Wednesday, November 19, 2008

Teruskan bermotor

Tempoh hujung tahun macam ni saya selalunya sangat sibuk menguruskan peperiksaan SPM sambil menyiapkan kerja-kerja sekolah yang perlu dibereskan sebelum berakhir sessi persekolahan. Namun demikian saya berharap kawan-kawan teruskan aktiviti bermotor seperti biasa. Siapa yang dapat silakan, yang tak dapat insyaAllah akan menyertai apabila berpeluang nanti.
Kita juga dimaklumkan Presiden Kelab kita telah melanjutkan pelajarannya di Institut Perguruan Darul Aman bermula 17 November 2008. Kita ucapkan selamat belajar kepada beliau. Beliau juga memberikan harapan yang sama agar semasa ketiadaan beliau Kelab akan teruskan aktiviti seperti biasa.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan sebarang cadangan atau komen yang membina untuk kelab. Semoga Kelab kita menjadi medan beraktiviti yang sihat pada setiap masa.

Sunday, November 2, 2008

Memoir seorang sahabat

Seorang ahli Kelab, Zainol Bin Yaacob telah kembali ke rahmatullah pada 1 November 2008 d rumah isterinya di Kelantan. Pemergiannya sangat mengejutkan kerana baru minggu lepas Allahyarham bersama-sama dalam majlis sambutan Hari Raya di Kedai Kelab. Allahyarham adalah seorang yang sangat sederhana dalam penampilan tetapi merupakan antara ahli yang bergiat aktif sekiranya berpeluang. Beliau bertugas sebagai pengawal keselamatan di Lembaga Hasil Dalam Negeri, Taiping setelah bersara daripada angkatan tentera beberapa tahun lalu. Beliau ditukarkan dari LHDN Kelantan ke cawangan Taiping pada awal tahun 2008. Sebaik ditukarkan beliau terus menjadi ahli Kelab TERC. Sebaik menjadi ahli Kelab, beliau menjemput rakan-rakan dari Windstar Kelantan berkunjung ke Taiping.
Kelab merasa satu kehilangan yang besar dengan pemergian Allahyarham... Semoga ronya dicucuri rahmat..