Thursday, May 14, 2009

Sdr Asmadi masuk spital

Semalam 13 Mei 2009, Bendahari TERC, Sdr Asmadi telah dimasukkan ke ward C5 Hospital Taiping kerana serangan sakit jantung yang terjadi tiba-tiba. Menurutnya, dalam cuaca panas semalam beliau terasa amat haus lalu minum segelas teh o ais.. Selepas itu jantungnya terasa lain, berdenyut kencang secara luar biasa.. Beliau lantas mendapatkan rawatan di Wad kecemasan,kemudian dirujuk pula ke ward. Keadaan beliau sekarang ini stabil dan diminta banyak berihat.

Saya juga mendapat berita yang isteri Sdr Murat pun mendapat rawatan di Hospital Apollo. Isteri beliau kena pasang besi pada tulang kaki selepas terlibat kemalangan kira-kira sebulan dulu.

Oleh itu program TERC ke Kuala Lumpur Sabtu ini nampaknya terpaksa dibatalkan sebagai menghormati rakan-rakan kita itu yang tak dapat ikut bersama. Bagaimanapun saya akan cuba adakan satu program kecil di sekitar Taiping. Berkemungkinan besar kita akan adakan satu kursus pengenalan internet kepada ahli-ahli.

3 comments:

Anonymous said...

Sampaikan ucapan Semoga Cepat Sembuh saya kepada sahabat kita...dah jauh nie tak dapat la nak melawat sahabat2 yg terlantar di hospital..moga TERC terus aktif dan diharap blog nie akan terus membekalkan maklumat terkini kpd teman2 yg jauh di mata...Salam utk semua.
-AzizKhan-

Anonymous said...

Sdr Asmadi telah pun keluar hospital dan kini sihat tetapi masih dalam perhatian doktor..

InsyAllah kita akan terus majukan Kelab bersama-sama dengan ahli yang terus setia..

alba TERC

zaharim said...

assalamualaikum... sorry lama tak kesempatan jengah kat sini doa saya agar kedua-duanya dah pun sihat....