan program ialah geng-geng dari Choppersgarage dan NERC Penang.
Bikers dari TERC dan LBC bergambar di Dataran Sungai Perak
Saya memang teruja mendapat berita-berita memberangsangkan tentang program-program bikers. Walaupun saya tidak dapat menyertai, saya tetap mendoakan kejayaan Kelab dalam setiap aktiviti yang diceburi. Ini menunjukkan bahawa dalam pertubuhan kita ini jawatan tidak penting, tetapi komitmenlah yang menjadi tunjang utama. Tentang jawatan saya ini, saya akan huraikan pada entri yang akan datang.
Sekian.
*Gambar-gambar dicilok dari facebook Matki... Terima kasih Matki...

Saturday, April 24, 2010

Terima kasih banyak

Saya mengucapkan terima kasih banyak kepada kawan-kawan yang memberi pendapat tentang hasrat saya untuk berundur diri. Ada yang menelefon, ada yang menghantar sms dan email, ada yang berjumpa sendiri. Semuanya memberi pelbagai pendapat yang boleh dikatakan logik belaka. Sekali lagi saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Namun keputusan saya untuk berundur adalah muktamad.

Cuma kawan-kawan berharap supaya tarikh tersebut, iaitu 1 Mei 2010 kurang sesuai kerana terlalu dekat. Dalam perbincangan semalam mereka telah sama-sama sepakat memberi saya cuti selama mana yang saya mahu sementara kita dapat pengganti YDP yang baru. Saya menerima pandangan ini dan bersetuju untuk bercuti sementara.
Sementara saya dalam bercuti ini saya harap Paksu Non selaku NYDP dapat memangku jawatan saya dengan dibantu oleh semua AJK yang ada. Saya yakin Kelab kita akan terus berjaya tidak kira siapa yang menerajuinya.

Gitulah adanya...

Friday, April 23, 2010

Saya mohon undur diri

Saya mohon mengundur diri daripada jawatan YDP TERC berkuatkuasa 1 Mei 2010. Permohonan saya ini adalah disebabkan:
1. Saya akan ditawarkan jawatan Pensyarah di mana-mana IPG. Saya telah mengemukakan permohonan kepada Bahagian Pendidikan Guru dan berasa yakin akan berjaya. Sebagai pensyarah nanti sudah tentu saya tidak dapat memberi tumpuan kepada aktiviti Kelab.

2. Saya ingin melanjutkan pelajaran di peringkat PHD. Memang menjadi hasrat saya untuk menghabiskan pengajian saya sehingga peringkat PHD. Ini memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Dalam masa pengajian banyak perkara yang perlu dilakukan di samping tugas-tugas seharian sebagai pendidik. Antaranya perlu mentelaah banyak buku dan kajian-kajian yang lepas, membentang kertas kerja di seminar-seminar pendidikan, membuat kajian, menulis disertasi, menyiapkan thesis dan sebagainya.

Itulah dua sebab utama mengapa saya mahu mengundur diri. Saya yakin dua faktor ini dapat difahami oleh rakan-rakan dalam Kelab. Saya telah menghantar notis letak jawatan melalui sms kepada semua AJK.

Saya menyerahkan kepada Kelab untuk melantik YDP yang baru. Atau jika tiada pengganti harap NYDP dapat menjalankan tugas-tugas YDP dengan dibantu oleh semua AJK yang ada.

Saya yakin Kelab akan terus berjaya di bawah kepimpinan yang baru. Sepanjang saya menerajui Kelab, saya amat berpuas hati dengan segala yang telah dicapai.

Antara kejayaan Kelab ialah kita sudah ada sebuah kedai yang boleh dijadikan tempat untuk pelbagai aktiviti dan perjumpaan Kelab. Antara aktiviti yang pernah dijalankan di situ ialah mengadakan dua kali kempen derma darah, majlis sambutan tahun baru, sambutan kemerdekaan dan pelbagai lagi aktiviti yang dijalankan dari semasa ke semasa.
Untuk makluman semua, sewa kedai Kelab telah saya bayar sehingga bulan Disember 2010 dengan duit saya sendiri, tanpa mengusik satu sen pun duit Kelab. Segala kos ubahsuai Kedai juga telah saya bayar dan saya tidak akan menuntut apa-apa daripada Kelab.

Dari segi kewangan pula, kita telah dapat meningkatkan jumlah tabungan daripada sekitar RM2000 ke RM6000. Dengan jumlah ini Kelab dikira amat berjaya mengawal tabungan Kelab dan setiap ahli patut berbangga dengannya.

Kerjasama dengan kelab-kelab lain juga telah dapat dijalinkan dengan amat baik. Antaranya dengan rakan-rakan daripada LBC, TBC, MBC, Choppersgarage, Kemoja, Windstar dan sebagainya.
Saya tidak nampak kesan negatif jika ketiadaan saya. Saya mendoakan agar Kelab akan terus berjaya dan menjadi kebanggaan kepada setiap ahli.
Selamat maju jaya...
Hidup TERC....

Wednesday, April 21, 2010

Ketahui hak anda - insuran keta

Kalau anda ada kereta berusia lebih 15 tahun, mungkin maklumat berikut dapat membantu....

Baru pagi tadi teman ambik insuran kereta sebab roadtax nak luput dah 2 Mei ini. Keta teman dah tua, usia lebih 22 tahun. Susah benor nak dapatkan insuran untuk kereta ini. Untuk kereta-kereta yang berumur lebih 15 tahun tak banyak syarikat insuran yang nak jual polisi mereka. Tahun lepas hanya Takaful Malaysia yang sanggup, itu pun third party sahaja. Tahun ini kononnya Takaful Malaysia dah tak sanggup...
Tahun ini Allianze Insurance sahaja yang sanggup, juga third party. Tapi kelebihan Allianze ini walaupun third party, ia merangkumi fire and theft, dan juga termasuk perlindungan untuk penumpang. Ini hampir-hampir macam first party juga. Perlindungan maksimum untuk fire and theft ialah sehingga RM10,000. Kira okay la tu..
Apa-apa hal pun kepada kengkawan yang masih menggunakan kereta "tua", selalu-selalulah bertanya kepada yang lebih arif...
Inilah cover note yang saya dapat pagi tadi... Syukur, dapat juga teman roadtax setahun lagi...

Sunday, April 18, 2010

Sibuk badminton dan program Kelab

Saya agak sibuk dalam seminggu dua ini kerana terlibat dengan pertandingan badminton sekolah-sekolah peringkat negeri Perak di Ipoh. Saya telah maklumkan kepada semua ahli tentang kesibukan saya. Cuma petang ini baru saya dapat merihatkan diri.

Inilah sebahagian kontinjen Badminton LMS ke Kejohanan Badminton MSSPk 2010 yang diadakan di Dewan MBI, Ipoh dari 16 hingga 18 April 2010

Selepas ini bolehlah agaknya kita jalankan beberapa aktiviti seperti yang telah kita rancang. Antaranya ialah pada 24 April ini, iaitu pada petang Sabtu kita akan mengadakan majlis meraikan anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim Nur Hidayah, kampung Cheh Bukit Gantang. Turut menyerikan majlis nanti ialah penyerahan sumbangan daripada beberapa ahli korporat dari ibu kota. Dijemput semua ahli untuk menghadirkan diri pada majlis tersebut.

Pada hari Ahad, 25 April pula dengar cerita ada himpunan tahunan bikers di Lembah, Kuala Kangsar sempena keputeraan Baginda Sultan Perak. Acara ini merupakan acara tahunan selalunya disertai oleh ramai pemilik Vespa, motor klasik, RD Club, IBC dan lain-lain. Sama-samalah kita memeriahkan sambil gegarkan kuale...

Pada hujung bulan Mei nanti, sempena cuti sekolah insyaAllah kita akan mengadakan ride jauh, sejauh hujung daratan paling selatan benua Asia. Tunggulah pengumumannya.

Friday, April 2, 2010

Pelancaran Buletin TERC

Pelancaran buletin sulung TERC telah dilaksanakan pada hari Jumaat 2 April 2010. Hasrat untuk menerbitkan buletin ini memang sudah lama tetapi amat sukar direalisasikan. Kelab rasa bertuah kerana Cikgu Rizal, iaitu Penolong Setiausaha TERC dengan bantuan beberapa orang kuat TERC telah berjaya menghasilkan buletin sulung kelab.

Dapatkan senaskah Buletin TERC sebagai hadiah daripada TERC untuk anda ahli-ahli yang terus tetap setia kepada kelab... Hidup TERC!

Inilah kulit hadapan buletin sulung TERC...


Seorang ahli baru TERC, Abg Halim Loko turut memperkenalkan diri dalam majlis tersebut...