Showing posts with label ride. Show all posts
Showing posts with label ride. Show all posts

Sunday, May 8, 2011

Konvoy ke Pondok Tanjung, Ride ke Selama

Setelah agak lama menyepi, pada hari Sabtu, 7 Mei 2011 kelab telah sama-sama memeriahkan dua majlis. Majlis pertama ialah konvoy pengantin dari Kamunting ke Pondok Tanjung. Konvoy turut disertai oleh Kelab Pemilik Myvi yang dikenali sebagai Myvians Taiping telah bergerak dari depan SMK Teknik Kamunting pada jam 1200 tengah hari. Selesai menjamu selera di rumah kenduri, para bikers terus bergerak ke Selama untuk meraikan Hari Koperasi SMK Dato’ Haji Hussein.



Apa yang menariknya, program ini telah disertai 30 bikers daripada empat buah kelab, iaitu TERC sendiri, Larut Bikers Club (LBC), Darul Ridzuan Group (DRG) dan Taiping Raiders Club (TRC). Cuma apa yang diharapkan pada masa-masa akan datang ialah agar penyertaan daripada riders Jaguh lebih ramai supaya kehadiran mereka tidak tenggelam oleh motor-motor gergasi yang lain.



Para peserta kali ini nampaknya sangat gembira dan bersyukur pada Allah kerana program berjalan sangat meriah dan berjaya, ditambah pula dengan cuaca yang cerah waktu pergi dan balik. Amat jarang dapat kunpul bikers seramai ini apabila buat program pada hari Sabtu.



Sedikit foto untuk tatapan. Maaf kualiti gambar teruk sebab guna camera henset murah jer..





Para bikers berkumpul untuk mendengar Abang Amer Biker (terlindung) memberi taklimat sebelum berangkat.



Deretan motor... Punya banyak motor gergasi, Jaguh langsung tenggelam..

Best betul sekali sekala dapat ride macam ni.. Apa lagi nikmat seorang biker selain dapat ride..

Sampai rumah kenduri apa lagi, santap ler..

Pengantin diarak masuk selepas selesai sesi bergambar dekat deretan motor.. Dengar kabor nya pengantin ni cikgu ngajor kat Tengku Menteri... Eh, sekolah teman tu, ngapa teman tak tahu?

Di SMK Dato' Haji Hussein, Selama.. Para pengunjung teruja melihat motor gergasi...

Program Hari Koperasi SMK Dato' Haji Hussein. Mastermindnya Cikgu Khairul, Penolong Kanan Ko-Kurikulum yang juga ahli TERC..





TERC mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua peserta konvoy dan riders sekelian yang mengambil bahagian. Walaupun ini bukan anjuran TERC sepenuhnya namun kerjasama yang ditunjukkan menjadikan program kita tambah meriah...




Terima kasih kepada Sdr Sahimi, Presiden LBC yang menganjurkan program, PakSu Majid yang kumpul ramai riders, Abang Amer Biker selaku chef de mission dan semua riders yang tak dapat disebutkan satu persatu. Terima kasih daun keladi, kalau boleh buat lagi...

Tuesday, September 21, 2010

Takde ride raya?

Ada… Kalau ada ride berbuka, ada ride bersahur, lepas ni ada pula ride raya..


Banyak juga dengar-dengarnya ride raya yang dirancang.. Dengarnya satu group dah pun ride ke Sungai Petani meraikan kanak-kanak istimewa.. Hujung minggu ni pula Krian Bikers jemput semua kelab motor beraya di Parit Buntar.. Dan seminggu lepas tu ada satu group pula akan ride sampai ke Danok, Thailand.. Meriah juga bikers tanah air.. Buat la asalkan kalian bahagia.. Nama pun bikers, kan..


TERC juga tidak ketinggalan untuk buat ride raya.. Kita akan ke Kuala Lumpur pada hari Sabtu 2 Oktober 2010 dan balik keesokannya.. Kepada yang berminat bolehlah hubungi urusetia TERC.. TERC akan cuba buat yang terbaik.. Peserta akan mendapat sehelai baju-t dan sedikit duit raya.. He, he.. Dah tua-tua pun nak duit raya..

Alba – Bukan tua la, budak besar..

Thursday, September 2, 2010

Lagi sekitar program Infaq Ramadan

Ini ada sebahagian lagi gambar-gambar sekitar program Infaq Ramadan di Batu Kurau pada 31 Ogos 2010 yang lalu.. Gambar-gambar adalah ihsan jurukamera TERC, Tuan Haji Abdul Rahim (013-4849487 / 012-4630852)...

Lady biker dan suaminya dari Taiping Rider Group..

Ustaz Toreq menyampaikan tazkirah Ramadan.. Kata Ustaz Toreq, "antara penyebab kurangnya pahala puasa adalah kerana adanya sifat khianat.. "
..dan antara sifat khianat di kalangan mat-mat motor ialah suka merempit..
keh, keh, keh... itu teman yang kata...

Tengok bikers pun tekun mendengar tazkirah.. Nampak jer brutal, tapi hati lembut..

Gabungan bikers utara..

Motor celup emas.. Boleh gadai ni.. Patut celup semua sekali, kata abang Nan..

Bro Arip and the gang dari Ipoh..

Antara penerima sumbangan beras terdiri daripada pelbagai golongan termasuk yang kurang upaya
Tuan Haji Sabri cergas macam orang muda ligat membantu mengedarkan beras..
Encik Zain daripada Badan Kebajikan Pekerja-Pekerja Telekom Malaysia menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Air Itam, Batu Kurau..
Kami datang nak bantu...

Inilah sedikit sumbangan daripada kami TERC..

Time berbuka dah sampai...

Tuesday, August 31, 2010

Ramadan Charity Ride 31 Ogos 2010

Persinggahan pertama.. Rumah Anak Yatim Nur Kasih, Ulu Sepetang..
Inilah penghuni Rumah Anak Yatim Nur Kasih..
Ketua Kampung bikers (PakTeh dan PakYa) bersedia untuk mengedarkan sumbangan beras kepada warga miskin sekitar Batu Kurau.. Ustaz Mohd Noor ditemuramah krew Bersamamu TV3.. Keprihatinan bikers kepada mangsa kebakaran di kampung Air Itam..
Salah satu masjid yang menjadi tempat pengedaran beras kepada warga yang memerlukan..

Itulah sebahagian liputan peristiwa Kembara Infaq Ramadan yang telah diadakan pada hari Selasa 31 Ogos 2010 yang melibatkan bikers daripada TERC dan LBC. Turut memeriahkan majlis ialah para bikers dari Sungai Petani, Penang dan Ipoh. Terima kasih kepada semua yang menjayakan. Memang meletihkan tetapi berbaloi. Letih betoi, nak tidorlah..

Sunday, July 25, 2010

Loken Walk Ipoh

Ada la enam orang member TERC yang ke Loken Walk pagi Ahad tadi… teman sendiri, Ee, Duan Selama, Rahman, Rahim Chef dan Cikgu Megat… Selepas merayau-rayau di Loken, terus pergi repair motor di Jalan Pasir Puteh. Pemilik kedainya juga merupakan mekanik dan biker yang friendly, kira boleh la datang lagi… Kamera teman meragam pula, tak tahu di mana silapnya, gambar jadi watermark.. Tapi balik rumah elok pulak… Teman beli majalah lama jer… Yang bestnya ride kali ni segala pergerakan macam diatur-atur.. Sampai sahaja di Loken dah tersedia tempat parking cukup-cukup untuk enam biji motor.. Pergi pula cari kedai repair motor elok pulak ada buka sebab owner dia nak siapkan Suzuki 750nya nak ride ke Hattyai Bike Week hujung bulan ni.. Abg Rahim Chef dapat pula beli ekzos VN500 yang diidam-idamkannya dengan harga sangat murah… Waduh-waduh, best betul bila Abg Rahim belanja kita orang pekena nasi kandar di Salem Restoran… Terima kasih banyak..
Bergambar di Hentian Bukit Gantang sebelum bertolak ke Ipoh... Kamera meragam ni...
Hanya inilah yang teman dapat bawa balik, majalah lama tahun 1970-an Popular Mechanic dan Look and Learn Kad bisnes kedai repair motor yang juga agen Kawasaki di Ipoh... Macam-macam sparepart ada untuk big bike boleh order..

Saturday, May 1, 2010

Sekitar Konvoy Pengantin Batu Kurau

Hari ini, Sabtu 1 Mei 2010... Best betul dapat ikut konvoy pengantin dari Kamunting ke Pantai Besar, Batu Kurau... Tak mau cerita banyak... Hanya mereka yang ikut sahaja tahu nikmatnya berkonvoy... 30 riders daripada TERC dan LBC ada ceritanya...

Berkumpul di Petronas Kamunting, ucapan ringkas, berdoa, dan... on your bike...
Sampai saja rumah kenduri, serbu... Ustaz orang pertama basuh tangan tak sabar nak makan...
Eh, tadi orang jemput kita konvoy pengantin ada ajak makan tak?
Tak kira la, tak makan karang tuan rumah sedih pulak....
Payah jumpa sekarang ni jamuan kenduri makan berhidang... Selalunya buffet style saja...
PakLeh baru nak mula, cikgu Wan dah selesai... Jaga badan...
Power betul kari ikan nyok-nyok ni...
Tengok abang Atan sampai berair biji mata...
Memang gegar betul Batu Kurau dengan gegak gempita motor-motor berkuasa besar TERC dan LBC...
Solat zohor di masjid Pantai Besar... Kewajipan perlu ditunaikan...
Lepas solat, haji Sabri terus ke Gerik melalui Sumpitan...
Biker sejati haji ni... Sorang-sorang pun berani ke Gerik ikut jalan sunyi tu...
Tak takut rimo ke?
Sebelum bersurai singgah sebentar di rumah Ustaz Mat Noor (berbaju putih), sambil tunggu hujan berhenti... Ustaz Mat Noor tak ikut konvoy sebab bondanya baru meninggal pagi tadi... Takziah...

Monday, April 26, 2010

Program Anak Yatim dan Kuala Kangsar

Pada 24 dan 25 April yang baru lalu saya telah bercuti ke Genting Highlands sambil membawa anak-anak murid dalam satu lawatan sambil belajar ke sana. Itulah pertama kali menjejak kaki ke sana buat saya dan hampir semua peserta rombongan. Letih juga ikut rombongan tersebut, maklumlah terpaksa layan pelbagai kerenah anak-anak murid.
Pada tarikh-tarikh yang sama, kelab kita terlibat dengan dua aktiviti yang agak grand. Pada 24 April 2010 seperti yang telah dirancang, Kelab menerima kunjungan Persatuan Kulaan Malaysia untuk bersama-sama meraikan anak-anak Yatim Nur Hidayah, Kampung Cheh, Bukit Gantang. Saya dapat khabar program tersebut sangat meriah, dengan kehadiran 20 buah kereta daripada Persatuan Kulaan, 20 motosikal daripada TERC dan 10 buah daripada LBC. Dalam program tersebut, beberapa karung pakaian terpakai telah disumbangkan kepada anak-anak yatim. Para bikers pula berjaya mengumpul lebih RM400 untuk disedekah kepada anak yatim.


Sdr Matki merupakan matermind program bersama anak yatim ini...

Pada hari Ahad 25 April pula telah berlangsung program himpunan bikers di Arena Square Kuala Kkangsar sempena sambutan keputeraan Sultan Perak. Diberitakan selain TERC dan LBC, turut memeriahkan program ialah geng-geng dari Choppersgarage dan NERC Penang.
Bikers dari TERC dan LBC bergambar di Dataran Sungai Perak
Saya memang teruja mendapat berita-berita memberangsangkan tentang program-program bikers. Walaupun saya tidak dapat menyertai, saya tetap mendoakan kejayaan Kelab dalam setiap aktiviti yang diceburi. Ini menunjukkan bahawa dalam pertubuhan kita ini jawatan tidak penting, tetapi komitmenlah yang menjadi tunjang utama. Tentang jawatan saya ini, saya akan huraikan pada entri yang akan datang.
Sekian.
*Gambar-gambar dicilok dari facebook Matki... Terima kasih Matki...

Sunday, March 28, 2010

Ride paling santai

Pada pagi Ahad, 28 Mac 2010 seramai lapan orang ahli TERC telah ride ke Rope Walk, Lorong Kulit, Pulai Pinang. Mereka ialah Cikgu Bahar, Abang Din Boxing, Paksu Non, Sdr Malik, Cikgu Megat, Rizal Gayung, Che Mi Hj Saleh dan Sdr Nizam. Boleh dikatakan inilah ride yang paling santai pernah dibuat TERC. Para riders menunggang dengan penuh santai, tidak terkejar-kejar, tidak ada marshall, dan tidak terikat dengan mana-mana pihak lain.
Pada mulanya hanya seramai enam orang sahaja bertolak pada 8.00 pagi dari Tol Kamunting. Mereka singgah sebentar di R&R Gunung Semanggol. Setengah jam kemudian Che Mi Haji Saleh join untuk ride. Perjalanan diteruskan selepas bersarapan. Tiba di Hentian Sebelah Sungai Juru, seorang lagi ahli TERC iaitu sdr Nizam yang bekerja di Pulau Pinang turut join the ride dari situ untuk tunjuk jalan ke Rope Walk. Sampai di Rope Walk dalam pukul 11.00 pagi, riders diberi kebenaran parking di Laman Stadium. Ramai juga pengunjung pada hari tersebut.
Pada pukul 12.40 tengah hari para riders bergerak ke jalan Chowrasta untuk membeli jeruk sebagai buah tangan untuk dibawa balik. Sebelum bertolak balik dengan feri mereka sempat singgah makan di Padang Kota.
Apa yang hendak diceritakan di sini bukan tentang ride tersebut tetapi catatan ini ialah sebagai panduan untuk kita semua merancang satu ride yang santai dapat dibuat. Penulis dapat merumuskan begini...
1. Mulakan dengan matlamat untuk bersantai. Untuk ini pastikan cuaca cerah dan sesuai untuk memulakan perjalanan.
2. Tentukan cek point di mana hendak berhenti dan berikan maklumat dan arahan yang jelas kepada semua peserta konvoy.
3. Tidak perlu marshall kerana masing-masing sudah cukup matang untuk membuat ride yang selamat.
4. Selalu berbincang sesama ahli tentang sebarang perkara yang berkaitan dengan ride.
5. Selalu tersenyum... Apabila anda senyum insyaAllah suasana akan ceria...

Kalau nak ke Lorong Kulit elok naik Feri, lebih dekat banding ikut Jambatan PP...

Suasana Rope Walk tak jauh beza dengan UpTown atau Lockain Road....

Antara yang menarik perhatian ialah barangan antik... Radio antik MW/SW berharga RM850..

Sebelum balik kita makan dulu.....

Saturday, March 20, 2010

TERC dapat layanan VIP

Beberapa orang ahli TERC baru saja balik dari Alor Setar memenuhi undangan MODENAS meraikan Pembukaan Cub Prix 2010 di Alor Setar. Terima kasih kepada MODENAS yang telah memberi layanan VIP kepada delegasi TERC. Tidoq kat WNS Homestay beb... Ini Homestay taraf VIP... Cakap pun tak guna, memang best....
Ini ada sedikit gambar sebagai ole-ole.... Biarlah gambar menceritakan semuanya...

Delegasi TERC bergambar di hadapan homestay sebelum bergerak menuju Giant Alor Setar

Sebahagian daripada 350 peserta konvoy MODENAS

Polis Trafik turut memberi bantuan...

Anak-anak muda generasi lepas merdeka ceria mengambil bahagian....

Acara memotong kek dan melepas belon sempena setahun usia Modenas GT128...
Pendek kata acara pada hari tersebut happening habis. So kepada pemilik-pemilik motor Modenas hangpa jangan gatai nak tukaq motor lain... Banyak lagi program khas untuk pemilik motor Modenas. Belilah keluaran Modenas, keluaran tempatan... Harap-harap Modenas cepat-cepat la keluarkan motor berkuasa tinggi pula... Kalau Naza dengan Demak boleh buat, takkan Modenas tak boleh... Kami tak sabaq dah ni...

Friday, March 19, 2010

Ride Utara

TERC mendapat jemputan terus daripada pihak MODENAS untuk memeriahkan program Pembuka Tirai Cub Prix pada hari Sabtu 20 Mac 2010. Pada kesempatan ini TERC bercadang untuk terus ride ke utara iaitu Alor Setar dan Bukit Kayu Hitam. Peserta akan bertolak dari Tol Kamunting pada hari Jumaat 19 Mac 2010 jam 3.00 petang.
Kepada kengkawan yang berkesempatan, moh kita....

Sunday, February 28, 2010

Laporan Ride Titiwangsa

Sementara saya hendak ke Batu Kurau pagi ni, apa kata kengkawan komen dulu kat sini...

Tapi keseluruhannya, ride kali ini memang terbest....

Tunggu laporannya....

Belum apa-apa member Kelantan Bikers dah welcome kita...
Rujuk sini http://kelantan-bikers.blogspot.com/

Kita akan cuba menyertai 4th Bike Week Kelantan. Kalau tak ramai yang pergi, sekurang-kurangnya kita akan hantar wakil untuk join... Sebab bukan hari cuti...

Monday, February 8, 2010

Moh ke Kelantan (up-date)

Berikut ialah senarai yang akan ikut program ke Kelantan nanti:

Yang telah menempah t-shirt (dengan bayaran): Cikgu Bahar RM10, Jeffery Milah RM30, Din Boxing KakPah RM30, PakTeh MakTeh RM30, Safri RM10, Zaman RM10, PakSu Non RM20, Malik RM10, Sahimi RM10, MatKi RM10, Rosle RM10, Rj Ismail RM20, Azman DS RM10, M Rozana RM10, Hj Sabri RM10, Wan Selama RM10, Ustaz Khairul RM10, Rizal + Isteri RM30, C Baha Teknik RM10, Yusri Harley RM20, Jamil RM10, Sayed Isa RM10, Amin Penjara RM20, Suhaimi Hj Saleh RM10, dan Murat RM10.

Yang ini pula janji nak ikut, baju dah ditempah, tapi akan bayar kemudian: Asmadi, Yesu, Abg Din Silat, Mejar Zaharim, Jo, Hj Amil, Aznan, Mawardi, Awang, Man Z, Rahman, dan Cikgu Izam.

Satu taklimat tentang program ini dijangka akan diadakan dalam masa dua tiga hari lagi.

Harap maklum.

Sementara itu, Kelab mengucapkan terima kasih atas jemputan Abang Nik dari Kelantan Bikers Club untuk program pada 3 dan 4 April 2010 sempena keputeraan Sultan Kelantan. Namun demikian program kita pada 26 Februari ini tidak berubah kerana telah dirancang awal. Lagipun program ini mempunyai pengisian yang tersendiri.

Sdr YDP, NYDP dan seorang AJK TERC telah reccee laluan ke Kelantan. InsyaAllah mereka akan merancang perjalanan yang licin untuk pergi dan balik dalam program konvoy itu nanti. Blog ini akan up-date dari semasa ke semasa sebarang perkembangan yang berkaitan.

Sementara itu pihak pengurusan TERC mendapat kemudahan menghantar sms percuma melalui internet. Kepada kengkawan yang menerima sms tersebut diharap dapat reply terus kepada YDP di talian 0175721078.

Keep in touch....

Posting asal:
Mesyuarat AJK baru-baru ini memutuskan yang Kelab bercadang hendak ride ke Kelantan pada 26 dan 27 Februari 2010, iaitu pergi hari Jumaat dan balik hari Sabtu. Kepada kengkawan yang ingin turut serta sila hubungi Kelab dengan segera supaya kita boleh tempah t-shirt yang mencukupi.

Hajat nak ride ke Kelantan ni memang lama dah nak buat. Tapi asyik tangguh saja sampai ramai ahli dah naik boring tertunggu-tunggu. Harap-harap kali ini jadi, jangan tak jadi. Namun kita cuma merancang tapi takdir yang menentukan…

Apa-apa hal pun untuk maklumat lanjut tentang program ini sila hubungi kelab…

Sunday, January 24, 2010

Program Jamuan Rakyat Pokok Assam

Geng Arif Jaguh Ipoh tak ketinggalan memeriahkan majlis...
Sempat juga teman berkenalan dengan Tuan OCPD...
"Boleh la saya nak ajak kelab buat program kesedaran untuk mat-mat rempit," pelawa Tuan OCPD. "Ini kelab sah ke?"
"Kelab sah, tuan," balas saya."Tuan boleh hubungi Sdr Jeff, kami punya PRO"

Ahli-ahli kelab kalau bab makan memang penuh sopan. Tak banyak, setakat tiga pinggan aje...
Makan kat main table tu yeop... Bergambar kenangan sebelum bersurai dari tapak program...

Beritanya...
Pada hari Ahad, 24 Januari 2010, Kelab mendapat jemputan istimewa untuk memeriahkan program Jamuan Rakyat anjuran JKKK Kampung Pokok Assam yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohd Zaini, atau lebih senang dengan panggilan PakTeh Zaini. Acara boleh dikatakan meriah sungguh. Walaupun cuaca hujan tapi lautan manusia berpusu-pusu datang. Dan Kelab berasa bertuah kerana mendapat jemputan istimewa untuk memeriahkan majlis dengan membuat pameran motor. Pameran motor tambah meriah dengan penyertaan geng Arif dari Ipoh, yang kesemuanya motor jenis cincang (choppers)...
Sebelum bersurai kami sempat lepak-lepak dulu di kedai kelab pekena teh tarik... Eh, siapa pula yang belanja ni? Bila teman nak bayor je, orang kedai kata dah settle...
Terima kasih kepada semua yang menyertai program - Jeff, Din Boxing, Madi, Bahar, PakSu Non, Ee, MatKi, Hj Amil, Jeff, Zaman, Malik, Jo, Duan Selama, Faizal posmen, (sekadar menyebut beberapa nama yang saya ingat...) dan juga geng Bro Ariff Ipoh... Ramai juga yang tak dapat datang kerana macam-macam hal... Paling kesian sdr Li Badang, dia kata motor buat hal pula... Motor tak cukup vitamin tu <-- yg ni kena minta ubat dari Jeff
Okay la... jumpa lagi kita pada Mesyuarat Agung Tahunan nanti... Jangan lupa...