Malam ini selepas majlis tahlil, satu mesyuarat ringkas akan diadakan sebagai penutup program Ride Titiwangsa Taiping-Kota Bharu. Berikut ialah laporan ringkas program tersebut:
Laporan Ride Merentasi Titiwangsa Taiping-Kota Bharu. 26-27 Februari 2010
Objektif Program:
1. Memenuhi salah satu aktiviti ride jauh tahunan.
2. Melatih para peserta tentang aspek kepegawaian ekspedisi bermotosikal.
3. Mendedahkan para penunggang dengan pelbagai bentuk penunggangan.
4. Mengeratkan silaturrahim antara sesama ahli.
Bilangan motosikal = 31 buah (25 TERC dan 6 LBC)
Bilangan kenderaan lain = 3 buah kereta dan sebuah lori
Jumlah peserta = 50 orang
Hari Pertama – 26 Februari 2010
Program bermula seawal 8.00 pagi di Kedai Kelab untuk pendaftaran peserta, sarapan, taklimat ringkas, dan membaca doa perjalanan.
Hari Kedua – 27 Februari 2010
Seawal jam 6.00 pagi peserta telah bangun pagi, mengemas diri dan bersarapan. Jam 9.00 pagi check-out dari tempat penginapan. Kemudian peserta bertolak ke Pasar Khadijah Kota Bharu untuk membeli belah selama sejam. Sekitar jam 12.15 bertolak ke Rantau Panjang untuk shopping, solat dan makan tengah hari.
Habis program di Rantau Panjang peserta bergerak menuju ke Gerik. Rombongan singgah sebentar di Bersia, iaitu di rumah Puan Aminah, balu Allahyarham Shahriman, di mana rombongan mengadakan doa tahlil dan jamuan ringan. Derma berjaya dipungut berjumlah RM101 diserahkan kepada balu Allahyarham. Seterusnya rombongan bertolak balik dari rumah Puan Aminah lalu singgah mengisi minyak di Petronas Gerik. Seterusnya bergerak menuju R&R Bukit Gantang untuk taklimat akhir dan bersurai pada pukul 9.30 malam.
Kesimpulan
Boleh dikatakan program ini adalah antara program yang paling berjaya pernah dianjurkan oleh Kelab. Objektif program telah tercapai. Setiap peserta diberikan sekeping sijil penghargaan.
Dengan program ini, segala tohmahan yang mengatakan Kelab sekarang adalah lesu telah dapat ditangkis.
Kelab mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada peserta dan semua pihak yang menyokong dan membantu menjayakan program Kelab. Kepada semua, marilah kita terus menyokong usaha yang murni ini bagi menaikkan imej bikers di kalangan masyarakat.
1 comment:
TAHNIAH KERANA ANDA SEMUA TELAH BERJAYA MENGANJURKAN AKPIDISI YG SUNGGUH BERPAEDAH INI.DR YOP
Post a Comment