Monday, April 26, 2010

Program Anak Yatim dan Kuala Kangsar

Pada 24 dan 25 April yang baru lalu saya telah bercuti ke Genting Highlands sambil membawa anak-anak murid dalam satu lawatan sambil belajar ke sana. Itulah pertama kali menjejak kaki ke sana buat saya dan hampir semua peserta rombongan. Letih juga ikut rombongan tersebut, maklumlah terpaksa layan pelbagai kerenah anak-anak murid.
Pada tarikh-tarikh yang sama, kelab kita terlibat dengan dua aktiviti yang agak grand. Pada 24 April 2010 seperti yang telah dirancang, Kelab menerima kunjungan Persatuan Kulaan Malaysia untuk bersama-sama meraikan anak-anak Yatim Nur Hidayah, Kampung Cheh, Bukit Gantang. Saya dapat khabar program tersebut sangat meriah, dengan kehadiran 20 buah kereta daripada Persatuan Kulaan, 20 motosikal daripada TERC dan 10 buah daripada LBC. Dalam program tersebut, beberapa karung pakaian terpakai telah disumbangkan kepada anak-anak yatim. Para bikers pula berjaya mengumpul lebih RM400 untuk disedekah kepada anak yatim.


Sdr Matki merupakan matermind program bersama anak yatim ini...

Pada hari Ahad 25 April pula telah berlangsung program himpunan bikers di Arena Square Kuala Kkangsar sempena sambutan keputeraan Sultan Perak. Diberitakan selain TERC dan LBC, turut memeriahkan program ialah geng-geng dari Choppersgarage dan NERC Penang.
Bikers dari TERC dan LBC bergambar di Dataran Sungai Perak
Saya memang teruja mendapat berita-berita memberangsangkan tentang program-program bikers. Walaupun saya tidak dapat menyertai, saya tetap mendoakan kejayaan Kelab dalam setiap aktiviti yang diceburi. Ini menunjukkan bahawa dalam pertubuhan kita ini jawatan tidak penting, tetapi komitmenlah yang menjadi tunjang utama. Tentang jawatan saya ini, saya akan huraikan pada entri yang akan datang.
Sekian.
*Gambar-gambar dicilok dari facebook Matki... Terima kasih Matki...

No comments: