Sunday, March 28, 2010

Ride paling santai

Pada pagi Ahad, 28 Mac 2010 seramai lapan orang ahli TERC telah ride ke Rope Walk, Lorong Kulit, Pulai Pinang. Mereka ialah Cikgu Bahar, Abang Din Boxing, Paksu Non, Sdr Malik, Cikgu Megat, Rizal Gayung, Che Mi Hj Saleh dan Sdr Nizam. Boleh dikatakan inilah ride yang paling santai pernah dibuat TERC. Para riders menunggang dengan penuh santai, tidak terkejar-kejar, tidak ada marshall, dan tidak terikat dengan mana-mana pihak lain.
Pada mulanya hanya seramai enam orang sahaja bertolak pada 8.00 pagi dari Tol Kamunting. Mereka singgah sebentar di R&R Gunung Semanggol. Setengah jam kemudian Che Mi Haji Saleh join untuk ride. Perjalanan diteruskan selepas bersarapan. Tiba di Hentian Sebelah Sungai Juru, seorang lagi ahli TERC iaitu sdr Nizam yang bekerja di Pulau Pinang turut join the ride dari situ untuk tunjuk jalan ke Rope Walk. Sampai di Rope Walk dalam pukul 11.00 pagi, riders diberi kebenaran parking di Laman Stadium. Ramai juga pengunjung pada hari tersebut.
Pada pukul 12.40 tengah hari para riders bergerak ke jalan Chowrasta untuk membeli jeruk sebagai buah tangan untuk dibawa balik. Sebelum bertolak balik dengan feri mereka sempat singgah makan di Padang Kota.
Apa yang hendak diceritakan di sini bukan tentang ride tersebut tetapi catatan ini ialah sebagai panduan untuk kita semua merancang satu ride yang santai dapat dibuat. Penulis dapat merumuskan begini...
1. Mulakan dengan matlamat untuk bersantai. Untuk ini pastikan cuaca cerah dan sesuai untuk memulakan perjalanan.
2. Tentukan cek point di mana hendak berhenti dan berikan maklumat dan arahan yang jelas kepada semua peserta konvoy.
3. Tidak perlu marshall kerana masing-masing sudah cukup matang untuk membuat ride yang selamat.
4. Selalu berbincang sesama ahli tentang sebarang perkara yang berkaitan dengan ride.
5. Selalu tersenyum... Apabila anda senyum insyaAllah suasana akan ceria...

Kalau nak ke Lorong Kulit elok naik Feri, lebih dekat banding ikut Jambatan PP...

Suasana Rope Walk tak jauh beza dengan UpTown atau Lockain Road....

Antara yang menarik perhatian ialah barangan antik... Radio antik MW/SW berharga RM850..

Sebelum balik kita makan dulu.....

2 comments:

Anonymous said...

Kalau jadi minggu ni pi KL itulah cara terbaik untuk ride. Badan tak letih hati tak sakit. Keseronokan dapat dirasa. Ucapan terima kasih untuk semua.

Paksu Non

Anonymous said...

salam. saya harap kita dapat kekalkan suasana macam ni time ride. memang best. sapa nak ikut, jom. tak ada nak rush, tak terikat ngan jadual.jom kita ride lagi...

- megat-