Sunday, February 28, 2010

Laporan Ride Titiwangsa bergambar

Antara peserta yang dah tak sabar nak memulakan perjalanan....
Nanti dulu... Dengar taklimat pergerakan dan baca doa dulu. Ustaz Khairul kata hari ni kita wajib solat Jumaat... Selepas solat boleh terus jamak waktu Asar... Paham ke idak ni?
Motor Ustaz semput kat Tasik Raban... Senang je ni ustaz, kata mekanik bergerak kita... Dia pakai ekzos besi, patut la... kenapa tak pakai ekzos buluh...
Tak sabar nak pekena laksa kelantan... Bak sudu cepat, teman dah lapor ni... Laksa kelantan mana pakai sudu yeop, pakai jari je... Jari pun jari la, dua pinggan licin...
Motor PakTeh pula buat hal... ooh bunyi pom, pom , pom... Nak kasi tak bunyi terus pun boleh....
Sedang menunggu sup belut kat medan selera stadium... Sup beluk takdok, sup perut ado... Sup perut tak mboh la... Kat Tepeng pun ado, mokcik ooooo...
Dah selesai hari pertama... Hari kedua... Cukup rihat ke? Kalau letih malu la.... Paksu steady je...
Nak bergerak balik dah... Bulan April kita datang lagi untuk 4th Bike Week Kelantan...
Catatan: Banyak lagi gambar-gambar menarik dalam simpanan Matki, Hj Sabri, Jeff dan lain-lain.... Sila datang kedai Kelab kalau nak tengok....

Laporan Ride Titiwangsa

Sementara saya hendak ke Batu Kurau pagi ni, apa kata kengkawan komen dulu kat sini...

Tapi keseluruhannya, ride kali ini memang terbest....

Tunggu laporannya....

Belum apa-apa member Kelantan Bikers dah welcome kita...
Rujuk sini http://kelantan-bikers.blogspot.com/

Kita akan cuba menyertai 4th Bike Week Kelantan. Kalau tak ramai yang pergi, sekurang-kurangnya kita akan hantar wakil untuk join... Sebab bukan hari cuti...

Saturday, February 27, 2010

Maawardi kembali ke Rahmatullah

Allahyarham Maawardi merupakan ahli baru yang aktif. Mula menyertai TERC pada awal 2009. Kalau anda masih ingat, aktiviti pertama Allahyarham ialah menziarahi adik Ihsan di kampung Temerlok yang menderita sakit kulit. Allahyarham tidak lupa menjemput ahli-ahli TERC semasa kenduri rumah barunya di Kampung Perak, Batu Kurau. Kemudiannya Allahyarham sekali lagi menjemput ahli TERC menjamu selera di rumahnya dengan pelbagai hasil dusun. Kali terakhir sumbangan beliau yang tak kurang pentingnya ialah menderma darah semasa Tabung Darah sangat-sangat memerlukan bekalan darah segera.
Itulah serba ringkas tentang penglibatan Allahyarham dalam kelab. Sesungguhnya pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar buat Kelab. Kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat.
Al-Fatihah.

Thursday, February 25, 2010

Last Call Jom ke Kelantan

T-shirt dah siap.
Perintah Pergerakan pun dah siap.
Lori Rescue Party juga dah standby....
Jadi apa pikio lagi, moh le kita ride...

Sunday, February 21, 2010

Selamat Pengantin Baru PakYa

Siang tadi berlangsung majlis pernikahan Sdr Zakaria Mohd Yusoff atau mesra dengan panggilan PakYa Kecik di Kuala Kurau. Pihak Kelab mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Pakya dan isteri, semoga kekal sepanjang hayat. Gambar menunjukkan Sdr YDP TERC menyampaikan sumbangan Kelab kepada PakYa. Turut kelihatan ialah PakSu Non, Sdr Jeff dan Sdr Rosli Badang.

Friday, February 19, 2010

Moh Ke Kelantan (update 2)

Pergerakan konvoy ke Kelantan dijadualkan seperti berikut:

Bertolak dari kedai Kelab di Gerai Seri Kota, Taiping pukul 8.30 pagi. Konvoy akan berhenti rehat di Hentian Titiwangsa kira-kira pukul 10.30 pagi. Setelah berehat selama sejam, konvoy akan terus ke Bukit Bunga untuk berehat dan solat Jumaat. Selepas solat, konvoy akan bergerak terus menuju ke tempat penginapan di Pantai Cahaya Bulan, iaitu di rumah penginapan Nor Batik. Pada sebelah malam kita akan ke Wakaf Che Yeh untuk ronda-roda sebelum program hari pertama tamat kira-kira jam 12.00 malam.

Keesokannya kita akan bertolak balik pukul 10.00 pagi melalui Rantau Panjang. Selepas waktu zohor kita akan bertolak balik. Dalam perjalanan balik kita akan singgah sebentar di rumah balu Allahyarham Shahriman di Gerik. Kita dijangka sampai di Changkat Jering dalam pukul 8.00 malam dan akan bersurai selepas taklimat akhir kira-kira pukul 9.00 malam.

Kepada yang tinggal jauh kita akan cuba sedaya-upaya supaya tidak lewat sangat sampai di rumah. Dan tak kurang pentingnya ialah semua peserta akan diberikan sijil penyertaan menandakan mereka menyertai konvoy ini di samping mempelajari aspek-aspek kepegawaian dalam pengurusan ekspedisi bermotosikal.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi terus Presiden Kelab 0175721078 atau email terc@bluehyppo.com

Monday, February 8, 2010

Moh ke Kelantan (up-date)

Berikut ialah senarai yang akan ikut program ke Kelantan nanti:

Yang telah menempah t-shirt (dengan bayaran): Cikgu Bahar RM10, Jeffery Milah RM30, Din Boxing KakPah RM30, PakTeh MakTeh RM30, Safri RM10, Zaman RM10, PakSu Non RM20, Malik RM10, Sahimi RM10, MatKi RM10, Rosle RM10, Rj Ismail RM20, Azman DS RM10, M Rozana RM10, Hj Sabri RM10, Wan Selama RM10, Ustaz Khairul RM10, Rizal + Isteri RM30, C Baha Teknik RM10, Yusri Harley RM20, Jamil RM10, Sayed Isa RM10, Amin Penjara RM20, Suhaimi Hj Saleh RM10, dan Murat RM10.

Yang ini pula janji nak ikut, baju dah ditempah, tapi akan bayar kemudian: Asmadi, Yesu, Abg Din Silat, Mejar Zaharim, Jo, Hj Amil, Aznan, Mawardi, Awang, Man Z, Rahman, dan Cikgu Izam.

Satu taklimat tentang program ini dijangka akan diadakan dalam masa dua tiga hari lagi.

Harap maklum.

Sementara itu, Kelab mengucapkan terima kasih atas jemputan Abang Nik dari Kelantan Bikers Club untuk program pada 3 dan 4 April 2010 sempena keputeraan Sultan Kelantan. Namun demikian program kita pada 26 Februari ini tidak berubah kerana telah dirancang awal. Lagipun program ini mempunyai pengisian yang tersendiri.

Sdr YDP, NYDP dan seorang AJK TERC telah reccee laluan ke Kelantan. InsyaAllah mereka akan merancang perjalanan yang licin untuk pergi dan balik dalam program konvoy itu nanti. Blog ini akan up-date dari semasa ke semasa sebarang perkembangan yang berkaitan.

Sementara itu pihak pengurusan TERC mendapat kemudahan menghantar sms percuma melalui internet. Kepada kengkawan yang menerima sms tersebut diharap dapat reply terus kepada YDP di talian 0175721078.

Keep in touch....

Posting asal:
Mesyuarat AJK baru-baru ini memutuskan yang Kelab bercadang hendak ride ke Kelantan pada 26 dan 27 Februari 2010, iaitu pergi hari Jumaat dan balik hari Sabtu. Kepada kengkawan yang ingin turut serta sila hubungi Kelab dengan segera supaya kita boleh tempah t-shirt yang mencukupi.

Hajat nak ride ke Kelantan ni memang lama dah nak buat. Tapi asyik tangguh saja sampai ramai ahli dah naik boring tertunggu-tunggu. Harap-harap kali ini jadi, jangan tak jadi. Namun kita cuma merancang tapi takdir yang menentukan…

Apa-apa hal pun untuk maklumat lanjut tentang program ini sila hubungi kelab…

Tuesday, February 2, 2010

Laporan Mesyuarat Agung Keempat 2

Terima kasih kepada penjenguk blok ini yang memberi respons positif terhadap permasalahan yang dihadapi Kelab kita. Kita tak perlu panjangkan perkara tersebut kerana banyak lagi perkara berfaedah yang boleh kita buat.

Entri kali ini akan membicarakan barisan Jawatankuasa TERC untuk penggal 2010/2012.
Sebahagian besar barisan JK masih kekal orang lama. Sukar nak cari pelapis baru. Ahli-ahli kita tidak ada yang hendak mencari kedudukan atau pangkat. Tidak ada lobi-melobi atau sms layang yang minta naikkan orang ini, turunkan orang itu. Namun demikian barisan JK yang ada ini diharap dapat merealisasikan aspirasi Kelab. Mereka yang masih kekal dengan jawatan asal adalah seperti berikut:
Yang Di Pertua Sdr Baharuddin Hashim.
Naib Yang Di Pertua PakSu Zainol @ Zainal bin Jaafar.
Bendahari Sdr Asmadi bin Awang Leh.
Ketua Penerangan PakTeh Mohd Zaini Ismail.
AJK: Sdr Kamaruddin Ayub, Sdr Murat Mat Sahid dan Sdr Mohd Makki bin Sidek.

Jawatan Setiausaha akan dilantik dalam mesyuarat AJK pertama nanti.

Hanya tiga orang muka baru dalam barisan JK ini, iaitu:
1. Penolong Setiausaha Sdr Rizal Effendi bin Mohd Lokman, dikenali juga sebagai Cikgu Rizal Gayong.
2. AJK: Sdr Abdul Malik bin Isahak dari Sg Kerang, mesra dengan panggilan Man Lena.
3. AJK: Tuan Haji Amil Hamzah bin Musa.

Pemeriksa Kira-Kira pula ialah Tuan Haji Noh bin Ismail dan Sdr Aznan Md Tahir.

Mesyuarat AJK TERC 2010/2012 kali pertama dijangka akan diadakan pada hari Jumaat ini. Sekiranya kengkawan ada perkara yang hendak dimajukan kepada Kelab bolehlah hubungi mana-mana AJK di atas untuk dibawa ke dalam mesyuarat.