Sunday, May 3, 2009

Berjumpa SU Kemoja

Sabtu 2 Mei kami dapat jemputan kenduri kahwin adik Sdr Rahim Chef di kampung Sungai Sejuk, Sungai Siput Utara. Seronok sebab saya berpeluang balik menjenguk kampung isteri di Lintang. Dapat jugalah saya menziarah kubur orang tua dan mandi sekejap di Kuncha. PakTeh Zaini pula dapat mengimbau kembali kenangannya semasa bertugas di sini sebagai merinyu kesihatan pada ahun 70-an dahulu. Ahli-ahli lain yang turut serta dalam ride itu ialah PakSu Non, PakSu Majid dan isteri, Pak Hj Omar dan isteri, Sdr Rusli dan Sdr Khairul. Walaupun sekadar tujuh motor ride tersebut boleh dianggap sangat meriah lebih-lebih lagi inilah kali pertama Paksu Majid berkonvoy. Sepatutnya lebih ramai dapat menyertai tetapi group Din Boxing terlebih dahulu ride ke Batu Kurau kerana ada konvoy pengantin di sana.

Apa yang lebih menggembirakan semasa kenduri tersebut saya dapat berkenalan dengan Setiausaha Kelab Motor Jaguh (KEMOJA) Kuala Lumpur, Sdr Mokhtar. Kemoja memang terkenal sebuah kelab easy rider terkemuka di Lembah Klang. Dapat jugalah saya bertukar-tukar fikiran dengan Sdr Mokhtar dan berharap akan ada lagi pertemuan-pertemuan pada masa akan datang.

No comments: