Wednesday, September 9, 2009

Abg Din berehat di ward

Abg Din Boxing sekarang ini sedang berehat di Wad Hospital Columbia, bilik 95.
Beliau dimasukkan ke hospital semalam (080909) kerana bengkak di tangan kanan. Pada mulanya beliau berasa sengal-sengal biasa pada tangan kanan. Dah lebih seminggu baru pergi hospital untuk mendapat rawatan. Rupa-rupanya sakit beliau dikira serius kerana kalau lambat dirawat mungkin lebih memudaratkan memandangkan beliau ada kompilasi gula dalam darah. Tangan beliau telah dibedah semalam untuk mengeluarkan bisa dan nanah. Sekarang keadaan abg Din sudah beransur pulih..
Semoga abg Din cepat sembuh dan boleh ride semula..

Kepada kengkawan semua, jagalah kesihatan dan dapatkan rawatan segera jika tidak sihat...

2 comments:

Anonymous said...

btul tu.
kengkawan semua jagalah kesihatan.
kesihatan ialah anak kunci kebahagiaan.

semoga abg din cpt sembuh.

-megat-

September 9, 2009 9:37 PM

Anonymous said...

Laa..baru jer balik Taiping jumpa malam tu kat Taiping Central...apapun sampaikan salam dan ucapan moga cepat sembuh kat Abg Din...harap2 Abg Din cepat baik dan cepat ride..penting tangan tuh nak pulas minyak..'twist ur wrist'....Wassalam.

From:
AzizKhan
(Sandakan Sabah)