Sunday, September 13, 2009

Luas pergaulan banyak pengalaman

Kata orang jauh berjalan luas pemandangan, luas pergaulan banyak pengalaman.

Semalam saya ke Kuala Lumpur bersama PakSu Non dan Jeff. Sampai di Sungkai kami singgah sebentar di Kampung Menderang berjumpa seorang bekas ahli TERC yang masih lagi aktif ride. Beliau dikenali sebagai Encik Sub Sayed. Beliau mendapat panggilan tersebut kerana bersara sebagai anggota polis dengan pangkat sub-inspektor. Dipendekkan cerita, beliau kini aktif ride dalam pelbagai bentuk: easy rider, superbike, vespa klasik, off-road dan trail bike. Kita patut tabik kepada beliau kerana dalam usia bersaranya itu beliau masih lagi sihat walafiat dan dapat menyertai bermacam bentuk aktiviti bermotosikal. InsyaAllah suatu hari nanti kita akan bersua lagi dan kita akan jemput Tuan Syed ikut join.

Kami meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan kami singgah sebentar di Puncak Alam berjumpa dengan anak saya yang menuntut di UiTM sana. Yang bestnya saya tersesat jalan, tak tahu arah ke Puncak Alam selepas keluar dari Plus highway ke Guthrie highway. Mujurlah Sdr Jeff ada GPS. Beliau yang pada mulanya tertidur tak tahu yang kami dah tersesat. Tak lama selepas GPSnya dihidupkan dapatlah kami sampai dengan mudah.

Kemudian kami terus ke Sentul. Tapi Jeff tak dapat bersama kerana dia ada program lain di Shah Alam. Di Sentul PakSu membeli cover rantai Vulcan yang siap berkrom. Kami kemudian ke Plaza Low Yatt untuk servis walkie-talkie yang dibeli tempoh hari.

Menjelang waktu berbuka kami dengan dipandu oleh abang saya pergi ke Hotel Adamson, Kuala Lumpur untuk program berbuka puasa bersama Proton Club (ProCC). Sesampai di sana kami disambut oleh Sdr Hifni, Presiden ProCC, dan kami merupakan orang pertama mendaftar untuk berbuka puasa. Kami dilayan dengan amat baik dan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas layanan team ProCC itu. Yang penting untuk kita ambil panduan daripada program ini ialah kemesraan yang ditunjukkan sesama ahli mereka. Kita sewajarnya mencontohi kelab ini yang diterajui semuanya oleh tenaga muda.

Sebelum balik abang saya bertuah kerana mendapat hadiah nombor satu yang berupa sebungkus coklat Cadbury Vochel dalam sesi cabutan bertuah.

Terima kasih ProCC.

1 comment:

Anonymous said...

salam... tabik spring skalik!

caya lah! memang teman gemor jalan jejauh ni. apa pun nanti bleh kita ride jauh2 sikit. kita g johor ke? pahang ke? bukit fraser ke? best tu! layan konar.

just cadangan. tapi best kalo buat.

apapun tahniah!

-megat-