Sunday, May 24, 2009

Hajat hati memang nak turun KL dengan Paksu Non hari Sabtu.. Tapi kesihatan tak berapa mengizinkan.. Letih sangat gotong royong di sekolah tadi.. Itu pun tak siap lagi, kena sambung Ahad dan Isnin.. Hari Selasa para hakim datang nak beri markah pertandingan Pusat Sumber Sekolah.. Nasib, nasib..

Just untuk santai, ini ada gambar-gambar semasa program Setitis Darah Merdeka, kempen derma darah sempena sambutan merdeka pada 17 Ogos 2008. Tahun ini insyaAllah akan buat lagi pada 16 Ogos 2009... Tengah cari sponsor ni...

Ni group motor dari Penang dan Sg Petani memeriahkan majlis... Depa tak berani nak derma darah takut pitam bawa motor...
Yang ni bergambar kenangan bersama YB Yew Tian Hoe yang berbaju putih tu, dia sponsor makan untuk mat-mat motor tak kira yang menderma darah atau tidak...

Tengok la betapa setianya bro Zaman kita menderma darah... Dia kata menderma darah ni dah biasa sangat.. Dermalah banyak manapun, badan tetap naik juga...

2 comments:

silverian bikers said...

club ni ada berselindung dengan politik.pimampuih lah punya kelab
kelab tiada pendirian,syok sendiri.kalau berani panggil adun PR

pcbahar said...

Keh, keh, keh.. Buat lawak la kamu..
YB Yew Tian Hoe tu bukan dari PR ke? TERC berkawan dengan semua orang la.. Hang toksah la menyakitkan hati orang.. Dimaklumkan orang yang suka menyakitkan hati orang ni ada lesen TR..