Friday, May 14, 2010

Maju Modenas

Semasa konvoy CubPrix Batu Kawan Ahad lalu, kami sempat berbual mesra dengan En. Amir Abu Bakar, Pengurus Pemasaran Edaran MODENAS. Ramai antara kami yang ingin mengetahui mengapa Modenas tidak mengeluarkan motosikal berkuasa tinggi 250cc ke atas. Seperti yang kita sedia maklum kini terdapat beberapa syarikat motosikal yang mengeluarkan motosikal 250cc ke atas seperti Naza, Asia Bikes, SYM dan Demak. Menurut En Amir, antara isu yang perlu diambil kira ialah faktor harga dan kualiti pengeluaran. Pihak Modenas menurutnya hanya mengutamakan kerjasama dengan pengeluar motosikal yang dapat memberi kualiti yang terjamin. Ini dapat dilihat pada motosikal Jaguh contohnya, walaupun sudah lebih sepuluh tahun dipasarkan masih lagi mantap di jalanraya. Bagaimanapun beliau tidak menolak kemungkinan untuk Modenas meneroka segmen cc yang lebih besar.

Peserta konvoy CubPrix Modenas TERC bergambar bersama En Amir (tidak bertopi)

No comments: