Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan TERC kali ke-8 akan diadakan pada awal Januari 2014. Sehubungan dengan itu diharap semua ahli bersedia untuk menghadirkan diri dan menjalankan tanggungjawab sebagai ahli yang aktif.
Surat panggilan mesyuarat akan dikirimkan kepada ahli yang layak hadir dan layak bersuara sesuai dengan peraturan-peraturan yang termaktub dalam Undang-Undang Kecil Pertubuhan...
Sebarang pertanyaaan, syor dan usul hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Setiausaha dalam masa dua minggu sebelum tarikh mesyuarat agung.
Sekian dimaklumkan.
Wednesday, November 20, 2013
Monday, July 16, 2012
Sekitar Annual Dinner TERC 2012
Kebanyakan ahli TERC adalah orang-orang lama...
Duduk dari kiri - Saad, Safri, Madi
Berdiri - Din Boxing, Bahar, Yesu, PakYa, Zaharim
Sesi perbincangan... Nak pakai motor apa lepas ni?
Kelab ini tanpa kepercayaan para isteri jawabnya .... habis....
Makan ala-qadar...
Tiga tulang belakang yang kuat mempertahankan TERC - PakTeh Zaini, Cikgu Bahar dan Asmadi...
Sdr Jeff selaku ahli paling lama @ Ahli Kehormat turut menyumbang idea...
Tuan Haji Amil Hamzah dilantik sebagai Naib Presiden baru...
Semoga TERC akan lebih aktif dengan barisan JK yang baru dan bersemangat baru.
Monday, July 9, 2012
TERC Annual Dinner
Tarikh: 15 Julai 2012
Hari : Ahad
Masa: 8.00 malam
Tempat : Dewan Banquet Hotel Taiping Perdana
Semua ahli TERC dijemput hadir. Sila maklumkan kepada urusetia berapa ramai yang akan hadir untuk mudah buat tempahan. Makluman kepada ahli telah disebarkan melalui sms. Harap kawan-kawan dapat forward maklumat ini kepada ahli-ahli yang terputus hubungan.
Sebarang maklumat lanjut sila hubungi YDP atau Bendahari.
Sunday, June 10, 2012
Bateri Smart Tag
Tak tahulah sama ada perkara ini pernah bincang kat
mana-mana. Menggunakan smart tag melalui lebuh raya sangat mengujakan. Tapi bila bateri smart tag habis menyampah gila...
Bateri 9V dalam smart tag tu cepat sangat habis. Yang hairannya walau jarang guna baterinya tetap cepat habis… Nak kata mahal tidaklah mahal sangat tapi daripada buang duit beli bateri baik guna duit tu untuk isi top-up touch and go. Harga sebiji bateri antara RM4.50 di kedai runcit hingga RM9.90 di kaunter PLUS.
Berpegang kepada konsep easy rider maka timbullah idea
modify smart tag… Sambung wayar dari socket cigar lighter… Tadaaaaa… Dah jadi,
dan telah teruji…
Monday, June 4, 2012
Motor siapa besar
Antara sebab kelab ini lesu adalah kerana apabila ahli dah beralih ke motor besar, mereka pun join kelab motor besar...
Kita yang pakai motor kecik pun dipandang kecik... Lantak korang la nak pakai motor besar.. Kalau ikut nafsu, besar mana pun motor yang kita ada tetap tak puas hati.. Dah besar nak besar lagi... Apa kata beli yang ini ajer...
Dah tentu tak ada siapa yang lebih besar.. He he...
Sunday, June 3, 2012
Asyik
Minta mahap pokcik Remy, Rusli Badang, Tuan Aziz dll sebab
lama tak update… Sibuk sikit sekarang ni…
Banyak kerja kat opis… Antaranya yang ni… Jadi guru jadual waktu...
Bukan senang nak mengatur jadual waktu...Macam-macam kerenah.. Nasib baik ada program komputer yang dapat membantu... Kadang-kadang nak generate sesuatu jadual menghadap komputer macam main game... Leka dan asyik...
Tapi hobi permotoran tak boleh tinggal... Meskipun tak aktif main motor, jiwa easy rider tetap ada... Dengan kereta pun boleh dikira easy rider jugak, ye tak…
Inilah easy ride saya yang terbaru.. 1.8E CVT… Sistem CVT tu yang
sebenarnya easy ride..
Nanti ada masa saya akan kongsikan… Stay
tuned…
p/s Naik letih tengok perkembangan politik semasa... Bila nak GE ni?
Monday, March 12, 2012
Jom tengok pameran Proton di Bukit Jalil
Kelab agak lama tidak membuat sebarang program. Ramai juga yang tertanya-tanya apa dah jadi pada TERC. Sebenarnya TERC masih ada. Cuma buat masa ini tidak aktif, itu saja. Ahli-ahli yang terdiri daripada riders yang aktif ramai pula dah join kelab lain. TERC tidak ada halangan sekiranya ahli-ahli join kelab lain. Tidak termaktub dalam perlembagaan menyekat ahli-ahli untuk menyertai berapa kelab pun. Asalkan anda sanggup patuh kepada kelab yang disertai, silakan. Pihak TERC tidak pernah dan tidak mahu menimbulkan apa-apa kontroversi dengan pihak lain.
Sebagai permulaan program tahun ini, TERC ingin mengajak ahli-ahli ride ke Kuala Lumpur hujung minggu ini. Kita akan bertolak pagi Jumaat 16 Mac 2012 dan akan terus ke jalan Sentul untuk shopping. Bersembahyang Jumaat di Masjid Sentul, kemudian akan check-in di hotel sekitar Kuala Lumpur. Petang itu kita akan ride ke Bukit Jalil untuk melihat pameran Proton. Kita akan bertolak balik hari Sabtu, 17 Mac 2012. Jom kita…
Monday, October 3, 2011
Abang Tamin kembali Ke Rahmatullah
Kita menerima berita sedih petang tadi. Abang Tamin atau nama sebenarnya Zartamin bin Awaludin telah kembali ke Rahmatullah pada kira-kira 5 petang kerana komplikasi jantung. Allahyarham berusia 58 tahun adalah seorang pesara tentera dan menyambung khidmatnya sebagai sukarelawan Pasukan Pertahanan Awam dengan memegang pangkat Kapten. Allahyarham merupakan seorang yang sangat aktif dalam bidang yang diceburinya. Allahyarham telah menyertai kelab TERC pada 21 Mei 2009 dengan membawa lima orang sahabatnya turut menyertai kelab pada hari yang sama. Kali terakhir Allahyarham bersama Kelab ialah pada hari sambutan ulangtahun Kelab yang diadakan serentak dengan Mesyuarat Agung Tahunan TERC kali kelima pada 14 Februari 2011.
Pemergian Allahyarham sesungguhnya suatu kehilangan kepada dunia kesukarelawanan dan permotoran. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Pemergian Allahyarham sesungguhnya suatu kehilangan kepada dunia kesukarelawanan dan permotoran. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Saturday, July 9, 2011
Jom BERSIHkan motor...
Program sebenarnya ialah meraikan TM Bikers di Kolej Telekom Taiping..
Ini ada sedikit gambar kenangan..
Berkelah durian, juadah utama..
Majlis penutup program tahunan HRT Telekom KL di Kolej Telekom Taiping..
Tiga presiden - TERC, TM Bikers dan LBC..
Sdr Fishal tak lepas peuang bergambar kenangan bersama penyanyi utama kumpulan Stings yang juga ahli TM Bikers..
Terima kasih kepada ahli TERC yang turut menjayakan majlis - Cikgu Bahar Teknik, Sahimi, Zaharim, Khaleelullah, Zaman, Azman DS, Bong, Fishal, Paizal, dan beberapa lagi ahli LBC..
Terima kasih juga kepada TM Bikers yang menghadiahkan peserta dengan cenderamata berupa sehelai baju-t dan headfon computer.
Terima kasih daun keladi...
Ini ada sedikit gambar kenangan..
Berkelah durian, juadah utama..
Majlis penutup program tahunan HRT Telekom KL di Kolej Telekom Taiping..
Tiga presiden - TERC, TM Bikers dan LBC..
Sdr Fishal tak lepas peuang bergambar kenangan bersama penyanyi utama kumpulan Stings yang juga ahli TM Bikers..Cerita asal...
Hari ini ada sejarah tercipta.. Lantak ler dema..
Takde kerojer teman nak ngajak komer kempen BERSIH..
Teman nak ngajak komer jom kita bersihkan motor.. Ada program best ni.. Ater kalu motor dah kotor elok la dibersihkan..
Hari ini Sabtu, 9 Julai 2011 kita dijemput untuk meraikan TM Bikers di Institut Latihan Telekom, Jalan Lumba Kuda, Taiping.. Majlis akan diadakan pada pukul 9.00 malam. Lepas Isya kita berkumpul di depan sekolah Klian Pauh, cukup korum kita gerak.
