Tuesday, June 29, 2010

Solo Ride - Have Bike Will Travel

Kita kerap mendengar motosikal berkuasa tinggi merentas benua… Kali ini seorang anak muda Malaysia membuat pengembaraan solo dari Kuala Lumpur ke kota London hanya menggunakan motosikal buatan Malaysia Modenas Gt128… Diulang modenas GT128 saja.. Motor yang dikategorikan sebagai underbone, moped atau cubchai… Syabas kepada anak muda ini, sdr Syed Ahmad Abdul Hadi bin Syed Hussien, 38 tahun. Pengembaraan beliau boleh diikuti di http://iamalaysian.com. Kita doakan semoga belia berjaya menyempurnakan misinya, selamat pergi dan selamat kembali. Dan kepada yang ingin belanja Hadi secawan kopi bolehlah berbuat demikian - buy hadi a coffee… Saya sudah, anda silakan…
GT128 berjaya mengharungi pelbagai bentuk cuaca...
Di sempadan Pakistan..
Gambar diambil dari blog iamalaysian.com

5 comments:

aramyz said...

Syabas diucapkan. Semoga misi berjaya, Lau ada sponser n dapat join, jaguh pun nak ikut tapi apakan daya......

myza said...

Syabas saudara syed......smoga slamat walau dmana brada....slain dia pasti ada ramai lg yg nk join lau ada sponsor. Saya pun gna jaguh....tp stkat ni blum pergi jauh2. Msa x mngizinkan.

Anonymous said...

Macam-macam ade... akekkkkeeeeee
bukan senang nak senang... mereka yang mempunyai jiwa besar aje yang mampu mengatasi halangan.... yang penting sponsor.... mau kuat...
NAN SU LBC, Perak... hari-hari ride solo ipoh taiping... cari makan

Anonymous said...

kSebelas warga bikers malaysia, termasuk dua orang bikers taiping yang selamat menunaikan umrah selepas merentasi 11 negara mengambil masa 45 hari berkonvoi motor berkuasa tinggi dengan meliputi perjalanan sejauh 17,8000km. Wow!! Syabas. Nan TERC

Anonymous said...

Yang ni pulak student UK yg belajar di University Of Nottingham Malaysia balik ke London kerana bakal menyambung next semester di London dengan menunggang motorsikal Demak DV110 merentasi 21 buah negara, sejauh 20,000km, selama 3 bulan hanya berbekalkan duit kurangdari GBP 1000.

www.goingnotts.com

Pelajar tersebut yg tiba di London berkata motorsikal Demak DV110 tersebut tidak mengalami mechanical problem. Cuma patah ekzos, tayar pancit dan rantai terputus akibat kecuaian dia sendiri. Hebat jugak demakkan..