Tuesday, June 29, 2010

Solo Ride - Have Bike Will Travel

Kita kerap mendengar motosikal berkuasa tinggi merentas benua… Kali ini seorang anak muda Malaysia membuat pengembaraan solo dari Kuala Lumpur ke kota London hanya menggunakan motosikal buatan Malaysia Modenas Gt128… Diulang modenas GT128 saja.. Motor yang dikategorikan sebagai underbone, moped atau cubchai… Syabas kepada anak muda ini, sdr Syed Ahmad Abdul Hadi bin Syed Hussien, 38 tahun. Pengembaraan beliau boleh diikuti di http://iamalaysian.com. Kita doakan semoga belia berjaya menyempurnakan misinya, selamat pergi dan selamat kembali. Dan kepada yang ingin belanja Hadi secawan kopi bolehlah berbuat demikian - buy hadi a coffee… Saya sudah, anda silakan…
GT128 berjaya mengharungi pelbagai bentuk cuaca...
Di sempadan Pakistan..
Gambar diambil dari blog iamalaysian.com

Thursday, June 24, 2010

Program Julai 2010

Berikut adalah beberapa program sepanjang Julai 2010 sebagai makluman awal...

Sabtu 10 Julai 2010 Paksu Majid jemput semua bikers meraikan kanak-kanak istimewa di kedai Zetty Mee udang jam 10.00 pagi. Bawa kanak-kanak istimewa ronda dan rai di sekitar Taiping dan kembali semula ke kedai Zetty untuk makan tengah hari.

Makluman terkini yang saya dapat daripada pihak Tabong Darah Hospital Taiping, mereka tak dapat memenuhi tarikh yang kita mohon untuk menderma darah. Jadi terpaksalah kita tangguh dulu ke suatu tarikh yang sesuai.

Sementara itu TERC sekali lagi mendapat jemputan khas daripada Kelab Permotoran Alumni Belia Selangor untuk memeriahkan karnival permotoran hobby and sport pada 11 Julai 2010. Kali ini mereka akan buat di Kuala Selangor. Kita pernah sertai dua kali program serupa, di Bukit Jalil dan di Pudu Hulu. Kepada yang belum pernah mengikuti program ini eloklah cuba pula sekali ini. Memang meriah...
Saya akan dapatkan maklumat terperinci bagi kedua-dua program dan akan up-date di sini. Stay tuned...

Sunday, June 20, 2010

CC Besar... Good news and bad news...

Ramai ahli kelab berhasrat untuk up-grade motor ke cc yang lebih besar.. Memang bagus cita-cita tu.. Nama pun mat motor, kan... Kepada yang dah pakai motor besar kita ucapkan tahniah dan syabas...

Kita nak bawa dua berita penting kepada pemilik-pemilik motor berkuasa besar ni... Satu berita baik dan satu berita kurang baik... Nak yang mana dulu?

Okay, berita kurang baik dulu... Semenjak dua menjak ni harga insuran dah melambung tinggi.. Dah la gitu, semua motor dah tak boleh third party dah, semua kena first party.. Dah tentulah harga insurannya berlipat kali ganda... Ditambah dengan bayaran roadtax mahu mencecah empat angka duit kena keluar... Sesiapa yang tahu bolehlah kongsi-kongsikan dengan kita pengalaman anda membeli insuran...

Dan berita baiknya... Anda yang pakai motor besor secara automatik boleh dikira sebagai orang kaya... Keh keh keh... Bukan kaya hutang, tau...

Wednesday, June 16, 2010

Demam... Piala Dunia daaa...

Macam-macam demam... Tapi kali ni demam empat tahun sekali... Saya ni bukanlah minat sangat nonton bolasepak, tapi sebab empat tahun sekali tu tumpang-tumpang juga sekaki...

Semasa saya mula-mula join TERC empat tahun dulu, Tahun 2006 demam World Cup Germany sedang berlangsung... Saya heran juga, masuk kelab motor tapi takde aktiviti... Rupa-rupanya semua geng sedang layan bola...

Peristiwa WC 2006 sangat diingati apabila Zinadine Zidan menanduk dada Materazzi... Tertungging kawan tu... Tu la akibat mulut caboi sangat...


Tahun ini apa la gamaknya peristiwa-peristiwa menarik sepanjang WC 2010... Tapi yang pasti kononnya bola tak ikut standard sebab suka melantun dan berpusing gila sampai dua gol terlepas dari tangan penjaga gol...

Takpe la, kita layan dulu WC 2010...

Thursday, June 10, 2010

Mat Rempit - Anak siapalah ini

Entah macam mana terjumpa pula video kelakar ni kat youtube..
http://www.youtube.com/watch?v=UlF4TFgImn0
Kalau ada masa tontonilah...

Bilakah agaknya isu mat rempit ni boleh diatasi...
Sampai depa semua join easy riders agaknya... :-)

Thursday, June 3, 2010

Program Cuti Sekolah Jun 2010

Sekiranya anda berkelapangan silalah ikut ride semasa cuti sekolah ni. Walaupun kita tahu sepanjang cuti sekolah ni memang banyak kenduri-kendara, tapi mungkin ada mana-mana hari yang kita dapat ikut, ikutlah. Nanti saya akan up-date tarikh-tarikhnya:

- Sabtu 5 Jun 2010 ride kenduri di Bagan Serai bersama Paksu Majid. Sila tunggu di Petronas Kamunting 10.00 pagi.

- Pada hari yang sama saya dimaklumkan aweks riders dari Mistri Bikers Singapore juga akan datang, tetapi program mereka ke Penang. Kalau nak bersama mereka bolehlah tunggu di Bukit Merah dalam pukul 11.00 pagi. Group NERC dijangka menyambut mereka di Penang.

- Ahad 6 Jun 2010 kenduri abang ipar Sdr Rizal Gayung di Kampung Cheruk Pelanduk, Batu Kurau.
- Sabtu 12 Jun 2010 jemputan konvoy kenduri bersama PakSu Majid di Masjid Tinggi, Bagan Serai. Sila berkumpul di Petronas Kamunting 11.00 pagi atau di Kilang Kabaid 11.45 pagi bersama dengan pengantin.

Itu dulu sekadar makluman awal…

Sementara itu saya masih menunggu kawan-kawan beri respon tentang sms saya yang ajak ride ke Tanjung Piai... Setakat ini ramai yang tak dapat pergi atas pelbagai sebab. Antara sebab-sebabnya motor kurang elok, nak simpan duit untuk raya, isteri nak ikut tapi tak dapat, dan pelbagai sebab lain. Oleh itu nampaknya mungkin program ini ditangguhkan ke tahun hadapan...