Wednesday, May 13, 2009

TERC semakin diminati

Saya mendapat maklumat daripada ahli-ahli bahawa banyak pihak yang berminat pada TERC, sama ada ingin menjadi ahli atau sekadar mendekati Kelab ini. Saya amat mengalu-alukan sesiapa sahaja yang menyokong usaha yang berfaedah ini. Paling terbaru ialah dua pihak yang telah menunjukkan minat mereka iaitu Pengurusan Bukit Jana Golf Resort dan Kelab Retromotorider dari Kuala Lumpur. Dalam masa terdekat ini kita harap dapat menjalinkan usahasama dan program yang berfaedah.

Saya harap blog ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat kepada mereka yang ingin tahu lebih lanjut tentang Kelab. Ahli-ahli Kelab pula diminta terus komited dan menyokong sebarang aktiviti yang kita anjurkan.

Saya masih lagi tercari-cari ahli yang boleh membantu dari segi promosi, terutama menggunakan kemudahan teknologi maklumat.

4 comments:

jebat said...

salam, memang beno yop terc udah terkenal........ tapi gambo xtvt nye takade itu yang teman sedih bila kekawan teman tanya tentang xtvt yang dianjurkan.... teman tak boleh nak buktikan. kalau ada teman adale gambonye tapi yang berbentuk pribadi... nak nganto kat yop teman tak pande... tapi macammana sekalipun tahniah...

jebat said...

salam.... apakate kita adakan xpdc sejarah/rekriasi negeri perak... kita ride and tidur dalam kemah kita buat amal kita teroka negeri kita ( kalau tak silap kat sini aja ada 18 ayo terjun and kota raja bersiong kat ijok orang dah lupa)so taat kita boleh bina jati diri kita sendiri...
kita kenal dearah kita, kita kenal negeri kita, kita kenal kawan kita, kita kenal bangsa kita dan kita kenal budaya kita...
keinsafan akan ada semasa amal bakti dan jangan sekali-kali menang sorak kampung tergadai hilang kawan hilang saudara maruah tercalar sendiri empunya angkara...insyallah tidak berlaku...

pcbahar said...

Bab gambor tu yang lemah bebenor kelab ni.. Bukan takde gambor, ada.. Tapi takde orang yang menyerahkannya pada teman.. InsyaAllah teman akan usahakan..
Tentang ekspedisi seluruh Perak akan kita buat.. Syaratnya semua sokong.. Ater cikgu Megat, apa tunggu lagi.. Buat la..

Anonymous said...

gambar orang derma darah tu buang aje dari blok ni bukan apa teman rasa menyampah nengok nye