Thursday, April 29, 2010

Apa ada pada jawatan

Semalam AJK TERC telah berbincang agak panjang lebar tentang kedudukan YDP dan NYDP dalam Kelab. Saya telah terangkan kedudukan saya selaku YDP. Begitu juga Paksu Non selaku NYDP juga memberikan pendapat beliau. Apa yang kami dapat simpulkan bahawa Kelab perlu diteruskan tidak kira siapa pun penerajunya. Bukan jawatan yang kita pentingkan. Biarlah tiada jawatan sekali pun, kita tetap berkelab. Ini berbeza dengan YDP dan NYDP lama yang menghilang diri apabila kalah dalam mesyuarat agung terus keluar kelab dan buat kelab baru. Bagi saya dan Paksu kami sependapat bahawa jawatan bukanlah segala-galanya. Sebagai ahli kelab kita boleh memberi sumbangan dalam pelbagai cara dan pelbagai bentuk. Bukannya apabila kalah jawatan terus memburuk-burukkan kelab, apatah lagi buka kelab baru. InsyaAllah TERC akan terus maju dan mantap bersama-sama ahli yang terus setia tanpa memikirkan jawatan. He, he.. kalau teman hilang jawatan ni toksah la komer riso, takdenyer teman bukak kelab baru…

Dalam perbincangan semalam saya menerangkan kepada AJK bahawa jatuh bangunnya Kelab kita bukan bergantung kepada dua tiga orang individu, tetapi setiap ahli perlu menggembleng tenaga memastikan kekuatan kelab terus terpelihara. Saya ingin menyeru kepada semua bikers yang benar-benar bikers sejati supaya hentikan politicking dalam kelab dan ketepikan perselisihan pendapat, barulah kita boleh duduk semeja dan sebumbung. Bagi TERC dan LBC misalnya, kita boleh bergerak bersama-sama dan seiringan… Dan komer-komer yang masih belum berkelab secara yang sah bolehlah menyertai mana-mana Kelab yang sah di Taiping ni… Di sini saya mempelawa mana-mana pemilik easy rider, yang nak ride secara bersantai-santai seorang atau bawa isteri/anak makan-makan angin, tak kira cc, mailah join TERC… Kalau nak gah lagi joinlah LBC yang keahliannya terbuka kepada pemilik easy rider 500cc ke atas sahaja… Kalau nak laju-laju guna sistem check-point semasa ride bolehlah join TBC… Pilih komer pilih…

Okay, tunjukkan yang anda ada semangat setia kawan TERC…

Sabtu 1 Mei 2010 ada konvoy pengantin (dan makan kenduri sekali) ke Batu Kurau. Semua peserta sila tunggu di PETRONAS Kamunting jam 11.30 pagi. Maklumat lanjut hubungi PRO LBC Sdr Sahimi 0175694649… Semua dijemput hadir gegarkan Batu Kurau…

Sementara itu semua ahli TERC dijemput mereka corak (design) t-shirt TERC… T-shirt hendaklah bewarna hitam, jenis round-neck dan mengandungi kata-kata atau corak yang melambangkan identiti TERC… Sila hantar design anda pada kertas A4 sebelum Sabtu 15 Mei 2010… Pencipta design terpilih akan menerima hadiah menarik yang akan diumumkan kemudian…

Hidup TERC!!!!

1 comment:

Anonymous said...

TERC now n ever
(lee)