Sunday, May 30, 2010

Mengeluh bukan mengalah

Dalam entry yang lalu saya ada meluahkan sedikit rasa kecewa terhadap pelbagai perkara yang berlaku dalam Kelab. Ada pihak yang tersalah sangka mengatakan saya sudah mengalah...

Sebenarnya apabila kita mengeluh bukan ertinya kita mengalah. Mungkin ramai yang membaca apa yang tersurat sahaja tetapi gagal menghayati apa yang tersirat… Tidak mengapalah… Memetik dialog dalam filem Ali Baba – “aku punya bahasa tinggi daaa….”

Terima kasih kepada semua yang telah memberi ulasan tidak kira secara bertulis, secara lisan, gerak geri dan sebagainya… Semua pandangan amat berguna kepada saya dan rakan-rakan dalam TERC...

Sebagai membuktikan saya masih bersemangat, kita tunggu program-program grand TERC pada bulan Jun, Julai dan Ogos nanti…

Sementara itu berikut ialah beberapa program terdekat…

Semalam lima orang ahli telah memenuhi jemputan Sdr Zan dan adiknya Sdr Sharif ke gerai mereka di Laman Changkat Jering (gambar di bawah). Rupa-rupanya mereka dua beradik ni juga bikers sejati. Sempat juga kami berbincang beberapa perkara berkaitan kelab... Terima kasih bro kerana sudi jamu makan. Sedap char kuew teow anda, boleh dipromosikan...

Kepada yang nak ride sesangat, jangan lupa pagi nanti (Ahad 30 Mei 2010) ada konvoy ke Tahfiz Ad-Din Pangkalan Hulu. Sila tunggu di Tol Kuala Kangsar jam 9.30 pagi. Program dijangka bersurai selepas Zohor…

Apa lagi... Moh ler...

Di Kedai Char Kuew Teow Sdr Sharif (kiri sekali) di Laman Changkat Jering. Turut kelihatan Sdr Li Badang dan Hj Noh
Kami sempat bertemu dengan YB Datuk Haji Rosli Husin, Adun TRONG yang juga Penaung TERC. YB merupakan penganjur Pertandingan Rentak Juara yang diadakan pada setiap hujung minggu di Laman Changkat Jering.

Sunday, May 23, 2010

Teruskan aktiviti yang termampu

1. Dalam suasana yang agak sibuk buat masa ini saya tidak dapat memenuhi kesemua aktiviti berkelab dan pelbagai lagi jemputan. Tetapi saya harap kawan-kawan yang berkesempatan silalah terus aktif, tidak kiralah aktiviti yang dianjurkan oleh TERC ataupun pihak lain.

2. Hubungan saya dengan dunia permotoran bukan banyak di jalanraya, tetapi banyak di depan komputer saja. Saya amat jarang keluar malam untuk sessi TTS, lepak-lepak dan sebagainya. Masalah kesihatan merupakan halangan utama, lebih-lebih lagi saya amat alergic dengan asap rokok.

3. Saya tidak tahu berapa ramai yang hit laman blog TERC ini, tetapi saya pasti tidak ramai, mungkin tidak capai pun 30 orang. Oleh itu ada banyak makluman tidak dapat disampaikan terus kepada ahli-ahli. Jika ada pun maklumat yang sampai kepada ahli mungkin sudah melalui pelbagai tokok tambah.

4. Saya dimaklumkan oleh beberapa sahabat lama bahawa beberapa entry yang lalu telah menyinggung beberapa pihak. Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf secara ikhlas. Memang tidak terniat hendak menyinggung siapa-siapa, tetapi atas nasihat sahabat-sahabat eloklah saya memohon maaf.

5. Sehubungan itu saya menarik balik entry yang bertajuk "Coretan Sejarah Penubuhan TERC", kerana entry tersebut dikatakan telah menyinggung beberapa pihak. Pada asalnya saya cuma mencatatkan sejarah penubuhan, tidak lebih dari itu tetapi tidak tahu di mana silapnya saya telah ditegur supaya menarik balik entry tersebut. Kepada siapa saja yang tersinggung atas entry tersebut saya sekali lagi memohon maaf. Untuk maklumat lanjut silalah terus hubungi saya.

6. Saya suka menyarankan kepada TERC dan kelab-kelab lain supaya mencontohi pentadbiran All Biker Club Malaysia http://allbikersclub.forumotion.com/ di mana mereka tidak ada sistem jawatankuasa biasa yang mengandungi YDP atau Presiden dan sebagainya, tetapi menggunakan sistem Ahli Majlis Tertinggi (AMT). Dengan cara ini semua keputusan diputuskan oleh majlis syuarah di kalangan AMT.

7. Kata orang perkara yang baik eloklah dibuat contoh dan teladan, perkara yang tidak elok dijadikan sempadan. Banyak sudah kita lihat kelab-kelab yang hidup segan mati tak mahu kerana semata-mata perebutan kuasa. Apabila ada perebutan kuasa berlakulah apa yang dikatakan politicking. Apabila terlalu kuat politicking maka yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

8. Saya dah letih dah melayan pelbagai kerenah dalam kelab, hanya kerana saya seorang YDP. Nak saya serahkan kepada NYDP untuk memangku, beliau pun tidak upaya. Nak diserahkan kepada SU, pun tidak dapat katanya. Apa lagi yang harus dilakukan untuk memajukan Kelab? Tanpa sokongan dan bantuan kengkawan, tenaga seorang YDP mustahil dapat menjalankan semuanya...

Saya ingin mendengar pandangan kengkawan…

Saturday, May 22, 2010

TTS malam ini di UpTown Taiping

Istilah popular bikers - TTS - Teh Tarik Session ...
Jemputan semua bikers malam ini, Sabtu 22 Mei 2010 jam 9.00 malam kita lepak-lepak di RNR Batu 2 1/2 Larut Tin...
Dapat juga kita dengar perkembangan terkini...

Saya juga ingin maklumkan bahawa sistem pesanan ringkas (sms) TERC melalui internet baru saja pulih... Kepada sahabat-sahabat yang masih belum menerima sms daripada Kelab harap hubungi Cikgu Bahar segera...

Jumpa kita...

Tuesday, May 18, 2010

Jaga Kesihatan Diri

"Minggu ni ada ride, tak join ke?", tanya A. 

B menjawab,"entah la yop... teman demam weh..."

Biasa dengar tak dialog macam ni? selalunya kita dengar kalau member kita tak dapat nak ikut ride disebabkan dek tak sihat. Apa yang saya cuba nak sampaikan ialah kita kena menjaga kesihatan diri kita. Seperti mana yang kita tahu, cuaca sekarang ni dah tak menentu... sekejap panas... sekejap hujan. tu yang sampai demam, sakit kepala dan macam-lagi.

Mun kalo da tak sihat jangan kata nak ride, nak minum ayor pun mengeligih yop! Jadi sama-sama la jaga kesihatan kita. Badan sihat ride pun hebat!

Friday, May 14, 2010

Maju Modenas

Semasa konvoy CubPrix Batu Kawan Ahad lalu, kami sempat berbual mesra dengan En. Amir Abu Bakar, Pengurus Pemasaran Edaran MODENAS. Ramai antara kami yang ingin mengetahui mengapa Modenas tidak mengeluarkan motosikal berkuasa tinggi 250cc ke atas. Seperti yang kita sedia maklum kini terdapat beberapa syarikat motosikal yang mengeluarkan motosikal 250cc ke atas seperti Naza, Asia Bikes, SYM dan Demak. Menurut En Amir, antara isu yang perlu diambil kira ialah faktor harga dan kualiti pengeluaran. Pihak Modenas menurutnya hanya mengutamakan kerjasama dengan pengeluar motosikal yang dapat memberi kualiti yang terjamin. Ini dapat dilihat pada motosikal Jaguh contohnya, walaupun sudah lebih sepuluh tahun dipasarkan masih lagi mantap di jalanraya. Bagaimanapun beliau tidak menolak kemungkinan untuk Modenas meneroka segmen cc yang lebih besar.

Peserta konvoy CubPrix Modenas TERC bergambar bersama En Amir (tidak bertopi)

Monday, May 10, 2010

Dua hari penuh ceria

Dua hari yang penuh ceria, Sabtu 8hb dan Ahad 9hb Mei 2010...
Tak dapat cerita panjang... Letih woiii...

Berita lanjut http://choppersgarage.tk report ride mee udang dan www.facebook.com Megat Mohd Khir...

