Showing posts with label Knowledge. Show all posts
Showing posts with label Knowledge. Show all posts

Wednesday, April 21, 2010

Ketahui hak anda - insuran keta

Kalau anda ada kereta berusia lebih 15 tahun, mungkin maklumat berikut dapat membantu....

Baru pagi tadi teman ambik insuran kereta sebab roadtax nak luput dah 2 Mei ini. Keta teman dah tua, usia lebih 22 tahun. Susah benor nak dapatkan insuran untuk kereta ini. Untuk kereta-kereta yang berumur lebih 15 tahun tak banyak syarikat insuran yang nak jual polisi mereka. Tahun lepas hanya Takaful Malaysia yang sanggup, itu pun third party sahaja. Tahun ini kononnya Takaful Malaysia dah tak sanggup...
Tahun ini Allianze Insurance sahaja yang sanggup, juga third party. Tapi kelebihan Allianze ini walaupun third party, ia merangkumi fire and theft, dan juga termasuk perlindungan untuk penumpang. Ini hampir-hampir macam first party juga. Perlindungan maksimum untuk fire and theft ialah sehingga RM10,000. Kira okay la tu..
Apa-apa hal pun kepada kengkawan yang masih menggunakan kereta "tua", selalu-selalulah bertanya kepada yang lebih arif...
Inilah cover note yang saya dapat pagi tadi... Syukur, dapat juga teman roadtax setahun lagi...

Wednesday, March 10, 2010

Penerangan Tentang Amanah Raya

Satu program penerangan tentang Amanah Raya telah diadakan pada hari Selasa 9 Mac 2010 jam 9.00 malam bertempat di Kedai Kelab. Penerangan tersebut disampaikan oleh Encik Dahalan, Pengurus Bank Islam Taiping. Menurut beliau, Bank Islam merupakan agen kepada Amanah Raya dan beliau bertindak sebagai wakil memberi penerangan tentang fungsi dan peranan Amanah Raya.
Menurut Encik Dahalan, kebanyakan masyarakat terutamanya kalangan umat Islam tidak sedar tentang peri mustahaknya menulis surat wasiat dan pengurusan harta selepas kematian dengan cara yang sistematik. Dalam penerangan tersebut Encik Dahalan telah menerangkan dengan terperinci tentang kelebihan menggunakan khidmat Amanah Raya sebagai pentadbir tinggalan harta pusaka setelah seseorang itu meninggal dunia. Berbanding menggunakan khidmat peguam yang sangat mahal, Amanah Raya mengenakan bayaran sebanyak RM350 sahaja.

Gambar atas: Encik Dahalan (berbaju putih) sedang memberi penerangan kepada ahli-ahli TERC tentang kelebihan Amanah Raya, manakala gambar bawah beliau menyerahkan borang kepada Sdr YDP TERC.

Maklumat lanjut http://www.arb.com.my/