Thursday, May 28, 2009

Jemputan kenduri dan konvoy

Jemputan makan kenduri dan konvoy pengantin dari Puspanita Taiping ke Taman Sri Kota..
Semua ahli TERC dijemput..
Tarikh: 31 Mei 2009 Hari Ahad
Masa: 11.30 pagi..
Sila berkumpul di kedai kelab..

Minta maaf kalau terlewat hantar sms sebab maybank teman payah benor nak on-line.. Henfon tak boleh nak top-up, balance tinggal dua kupang..

Sunday, May 24, 2009

Hajat hati memang nak turun KL dengan Paksu Non hari Sabtu.. Tapi kesihatan tak berapa mengizinkan.. Letih sangat gotong royong di sekolah tadi.. Itu pun tak siap lagi, kena sambung Ahad dan Isnin.. Hari Selasa para hakim datang nak beri markah pertandingan Pusat Sumber Sekolah.. Nasib, nasib..

Just untuk santai, ini ada gambar-gambar semasa program Setitis Darah Merdeka, kempen derma darah sempena sambutan merdeka pada 17 Ogos 2008. Tahun ini insyaAllah akan buat lagi pada 16 Ogos 2009... Tengah cari sponsor ni...

Ni group motor dari Penang dan Sg Petani memeriahkan majlis... Depa tak berani nak derma darah takut pitam bawa motor...
Yang ni bergambar kenangan bersama YB Yew Tian Hoe yang berbaju putih tu, dia sponsor makan untuk mat-mat motor tak kira yang menderma darah atau tidak...

Tengok la betapa setianya bro Zaman kita menderma darah... Dia kata menderma darah ni dah biasa sangat.. Dermalah banyak manapun, badan tetap naik juga...

Thursday, May 21, 2009

Ride ambik motor Megat di Port Klang

Dimaklumkan Cikgu Megat telah membeli sebuah VN500 di Sabah. Motor tersebut sekarang berada di Pelabuhan Klang dan telah sedia untuk diambil.
So, kepada kengkawan yang berkelapangan moh le kita ikut ambik motor dia. Bertolak dari Taiping selepas Jumaat, ikut highway, singgah di R&R Sungai Perak ambik dia, dan terus shoot ke KL. Bermalam di KL. Pagi Sabtu urusan ambik motor. Then ronda-ronda KL. Ahad baru balik. Setakat ini yang confirm nak pergi Asmadi, Abg Din Boxing dan PakTeh Zaini. Teman pun nak pergi, tapi hari Sabtu la selepas program kat sekolah (hati boss kena jaga beb, mat motor mat motor juga...)

Monday, May 18, 2009

Program Jom Makan Kerang 2009

Saya ingin memaklumkan awal-awal ni supaya kengkawan boleh buat persediaan.. Program makan kerang tahun ini akan diadakan pada 9 Jun 2009.. Maklumat lanjut akan diberitahu kemudian. Saya beritahu awal ni supaya kengkawan jangan makan kerang mulai sekarang sehingga program makan kerang tu.. Kalau makan sekarang nanti terlebih zat kerang pula..

Sunday, May 17, 2009

Mudahkah anda untuk dihubungi?

Persoalan mudah saja.. Bukan apa, kata dunia teknologi maklumat dah canggih.. Sepatutnya dengan kecanggihan ini tambah memudahkan.. Sepatutnya juga menjimatkan.. Boleh dikatakan setiap ahli kita ada kemudahan henfon, paling koman pun cokia sekupang tu.. Itu belum kira yang ada 3G, GPRS, PDA dan entah apa-apa lagi, dah tak tahu teman nyebutkannya.. Dengan adanya alat-alat ini teman harap bior le kita senang dicontact.. Jangan bila teman call atau sms tidak berjawab.. Kemudian salahkan teman ngapa tak kabor program..

