Thursday, July 30, 2009

Berita sedih

Berita sedih bulan ini kerana kita kehilangan dua orang sahabat yang pernah menjadi ahli TERC.

Seorang ialah Sablin yang meninggal dunia di kampungnya di Sarawak. Beliau sebenarnya telah meninggal tahun lepas tetapi baru dimaklumkan kepada Sdr Jeff yang selalu hantar sms tetapi tidak berbalas. Cuma baru tadi pagi Jeff terima balasan sms yang mengatakan tuan punya henfon dah takde.

Seorang lagi ialah Allahyarham Shahriman Ahmad Tarmizi yang meninggal dunia ketika bertugas dengan PLKN Kampar kalau tak silap. Kedua-dua kes disebabkan serangan sakit jantung.

Allahyarham Shahriman dikebumikan di kampungnya Kampung Geluk, Lenggong.

Sehubungan itu TERC akan mengadakan lawatan ziarah ke Kampung Geluk pada hari Ahad ini, 2 Ogos 2009. Sesiapa yang ingin turut serta sila tunggu di Kedai Kelab dan kita akan bergerak pukul 9.00 pagi. Harap ramai-ramai dapat pergi sebab dah lama tak panaskan enjin... Jum

Program Derma Darah - Terkini

Program Derma Darah "Setitis Darah Merdeka" insyaAllah akan diteruskan seperti dijadualkan pada asalnya iaitu seperti berikut:
Tarikh: Sabtu, 15 Ogos 2009
Masa: 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat: Kedai kelab TERC di no. 10, Gerai Seri Kota, Kawasan Rumah Hijau, Taiping.

Sehubungan dengan itu semua sahabat handai rakan taulan saudara mara kaum kerabat ahli dan bukan ahli dijemput hadir untuk memeriahkan majlis, tak kira sama ada sebagai penderma atau sekadar meraikan majlis... Semua dijemput...

Thursday, July 23, 2009

Jum Asah Tayar

Ini ada beberapa aktiviti terdekat yang memerlukan penyertaan anda..
Ahad 26 Julai 2009 - Ride makan angin sambil perangat enjin dan asah tayar ke Sedim, Kedah. Berkumpul di Kedai Kelab jam 8.00 pagi.
Ahad 2 Ogos 2009 - Karnival motor anjuran Ali Motor, Kamunting.. Tunggu maklumat lanjut atau terus hubungi Ali...
Ahad 9 Ogos 2009 - Konvoy Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Merdeka anjuran Rukun Tetangga, Simpang... Ini acara tahunan anjuran Uncle Sarmugam, Pengerusi Rukun Tetangga, Jalan Kampung Dew Barat.. Masih ingat? Untuk tahun ini katanya kita akan berkonvoy ke Pantai Remis dan terus ke Teluk Batik. Nanti saya maklumkan lagi melalui sms...
Sabtu 15 Ogos 2009 - Jamuan Rakyat di Taman Raja Idris dan kempen derma darah "Setitis Darah Merdeka" di Dewan Sri Kota. Mai, jangan tak mai...

Ada siapa-siapa lagi nak tambah...?

Kali ini saya memerlukan penyertaan beramai-ramai daripada semua bikers... Lupakan sengketa lama (jika ada) dan kita buka lembaran baru... Saya mengalu-alukan semua...

Tuesday, July 21, 2009

Program 2 Ogos tunda ke 15 Ogos

Program Jamuan Rakyat pada 2 Ogos seperti yang dihebahkan sebelum ini ditunda kepada 15 Ogos 2009. Jadi pada tarikh yang sama kita akan ada dua program serentak iaitu Jamuan Rakyat dan kempen derma darah "Setitis Darah Merdeka". Diharap kengkawan semua ambil perhatian.

Sementara itu saya suka mengingatkan kengkawan agar terus memberi sokongan kepada Kelab kerana kita ada banyak lagi program yang sedang menanti. Saya juga mengalu-alukan sebarang komen, pandangan dan cadangan yang membina untuk kebaikan bersama. Gunakanlah bahasa yang sopan dan berhemah. Tunjukkan anda seorang yang berhemah tinggi dan berperkerti mulia. Saya sebut perkara ini kerana ada beberapa hamba Allah yang menggunakan bahasa yang amat kurang sedap dibaca yang dikomen dalam blog saya. Mungkin bukan ahli kita gamaknya tu walaupun mengaku ahli biasa atau ahli dah boring...

Wednesday, July 15, 2009

Program Terdekat

Dalam sehari dua ni saya agak sibuk dengan pelbagai kerja sehinggakan aktiviti kelab terpaksa ditinggalkan sekejap. Bagaimanapun saya ingin ingatkan beberapa aktiviti Kelab yang terdekat. Antaranya:
17 - 19 Julai 2009 - ada bike week di Melaka. Kelab tak join secara rasmi tetapi tidak menghalang ahli-ahli yang ingin pergi atas inisiatif sendiri.
18 - 19 Julai 2009 - tarikh ini cadangnya kita nak buat ride muhibbah ke Sentul , Kuala Lumpur. Lama dah plan ni, tapi tak tahu penyertaan macam mana. Takpe la, kalau ada, ada la.. (maklumlah, tengah bulan..)
2 Ogos 2009 - jamuan rakyat di Taman Raja Idris anjuran PakTeh Zaini dan JKKK/UMNO cawangan. Yang ini semua ahli kelab motor dijemput hadir sambil memperagakan motor cantik masing-masing. (Motor tak cantik minta mahap...)
15 Ogos 2009 - Kempen derma darah "Setitis Darah Merdeka" di Dewan MPT Sri Kota.

Sebarang pertanyaan sila hubungi PakSu Non atau mana-mana AJK TERC...

Tuesday, July 7, 2009

Homestay Kelab

Salah satu keputusan mesyuarat AJK TERC baru-baru ini ialah Kelab bercadang untuk menyewa sebuah premis untuk dijadikan sebagai homestay. Ini merupakan aktiviti Kelab yang akan memberi manfaat kepada ahli-ahli di samping dapat menjana pendapatan untuk Kelab. Namun demikian, ada beberapa faktor yang perlu diambil kira sebelum projek ini diteruskan. Yang pertama dari segi kos yang agak tinggi. Kelab perlu mempunyai sumber modal yang mantap untuk memulakan projek. Selain itu lokasi tempat juga perlu diambil kira. Aspek pengurusan pula sangat penting bagi kejayaan projek ini.

Saya suka mendengar pendapat kawan-kawan tentang baik buruknya projek ini. Kalau baik kita teruskan. Kalau buruk kita lupakan. Kita ada masa dalam dua tiga minggu untuk memikirkan perkara ini. Salurkan pendapat anda kepada mana-mana AJK TERC.