Sunday, April 18, 2010

Sibuk badminton dan program Kelab

Saya agak sibuk dalam seminggu dua ini kerana terlibat dengan pertandingan badminton sekolah-sekolah peringkat negeri Perak di Ipoh. Saya telah maklumkan kepada semua ahli tentang kesibukan saya. Cuma petang ini baru saya dapat merihatkan diri.

Inilah sebahagian kontinjen Badminton LMS ke Kejohanan Badminton MSSPk 2010 yang diadakan di Dewan MBI, Ipoh dari 16 hingga 18 April 2010

Selepas ini bolehlah agaknya kita jalankan beberapa aktiviti seperti yang telah kita rancang. Antaranya ialah pada 24 April ini, iaitu pada petang Sabtu kita akan mengadakan majlis meraikan anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim Nur Hidayah, kampung Cheh Bukit Gantang. Turut menyerikan majlis nanti ialah penyerahan sumbangan daripada beberapa ahli korporat dari ibu kota. Dijemput semua ahli untuk menghadirkan diri pada majlis tersebut.

Pada hari Ahad, 25 April pula dengar cerita ada himpunan tahunan bikers di Lembah, Kuala Kangsar sempena keputeraan Baginda Sultan Perak. Acara ini merupakan acara tahunan selalunya disertai oleh ramai pemilik Vespa, motor klasik, RD Club, IBC dan lain-lain. Sama-samalah kita memeriahkan sambil gegarkan kuale...

Pada hujung bulan Mei nanti, sempena cuti sekolah insyaAllah kita akan mengadakan ride jauh, sejauh hujung daratan paling selatan benua Asia. Tunggulah pengumumannya.

No comments: