Sunday, May 23, 2010

Teruskan aktiviti yang termampu

1. Dalam suasana yang agak sibuk buat masa ini saya tidak dapat memenuhi kesemua aktiviti berkelab dan pelbagai lagi jemputan. Tetapi saya harap kawan-kawan yang berkesempatan silalah terus aktif, tidak kiralah aktiviti yang dianjurkan oleh TERC ataupun pihak lain.

2. Hubungan saya dengan dunia permotoran bukan banyak di jalanraya, tetapi banyak di depan komputer saja. Saya amat jarang keluar malam untuk sessi TTS, lepak-lepak dan sebagainya. Masalah kesihatan merupakan halangan utama, lebih-lebih lagi saya amat alergic dengan asap rokok.

3. Saya tidak tahu berapa ramai yang hit laman blog TERC ini, tetapi saya pasti tidak ramai, mungkin tidak capai pun 30 orang. Oleh itu ada banyak makluman tidak dapat disampaikan terus kepada ahli-ahli. Jika ada pun maklumat yang sampai kepada ahli mungkin sudah melalui pelbagai tokok tambah.

4. Saya dimaklumkan oleh beberapa sahabat lama bahawa beberapa entry yang lalu telah menyinggung beberapa pihak. Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf secara ikhlas. Memang tidak terniat hendak menyinggung siapa-siapa, tetapi atas nasihat sahabat-sahabat eloklah saya memohon maaf.

5. Sehubungan itu saya menarik balik entry yang bertajuk "Coretan Sejarah Penubuhan TERC", kerana entry tersebut dikatakan telah menyinggung beberapa pihak. Pada asalnya saya cuma mencatatkan sejarah penubuhan, tidak lebih dari itu tetapi tidak tahu di mana silapnya saya telah ditegur supaya menarik balik entry tersebut. Kepada siapa saja yang tersinggung atas entry tersebut saya sekali lagi memohon maaf. Untuk maklumat lanjut silalah terus hubungi saya.

6. Saya suka menyarankan kepada TERC dan kelab-kelab lain supaya mencontohi pentadbiran All Biker Club Malaysia http://allbikersclub.forumotion.com/ di mana mereka tidak ada sistem jawatankuasa biasa yang mengandungi YDP atau Presiden dan sebagainya, tetapi menggunakan sistem Ahli Majlis Tertinggi (AMT). Dengan cara ini semua keputusan diputuskan oleh majlis syuarah di kalangan AMT.

7. Kata orang perkara yang baik eloklah dibuat contoh dan teladan, perkara yang tidak elok dijadikan sempadan. Banyak sudah kita lihat kelab-kelab yang hidup segan mati tak mahu kerana semata-mata perebutan kuasa. Apabila ada perebutan kuasa berlakulah apa yang dikatakan politicking. Apabila terlalu kuat politicking maka yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

8. Saya dah letih dah melayan pelbagai kerenah dalam kelab, hanya kerana saya seorang YDP. Nak saya serahkan kepada NYDP untuk memangku, beliau pun tidak upaya. Nak diserahkan kepada SU, pun tidak dapat katanya. Apa lagi yang harus dilakukan untuk memajukan Kelab? Tanpa sokongan dan bantuan kengkawan, tenaga seorang YDP mustahil dapat menjalankan semuanya...

Saya ingin mendengar pandangan kengkawan…

4 comments:

Anonymous said...

Salam,saya simpati atas luaran rasa YDP.Saya dah main moto sejak 1990,bermula 500cc kemudian 750 dan HD hingga sekarang berumur 11th.sudah berbagai bagai kelab saya join yang akhir nya semua nya berkubur x bertanda.

bersambung/

pcbahar said...

Terima kasih atas simpati yang ditunjukkan.. Sebenarnya kelab hidup kemudian berkubur bukan kerana apa, tetapi kerana ahlinya sendiri.. Saya sedang mencari formula terbaik untuk mengekalkan kelab walaupun saya tahu banyak rintangan di hadapan... Kalau ada pandangan yang membina sila kemukakan...

Armyza said...

Biasalah...makin byk orang makin byk ragam.Memang kita takkan termampu nak memuaskan hati smua orang so yang mana rase dah matang 2 kenalah terima apa yang kurang.Harap YDP tetap tabah.Walau pun saya dah makin jarang join program clab, saya tetap ambil tau perkembangan Club samaada melalui geng club atau web.Hidup TERC

Anonymous said...

salam,
Dlm pertubuhan sukarela, apabila tuan menerima tanggung jawab sbg YDP, tuan perlu tahu bahawa tuan perlu mengorban masa, wang ringgit dan segalanya demi memajukan lagi pertubuhan tuan ini. Tuan tidak boleh merungut atau mengeluh kerana tuan perlu akur dgn tugas sbg YDP yg memerlukan comitment yg tinggi demi memastikan pertubuhan tuan tidak berkubur dan terus berkembang maju.

Ketahuilah bahawa dlm pertubuhan sukarela tidak ada darjat atau perbezaan antara ahli-ahli tak kira sama ada tuan ydp nydp np su ajk atau ahli biasa. Semuanya sama. Jawatan tersebut adalah tanggungjawab yg dipertanggungkan atas bahu tuan-tuan kerana sudi menerima jawatan tersebut sama ada kerana setuju di pilih atau terpaksa setuju dipilih.
oleh itu kita mestilah menghormati antara satu sama lain dan meneri pendapat atau komen tak kira dari ahli biasa atau yg berjawatan kerna kalau kita hendak dihormati oleh org lain maka kita perlu menghormati org lain dulu. Jadi perbezaan pendapat sbg lumrah manusia dlm bermesyuarat dan jangan disimpan dlm hati pendapat-pendapat yg diluahkan.
Buang yg keroh dan ambil yg jernih. Buangkan rasa ego dlm diri kerana ianya akan menimbulkan masalah pada diri kita sendiri. ikut pendapat majoriti walaupun kita tidak bersetuju dgn pendapat itu.
sepekara lagi bersatulah semua bikers-bikers tak kiralah dari kelab mana tuan-tuan semua berada kerana kerana kelab bikers bukan pertubuhan kongsi gelap yg hendak bersaing antara satu sama lain. sebaliknya kelab bikers ditubuhkan utk bersaudara dan meramaikan lagi peminat-peminat motor tak kira dari jenis motor apa yg tuan-tuan tunggang, asalkan ianya motor. sertailah seberapa banyak kelab yg tuan-tuan suka supaya lebih meriah lagi dunia permotoran ini. Tingkatkan lagi perhubungan antara kelab-kelab samada berdaftar atau tak berdaftar kerana apabila dipulas trottle muka yg sama juag yg akan kita jumpa.

"hidup bikers"

iklas dari,
xv eleven hundred