Thursday, June 24, 2010

Program Julai 2010

Berikut adalah beberapa program sepanjang Julai 2010 sebagai makluman awal...

Sabtu 10 Julai 2010 Paksu Majid jemput semua bikers meraikan kanak-kanak istimewa di kedai Zetty Mee udang jam 10.00 pagi. Bawa kanak-kanak istimewa ronda dan rai di sekitar Taiping dan kembali semula ke kedai Zetty untuk makan tengah hari.

Makluman terkini yang saya dapat daripada pihak Tabong Darah Hospital Taiping, mereka tak dapat memenuhi tarikh yang kita mohon untuk menderma darah. Jadi terpaksalah kita tangguh dulu ke suatu tarikh yang sesuai.

Sementara itu TERC sekali lagi mendapat jemputan khas daripada Kelab Permotoran Alumni Belia Selangor untuk memeriahkan karnival permotoran hobby and sport pada 11 Julai 2010. Kali ini mereka akan buat di Kuala Selangor. Kita pernah sertai dua kali program serupa, di Bukit Jalil dan di Pudu Hulu. Kepada yang belum pernah mengikuti program ini eloklah cuba pula sekali ini. Memang meriah...
Saya akan dapatkan maklumat terperinci bagi kedua-dua program dan akan up-date di sini. Stay tuned...

2 comments:

Anonymous said...

Betul betul betul... jom kite sume rai program anjuran paksu majid meraikan anak-anak dari sekolah pendidikan khas,dari kedah (pekak dan bisu) khabarnya. bikers kedah, penang and seberang prai akan iring konvoi dari BM ke taiping... sambut dengan kumpulan pancaragam berarak ke kedai paksu... ronda-ronda ke zoo dan muzium naik motor (jgn lupe bawa helmet budak)diiringi polis trafik. Individu atau kelab yang nak huloq sumbangan boleh bagi kat pak su majid terus.... tumpang sekaki... kalau tak ade tak jadi masalah kepada paksu majid... bantuan tenaga dan buah fikiran pun ok.... fm SU LBC, Perak

Anonymous said...

Ahli yg tak dpt joint karnival permotoran hobby and sport boleh le memeriahkan majlis paksu majid.. betul.. betul.. betul.
SU LBC, Perak