Tuesday, June 30, 2009

Mesyuarat AJK

Mesyuarat AJK TERC akan diadakan pada hari Jumaat ini, 3 Julai 2009 jam 8.30 malam bertempat di Kedai Kelab. Semua AJK dijemput hadir. Ahli-ahli biasa juga boleh hadir sekiranya berminat dan ada perkara atau idea yang ingin disumbangkan untuk kebaikan Kelab. Antara agenda mesyuarat yang akan diperbincangkan nanti ialah program ke Kuala Lumpur pada 18 Julai dan Program Derma Darah pada 15 Ogos.

Thursday, June 25, 2009

Karnival Rakan Muda

Kelab mendapat jemputan untuk memeriahkan Karnival Rakan Muda di Kompleks Rakan Muda pada 27 dan 28 Julai 2009. Saya mendapat maklumat ini daripada Tuan Haji Rosli, Presiden Taiping Bikers Club. Beliau menjemput semua pemilik motor 500 cc ke atas untuk menyertai pertandingan motor cantik pada hari Ahad 28 Julai 2009. Penyertaan adalah percuma. Kepada pemilik motor lain jangan rasa rendah diri sebab banyak acara lain boleh disertai. CC motor tak penting, tapi semangat berkawan yang kita nak... Kepada ahli Kelab semua, sila berkumpul di Kedai Kelab sebelum kita bertolak ke sana dalam pukul 9.00 pagi Ahad tu...

Friday, June 19, 2009

Program Setitis Darah Merdeka 2009

Saya perlukan sokongan tuan-tuan dan puan-puan ahli-ahli TERC dan penduduk setempat untuk menjayakan Program Tahunan Setitis darah Merdeka, kempen derma darah sempena sambutan kemerdekaan 2009. Tarikhnya pada hari Sabtu, 15 Ogos 2009 bertempat di Gerai Sri Kota, Kawasan Rumah Hijau, Taiping...
Datanglah beramai-ramai pada hairi itu nanti. Anda bukan sahaja boleh menderma darah (bagi yang layak menderma) tetapi juga aktiviti-aktiviti lain seperti pemeriksaan kesihatan percuma, pemeriksaan mata percuma, pameran motor dan lain-lain. Tolong hebahkan program ini kepada semua sahabat handai saudara mara.
Kepada penderma dan pengunjung insyaAllah kita akan sediakan buah tangan sebagai cenderamata.

Wednesday, June 17, 2009

Lagi di Bukit Jalil

Sekadar untuk tatapan kengkawan... Dah tak ada cerita lain yang dibawa balik...










Monday, June 15, 2009

Di Bukit Jalil...

Saya serta semua ahli yang menyertai program pertandingan motor di Bukit Jalil semalam amat bersyukur atas kejayaan program tersebut. Pihak penganjur telah melayan kami dengan baik walaupun penyertaan tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan geng Vespa. Semoga lain kali kita dapat menjayakan majlis yang seumpama ini dengan lebih hebat lagi.




Ini sebahagian ahli TERC yang ikut program

Juara bagi kategori masing-masing.. Hantam la komer..

Thursday, June 11, 2009

Pertandingan Motor Cantik Easy Rider

Program Sukan Bermotor Hobby & Sport
Anjuran Kementerian Belia dan Sukan

Di Perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Ahad 14 Jun 2009 jam 8.00 pagi.

Penyertaan dipelawa untuk semua pemilik motor easy rider.
Syarat-syarat pertandingan:

1. Pertandingan terbuka kepada semua pemilik motosikal easy rider warga Malaysia.
2. Yuran penyertaan ialah sebanyak RM20.00 dibayar semasa pendaftaran.
3. Borang penyertaan boleh didapati daripada urusetia pertandingan di tapak pertandingan.
4. Pertandingan ini terbahagi kepada modifikasi standard dan extreme bagi kapasiti motosikal 250 cc ke bawah dan 250 cc ke atas. Peserta dikehendaki memilih sendiri kategori yang ingin disertai mengikut kesesuaian.
5. Markah akan diberi mengikut beberapa aspek seperti kebersihan, kekemasan, kecantikan dan kreativiti.
6. Keputusan para hakim mengenai para pemenang dan sebagainya adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak dibenarkan.

Wednesday, June 10, 2009

Jom Makan Kerang

Saya telah menghantar jemputan melalui sms kepada semua ahli TERC untuk bersama malam ini, 10 Jun 2009 dalam Program Jom Makan Kerang di Sungai Kerang. Sekiranya ada ahli yang belum mendapat jemputan tersebut kerana sebab-sebab teknikal atau sebab-sebab lain tetapi mengetahuinya daripada sumber lain atau melalui laman ini, silalah hadir bersama. Program malam ini boleh dikatakan agak besar di mana tuan rumah, iaitu Pak Awang amat berharap penyertaan yang ramai kerana beliau menyediakan beraneka makanan lain selain kerang. Saya juga dimaklumkan geng Sungai Kerang bertungkus-lumus membantu menjayakan program kenduri Sdr Nizam kita, anak Pak Awang tu, dengan harapan ramai ahli yang akan hadir memeriahkannya. Kalau nak tahu datanglah sendiri.

Selepas kita makan kerang kita akan adakan taklimat ringkas program ride ke Kuala Lumpur. Datanglah...

Saturday, June 6, 2009

Bikers di Lubuk Pancur

Waduh... Memang meriah betul program bikers di Lubuk Pancur Semanggul semalam..
Tengok la awek-awek Singapore ni.. Memang boleh tergugat iman.. Bila dapat jumpa lagi beb?

Monday, June 1, 2009

Aktiviti terdekat

Konvoy pengantin semalam berjaya mengumpulkan 20 orang ahli dan boleh dikatakan sangat meriah. Konvoy diketuai oleh Sdr Jeff dan dapat handle dengan baik pergi dan balik. Diharap sambutan yang meriah begini dapat diteruskan lagi dari semasa ke semasa.. Tu baru namanya kelab motor..

Untuk aktiviti terdekat ini, pada hari Jumaat 5 Jun 2009 kita akan sambut group bikers dari Singapura, Thailand dll.. Mereka akan turun ke sebuah kampung di Bukit Merah dan akan mengadakan BBQ ala kampung.. Jadi semua group bikers Taiping dijemput hadir dengan bayaran RM10 seorang..

Pada 10 Jun 2009 pula kita mendapat jemputan kenduri di rumah Pak Awang kerana anaknya Sdr Nizam kahwin hari tu. Kita dijemput memeriahkan majlis pada malamnya di samping program Jum Makan Kerang seperti yang telah dihebahkan sebelum ini.

Program ke Bukit Jalil pada 13 dan 14 Jun juga masih dalam persiapan.. Tunggulah..