Wednesday, May 5, 2010

Choppersgarage serang Taiping

Pada hari Sabtu ini, bersamaan 8 Mei 2010, kira-kira seramai 30 bikers dari komuniti Choppersgarage ( www.choppersgarage.tk ) akan singgah di Taiping untuk berjumpa dengan geng choppers di sini. Mereka dalam perjalanan ride selama dua hari ke Cameron Highlands. Para choppers dari Utara dan Selatan tanah air menjadikan Taiping Bandar Warisan ini sebagai tempat mereka berkumpul sebelum meneruskan perjalanan ke Cameron Highlands. Semasa di Taiping nanti mereka tidak melepaskan peluang untuk pekena mee udang MakJah di Matang yang dikatakan mee udang paling sedap di dunia…

Kepada kengkawan, apa lagi... Mereka dijangka sampai di Tol Changkat Jering dalam pukul 12.00 tengah hari... Jom kita sambut ketibaan mereka...

Monday, May 3, 2010

Jemput Pemilik Motor Modenas ke Batu Kawan

Pemilik motosikal Modenas sekali lagi diberi peluang untuk memeriahkan CubPrix Pusingan Ketiga 2010 yang akan diadakan pada hari Ahad 9 Mei 2010 bertempat di Litar Batu Kawan, Seberang Perai. Kepada pemilik motosikal Modenas khasnya Jaguh dan GT128 jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan Cub Prix kali ini. Kita akan bergerak dari Tol Kamunting pada pukul 7.30 pagi Ahad dan dijangka sampai 8.30 pagi di Shell Juru arah selatan. Di Juru kita akan mendaftar penyertaan untuk mendapat sehelai t-shirt dan topi. Kemudian kita akan berkonvoy bersama-sama group lain menuju Litar Batu Kawan. Pelbagai pameran dan jualan aksesori dijangka terdapat di sana. Dan kita akan berlepas balik selepas mendapat bayaran wang minyak daripada pihak penganjur. Moh kita ride....



Saturday, May 1, 2010

Sekitar Konvoy Pengantin Batu Kurau

Hari ini, Sabtu 1 Mei 2010... Best betul dapat ikut konvoy pengantin dari Kamunting ke Pantai Besar, Batu Kurau... Tak mau cerita banyak... Hanya mereka yang ikut sahaja tahu nikmatnya berkonvoy... 30 riders daripada TERC dan LBC ada ceritanya...

Berkumpul di Petronas Kamunting, ucapan ringkas, berdoa, dan... on your bike...
Sampai saja rumah kenduri, serbu... Ustaz orang pertama basuh tangan tak sabar nak makan...
Eh, tadi orang jemput kita konvoy pengantin ada ajak makan tak?
Tak kira la, tak makan karang tuan rumah sedih pulak....
Payah jumpa sekarang ni jamuan kenduri makan berhidang... Selalunya buffet style saja...
PakLeh baru nak mula, cikgu Wan dah selesai... Jaga badan...
Power betul kari ikan nyok-nyok ni...
Tengok abang Atan sampai berair biji mata...
Memang gegar betul Batu Kurau dengan gegak gempita motor-motor berkuasa besar TERC dan LBC...
Solat zohor di masjid Pantai Besar... Kewajipan perlu ditunaikan...
Lepas solat, haji Sabri terus ke Gerik melalui Sumpitan...
Biker sejati haji ni... Sorang-sorang pun berani ke Gerik ikut jalan sunyi tu...
Tak takut rimo ke?
Sebelum bersurai singgah sebentar di rumah Ustaz Mat Noor (berbaju putih), sambil tunggu hujan berhenti... Ustaz Mat Noor tak ikut konvoy sebab bondanya baru meninggal pagi tadi... Takziah...

Up-town di Taiping

Hari ini Jumaat, 30 April 2010 bermulalah perniagaan pasar malam ala up-town di Taiping. Tapak up-town ini terletak di R&R Larut Tin. Perniagaan up-town ini dibuka tiga hari seminggu iaitu pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, bermula daripada 6.00 petang hingga 4.00 pagi. Salah seorang AJK TERC yang juga YDP LBC iaitu abang Din Boxing antara peniaga yang bertuah memulakan perniagaan di sini. Pihak TERC mengucapkan syabas dan tahniah kepada abang Din. Kepada kengkawan, sokonglah perniagaan rakan kita ini... Jom kita lepak dekat tapak niaga abang Din... (psst.. bawa la aksesori tak pakai tu, minta abang Din tolong jualkan...)

Abang Din di tapak up-town dibantu anaknya, Khairil... Sdr Rosle MPOB antara pengunjung yang awal... Mai pilih, mai pilih... macam-macam ada...