Tuesday, September 8, 2009

Dua lagi jemputan majlis berbuka

Kita mendapat dua jemputan berbuka puasa dalam masa terdekat. Kepada kengkawan yang berkelapangan sila tunggu di Kedai Kelab pada pukul 6.00 petang pada Rabu dan Khamis ini:
Rabu 090909 – Majlis berbuka puasa di kampong Potong Pinang, Pokok Assam, Taiping
Khamis 100909 – Majlis berbuka puasa bersama DYTM Raja Dr. Nazrin Shah, Raja Muda Perak di Masjid Sungai Tinggi, Trong

Makluman terkini - program berbuka puasa bersama DYTM Raja Nazrin mungkin tak ramai yang dapat pergi. sesiapa yang hendak pergi kena bergerak awal dan perlu sampai sana sebelum pukul 6.00 petang. Ini adalah kerana program mereka akan bermula 6.20 dengan pelbagai acara rasmi. Tak eloklah kalau geng motor sampai sehingga mengganggu majlis. Oleh itu saya tak galakkan ahli pergi kalau sekadar hendak berbuka puasa... Mungkin geng Sungai Kerang sahaja yang dapat memeriahkan majlis...

2 comments:

NAN said...

Salam abe alba. Insya-allah, kat pokok assam jom kita. Kat trong tak pasti sebab ada majlis kat ipoh...jemputan family or solo. Abe Din Boxing msk spital kat tesco tu... sugar urine n bengkak tangan kabernya.

pcbahar said...

Untuk majlis di Trong tu mungkin ahli kelab kita tak dapat pergi kecuali geng kita di Sungai Kerang. DYTM Raja Nazrin dijangka tiba jam 6.20 petang. Tak syok la kalau kita sampai bunyi ekzos buluh pom pom pom.. Kurang sopan la