Semalam Sdr Apai udah belayor lagi, katanya mahu enam bulan pula baru dapat balik.. Tapi kali ini dia kata dapat kapal besar yang ada kemudahan internet.. Bayangkan tengah laut pun ada internet, senang le kita kontek mengontek.. Harap-harap lepas ini banyak la berita yang kita dapat dari seluruh dunia, idak ler macam tempurung di bawah katak jer..

Thursday, May 14, 2009

Sdr Asmadi masuk spital

Semalam 13 Mei 2009, Bendahari TERC, Sdr Asmadi telah dimasukkan ke ward C5 Hospital Taiping kerana serangan sakit jantung yang terjadi tiba-tiba. Menurutnya, dalam cuaca panas semalam beliau terasa amat haus lalu minum segelas teh o ais.. Selepas itu jantungnya terasa lain, berdenyut kencang secara luar biasa.. Beliau lantas mendapatkan rawatan di Wad kecemasan,kemudian dirujuk pula ke ward. Keadaan beliau sekarang ini stabil dan diminta banyak berihat.

Saya juga mendapat berita yang isteri Sdr Murat pun mendapat rawatan di Hospital Apollo. Isteri beliau kena pasang besi pada tulang kaki selepas terlibat kemalangan kira-kira sebulan dulu.

Oleh itu program TERC ke Kuala Lumpur Sabtu ini nampaknya terpaksa dibatalkan sebagai menghormati rakan-rakan kita itu yang tak dapat ikut bersama. Bagaimanapun saya akan cuba adakan satu program kecil di sekitar Taiping. Berkemungkinan besar kita akan adakan satu kursus pengenalan internet kepada ahli-ahli.

Wednesday, May 13, 2009

TERC semakin diminati

Saya mendapat maklumat daripada ahli-ahli bahawa banyak pihak yang berminat pada TERC, sama ada ingin menjadi ahli atau sekadar mendekati Kelab ini. Saya amat mengalu-alukan sesiapa sahaja yang menyokong usaha yang berfaedah ini. Paling terbaru ialah dua pihak yang telah menunjukkan minat mereka iaitu Pengurusan Bukit Jana Golf Resort dan Kelab Retromotorider dari Kuala Lumpur. Dalam masa terdekat ini kita harap dapat menjalinkan usahasama dan program yang berfaedah.

Saya harap blog ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat kepada mereka yang ingin tahu lebih lanjut tentang Kelab. Ahli-ahli Kelab pula diminta terus komited dan menyokong sebarang aktiviti yang kita anjurkan.

Saya masih lagi tercari-cari ahli yang boleh membantu dari segi promosi, terutama menggunakan kemudahan teknologi maklumat.

Sunday, May 10, 2009

Ekspedisi Gunung Jerai

Saya ingin menyampaikan hajat PakSu Majid untuk mengajak ahli-ahli TERC yang berkelapangan untuk bersama beliau berekspedisi ke Gunung Jerai pada hari Selasa, 12 Mei 2009. Sesiapa yang dapat pergi bolehlah hubungi beliau di 013-5152678. Minyak dan makan insyaAllah akan dibiayai sepenuhnya oleh beliau.
Ekspedisi akan berkumpul di kedai beliau pada pukul 8.00 pagi dan akan bergerak selepas bersarapan di situ. Oleh kerana hari itu hari bekerja susah sedikit untuk Paksu mendapatkan peserta yang ramai. Namun saya difahamkan setakat ini lima motor sudah berjanji akan pergi. Mereka ialah Paksu Majid sendiri, Pak Haji Omar, Abang Ramli, Sdr Sahimi, dan Sdr Norrulmuin. Beberapa ahli lagi belum memberi kata putus tetapi berkemungkinan besar akan turut serta. Mereka ialah Sdr Asmadi, Abg Din Boxing, Sdr Jeff, dan PakSu Non.. Saya harap lebih ramai dapat pergi..

