Saturday, February 27, 2010

Maawardi kembali ke Rahmatullah

Allahyarham Maawardi merupakan ahli baru yang aktif. Mula menyertai TERC pada awal 2009. Kalau anda masih ingat, aktiviti pertama Allahyarham ialah menziarahi adik Ihsan di kampung Temerlok yang menderita sakit kulit. Allahyarham tidak lupa menjemput ahli-ahli TERC semasa kenduri rumah barunya di Kampung Perak, Batu Kurau. Kemudiannya Allahyarham sekali lagi menjemput ahli TERC menjamu selera di rumahnya dengan pelbagai hasil dusun. Kali terakhir sumbangan beliau yang tak kurang pentingnya ialah menderma darah semasa Tabung Darah sangat-sangat memerlukan bekalan darah segera.
Itulah serba ringkas tentang penglibatan Allahyarham dalam kelab. Sesungguhnya pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar buat Kelab. Kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat.
Al-Fatihah.

No comments: