Sunday, May 10, 2009

Ekspedisi Gunung Jerai

Saya ingin menyampaikan hajat PakSu Majid untuk mengajak ahli-ahli TERC yang berkelapangan untuk bersama beliau berekspedisi ke Gunung Jerai pada hari Selasa, 12 Mei 2009. Sesiapa yang dapat pergi bolehlah hubungi beliau di 013-5152678. Minyak dan makan insyaAllah akan dibiayai sepenuhnya oleh beliau.
Ekspedisi akan berkumpul di kedai beliau pada pukul 8.00 pagi dan akan bergerak selepas bersarapan di situ. Oleh kerana hari itu hari bekerja susah sedikit untuk Paksu mendapatkan peserta yang ramai. Namun saya difahamkan setakat ini lima motor sudah berjanji akan pergi. Mereka ialah Paksu Majid sendiri, Pak Haji Omar, Abang Ramli, Sdr Sahimi, dan Sdr Norrulmuin. Beberapa ahli lagi belum memberi kata putus tetapi berkemungkinan besar akan turut serta. Mereka ialah Sdr Asmadi, Abg Din Boxing, Sdr Jeff, dan PakSu Non.. Saya harap lebih ramai dapat pergi..

1 comment:

Anonymous said...

Dapat mesj dr Abg din hanya 4 motor saja yang pergi - PakSu Majid, Pakji Omar, Apai dan Abg Din.. Okay la tu.. Itupun dah dikira ramai..

alba