Hari yang panjang

Hari ini 9 Mei 2009 merupakan antara hari-hari yang meriah buat TERC. Tengah hari konvoy pengantin anak Haji Sabri. Seramai 20 buah motosikal ahli terlibat dalam konvoy tersebut, dari Changkat Jering ke dewan Taman Sri Kota. Pada sebelah malam pula jemputan kenduri arwah bapa Apai di Darul Shiqal, Kampung Potong Pinang, Pokok Assam. Lebih 20 ahli juga terlibat. Habis kenduri arwah, Paksu Majid pula ajak makan angin (dan makan-makan) ke Bagan Serai. Tak tahulah saya berapa orang yang ikut, sebab saya dah tak larat nak ikut, dah pewai.. Memang puas hati dan sakan hari ini.
Makki, Hj Rahim, tunjukkan gambar-gambar tu.. Citer aje tak guna..

Thursday, May 7, 2009

Aktiviti Mei dan Jun 2009 Update

Dalam kesibukan, ini dulu yang sempat saya uar-uarkan:

a. Konvoy Pengantin anak Tn Hj Sabri di Dewan Sri Kota pada 9 Mei 2009 – Sila berkumpul di Kedai Kelab jam 11.00 pagi.
b. Kursus Internet pada 16 dan 17 Mei 2009 – tempahan tempat dan penginapan dijangka di Batu Feringhi, Pulau Pinang akan dibuat oleh Sdr Asmadi dan Abg Din.
c. Konvoy Pengantin di Sri Kota pada 31 Mei 2009 – akan dimaklumkan kemudian.
d. Karnival permotoran di Bukit Jalil pada 13 dan 14 Jun 2009 – akan dimaklumkan kemudian, minta semua ahli-ahli bersedia daripada sekarang.

Sunday, May 3, 2009

Berjumpa SU Kemoja

Sabtu 2 Mei kami dapat jemputan kenduri kahwin adik Sdr Rahim Chef di kampung Sungai Sejuk, Sungai Siput Utara. Seronok sebab saya berpeluang balik menjenguk kampung isteri di Lintang. Dapat jugalah saya menziarah kubur orang tua dan mandi sekejap di Kuncha. PakTeh Zaini pula dapat mengimbau kembali kenangannya semasa bertugas di sini sebagai merinyu kesihatan pada ahun 70-an dahulu. Ahli-ahli lain yang turut serta dalam ride itu ialah PakSu Non, PakSu Majid dan isteri, Pak Hj Omar dan isteri, Sdr Rusli dan Sdr Khairul. Walaupun sekadar tujuh motor ride tersebut boleh dianggap sangat meriah lebih-lebih lagi inilah kali pertama Paksu Majid berkonvoy. Sepatutnya lebih ramai dapat menyertai tetapi group Din Boxing terlebih dahulu ride ke Batu Kurau kerana ada konvoy pengantin di sana.

Apa yang lebih menggembirakan semasa kenduri tersebut saya dapat berkenalan dengan Setiausaha Kelab Motor Jaguh (KEMOJA) Kuala Lumpur, Sdr Mokhtar. Kemoja memang terkenal sebuah kelab easy rider terkemuka di Lembah Klang. Dapat jugalah saya bertukar-tukar fikiran dengan Sdr Mokhtar dan berharap akan ada lagi pertemuan-pertemuan pada masa akan datang.

Friday, May 1, 2009

TERC semakin meriah

Program semalam, perjumpaan di Kedai PakSu majid NurZetty Mee Udang tak sangka sungguh meriah.. Ramainya ahli (serta isteri) yang hadir.. semua sekali hampir seratus orang..
Terima kasih banyak PakSu Majid yang sudi belanja macam-macam - mee, laksa, bihun, kueh-mueh, satay dan yong tau fu.. Bukan sikit tu.. Terima kasih, terima kasih..

Dan hari ini kita menerima seorang ahli baru yang lebih mahir dalam bidang komputer.. Beliau ialah Saudara Muzamir Pokok Assam.. Saya akan minta jasa baik beliau untuk up-grade blog ini dan beliau berjanji insyaAllah akan buat yang terbaik mungkin..

So sama-samalah kita menyokong Kelab kita ini.. Tanpa ahli siapalah Kelab..