Tuesday, September 1, 2009

Majlis Berbuka Puasa TERC pula

Terima kasih kepada yang menjayakan majlis berbuka puasa sambil meraikan anak-anak yatim Nur Hidayah tempoh hari.
Kali ini saya ingin mengajak ahli-ahli kita untuk ke satu lagi majlis berbuka puasa. Kali ini kita buat daripada kita untuk kita.
Tarikh: Jumaat 4 September, 2009
Tempat: Dewan Komuniti Sg Kerang.
Masa bertolak: 6.00 petang dari Kedai TERC

Setelah berbincang dengan geng Sungai Kerang dan beberapa orang kuat TERC, kami memutuskan untuk mengenakan sedikit bayaran, iaitu RM5 untuk seorang, manakala kalau datang dengan keluarga cuma RM15 sahaja. Dijangka perbelanjaan semua ialah RM400 untuk strength 50 orang.

Oleh kerana buffet nanti ala-ala hotel gitu, maka amatlah rugi kalau taknak ikut...

Ini senarai yang dapat datang ...

1. Sdr Baharuddin, YDP
2. PakSu Non, NYDP
3. Sdr Ahmad Parmy, SU
4. Sdr Zaman, Pen. SU
5. Sdr Asmadi Bendahari suami isteri
6. PakTeh Zaini Ketua Penerangan suami isteri
7. Semua geng Sg Kerang seramai 7 orang, suami isteri
8. Abang Din Boxing suami isteri
9. Sdr Adam
10. Haji Sabri Virago
11. Sdr Sahimi
12. Sdr Jeff sekeluarga
13. Sdr Azman Driving School sekeluarga
14. Sdr Azmi klinik
15. Sdr Rahim Chef
16. Sdr Aznan sekeluarga
17. Sdr Safri
18. Cikgu Megat suami isteri
19. Sdr Apai The Sailor
20. Abang Amil Vulcan
21. Sdr Murat

Turut hadir menyerikan majlis...
1. Encik Dahalan, Pengurus BIMB Taiping
2. Ustazah Zanariah sekeluarga bersama anak istimewa, adik Ihsan


Nak bertolak ke Sungai Kerang...


Layan abang Amil, layan...


Nak jadi juara makan kerang ke...?


Hari ini para isteri tak payah masak... Layan...

Untuk gambar lain sila refer

http://z15.invisionfree.com/choppersgarage/index.php?showtopic=2421
dengan ihsan cikgu Megat

5 comments:

Anonymous said...

~~teman nak tanyo... mike ade kutip duit x nanti??? n ado buat open ke atau tertutup?? hanya utk Geng TERC?? rem...

utk pengetahuan sahajo....
pako

pcbahar said...

Asal geng motor sahaja dialu-alukan.. Apatah lagi Sdr Pako yang TERC dah kenal lama.. Tapi bagi tahu awal nak datang takut nasi tak cukup...
Datang le...

Anonymous said...

I'Allah... saya datang. maybe satu family

megat

NAN said...

boleh info kat wa aturcara (kalau ada), tamat jam berapa, solat wajib n sunat tarawekh, bukan apa sediakan payung seblm hujan,.....

pcbahar said...

Oleh kerana majlis berbuka ini buat style hotel so tidak ada aturcara tetap... Masuk waktu kita berbuka, nak makan apa pun makan...
Kemudian solat atas kapasiti masing-masing, nak ke surau boleh, nak solat sendiri pun boleh... Begitu juga Tarawaih... Kalau nak balik awal pun tak kisah.. Cuma majlis dijangka tamat jam 10.00