Jom la kita ramai-ramai.. Kalu ada yang nak ke Kolumpor sila cancelkan.. Kita pun tak cukup orang dah ni.. Ustaz Khairul dengan Cikgu Bahar Teknik bawa budak silat. Madi Bendahari tak sihat terlantar di rumah. Pakteh sibuk urusan kampung. Rusli Badang dengan Khairulnizam standby 24 jam. Habis mana lagi geng kita ni?
Takde kerojer teman nak ngajak komer kempen BERSIH..
Teman nak ngajak komer jom kita bersihkan motor.. Ada program best ni.. Ater kalu motor dah kotor elok la dibersihkan..
Hari ini Sabtu, 9 Julai 2011 kita dijemput untuk meraikan TM Bikers di Institut Latihan Telekom, Jalan Lumba Kuda, Taiping.. Majlis akan diadakan pada pukul 9.00 malam. Lepas Isya kita berkumpul di depan sekolah Klian Pauh, cukup korum kita gerak.
Jom la kita ramai-ramai.. Kalu ada yang nak ke Kolumpor sila cancelkan.. Kita pun tak cukup orang dah ni.. Ustaz Khairul dengan Cikgu Bahar Teknik bawa budak silat. Madi Bendahari tak sihat terlantar di rumah. Pakteh sibuk urusan kampung. Rusli Badang dengan Khairulnizam standby 24 jam. Habis mana lagi geng kita ni?
Terima kasih kepada ahli TERC yang turut menjayakan majlis - Cikgu Bahar Teknik, Sahimi, Zaharim, Khaleelullah, Zaman, Azman DS, Bong, Fishal, Paizal, dan beberapa lagi ahli LBC..
Terima kasih juga kepada TM Bikers yang menghadiahkan peserta dengan cenderamata berupa sehelai baju-t dan headfon computer.
Terima kasih daun keladi...
Sunday, July 3, 2011
Rancangan TV1 khas untuk bikers
Mungkin ramai yang terlepas peluang menyaksikan satu rancangan khas yang ke udara setiap minggu khas untuk para bikers.
Rancangan yang dinamakan Dr. Moto itu disiarkan di TV1 setiap hari Ahad jam 6.00 petang dan dihostkan oleh Nabil Raja Lawak.
Maklumat lanjut layari http://www.chaya-la.com/exanet-m/Produksi-Filem.php
Untuk makluman ahli-ahli TERC, kita juga merupakan ahli Dr. Moto Bikers Community. Kalau ada masa sila jenguk http://www.dr-moto.com/dmbc banyak tips yang boleh dimanfaatkan di sana.
Rancangan yang dinamakan Dr. Moto itu disiarkan di TV1 setiap hari Ahad jam 6.00 petang dan dihostkan oleh Nabil Raja Lawak.
Maklumat lanjut layari http://www.chaya-la.com/exanet-m/Produksi-Filem.php
Untuk makluman ahli-ahli TERC, kita juga merupakan ahli Dr. Moto Bikers Community. Kalau ada masa sila jenguk http://www.dr-moto.com/dmbc banyak tips yang boleh dimanfaatkan di sana.
Sunday, May 8, 2011
Konvoy ke Pondok Tanjung, Ride ke Selama
Setelah agak lama menyepi, pada hari Sabtu, 7 Mei 2011 kelab telah sama-sama memeriahkan dua majlis. Majlis pertama ialah konvoy pengantin dari Kamunting ke Pondok Tanjung. Konvoy turut disertai oleh Kelab Pemilik Myvi yang dikenali sebagai Myvians Taiping telah bergerak dari depan SMK Teknik Kamunting pada jam 1200 tengah hari. Selesai menjamu selera di rumah kenduri, para bikers terus bergerak ke Selama untuk meraikan Hari Koperasi SMK Dato’ Haji Hussein.
Apa yang menariknya, program ini telah disertai 30 bikers daripada empat buah kelab, iaitu TERC sendiri, Larut Bikers Club (LBC), Darul Ridzuan Group (DRG) dan Taiping Raiders Club (TRC). Cuma apa yang diharapkan pada masa-masa akan datang ialah agar penyertaan daripada riders Jaguh lebih ramai supaya kehadiran mereka tidak tenggelam oleh motor-motor gergasi yang lain.
Para peserta kali ini nampaknya sangat gembira dan bersyukur pada Allah kerana program berjalan sangat meriah dan berjaya, ditambah pula dengan cuaca yang cerah waktu pergi dan balik. Amat jarang dapat kunpul bikers seramai ini apabila buat program pada hari Sabtu.
Sedikit foto untuk tatapan. Maaf kualiti gambar teruk sebab guna camera henset murah jer..
Para bikers berkumpul untuk mendengar Abang Amer Biker (terlindung) memberi taklimat sebelum berangkat.
Deretan motor... Punya banyak motor gergasi, Jaguh langsung tenggelam..
Best betul sekali sekala dapat ride macam ni.. Apa lagi nikmat seorang biker selain dapat ride..
Sampai rumah kenduri apa lagi, santap ler..
Pengantin diarak masuk selepas selesai sesi bergambar dekat deretan motor.. Dengar kabor nya pengantin ni cikgu ngajor kat Tengku Menteri... Eh, sekolah teman tu, ngapa teman tak tahu?
Di SMK Dato' Haji Hussein, Selama.. Para pengunjung teruja melihat motor gergasi...
Program Hari Koperasi SMK Dato' Haji Hussein. Mastermindnya Cikgu Khairul, Penolong Kanan Ko-Kurikulum yang juga ahli TERC..TERC mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua peserta konvoy dan riders sekelian yang mengambil bahagian. Walaupun ini bukan anjuran TERC sepenuhnya namun kerjasama yang ditunjukkan menjadikan program kita tambah meriah...
Terima kasih kepada Sdr Sahimi, Presiden LBC yang menganjurkan program, PakSu Majid yang kumpul ramai riders, Abang Amer Biker selaku chef de mission dan semua riders yang tak dapat disebutkan satu persatu. Terima kasih daun keladi, kalau boleh buat lagi...
Tuesday, May 3, 2011
Restoran Mahkota Taiping kini sejarah

Saya dimaklumkan oleh Sdr Jeff yang Restoran Mahkota di Jalan Tupai, Taiping telah ditutup dengan rasminya pada 2 Mei 2011, dan kini menjadi sejarah. Restoran tersebut banyak kenangan kepada kelab TERC kerana ia antara tempat yang sering menjadi “port” ahli kelab. Antara ahli yang rajin lepak kat situ adalah Sdr Jeff sendiri, Abang Din Silat, Din Boxing, Asmadi dan Pakteh Zaini. Bikers lain pun rajin juga lepak situ. Pernah sekali Pakteh singgah situ dengan Jaguhnya apabila ternampak deretan motor-motor besar parking berderet kat situ. Mat-mat motor kat situ punyalah teruja bila tengok Pakteh sampai, depa sangka biker mana pula datang join dengan harleynya, maklumlah bunyi motor pakteh mengalahkan harley.. Sebaik Pakteh parking saja depa punya gelak sakan sebab tengok motor Jaguh jer.. Tu yang Pakteh hangat, depa tak tau aku pun ada Vulcan, kata Pakteh dalam hati. Lepas tu Pakteh pun jual Jaguhnya, murah jer, timbang kati…
Kedudukan restoran ini agak strategic dan ada ruang parking motor yang banyak. Menurut Jeff lagi pengurusan restoran tersebut akan diambil alih oleh Restoran A. Rahman yang juga antara rangkaian terbesar restoran mamak tempatan.
Agaknya sebab TERC tak aktif kot, tu pasal Restoran Mahkota tutup… Entah la.
Agaknya sebab TERC tak aktif kot, tu pasal Restoran Mahkota tutup… Entah la.
TERC – tak kisah la kat mana pun kita nak lepak, janji TERC terus mantop…
Tuesday, April 12, 2011
Saya pun letih..
Syok juga baca blog Pakcik Remy http://remgold.blogspot.com/ pasal letih.. Memang benar..
Masuk awal tahun ni macam-macam perkara letih berlaku. Sampai sekarang pun tak habis-habis lagi.. Letih dengan kerja, letih baca politik, letih harga minyak naik, letih harga barang naik, letih kerenah boss, letih dengan telur tiruan, barang tiruan.. Macam-macam letih..
Manusia ni tak lari daripada letih.. Patut la seorang pendita pernah menyebut, sejarah manusia sejak zaman berzaman boleh ditulis ringkasnya dengan tiga perkataan saja – hidup, letih, mati.. selagi tak mati hidup anda akan penuh diselubungi letih.. Letih-letih pun kerja kena buat juga..
So, cuti sekolah bulan Jun ni jom kita lupakan sekejap letih-letih kita.. Jom kita ride ke selatan tanah air.. Tak payah la kita letih-letih nak cari sponsor.. Start motor jom ride…
Sunday, March 6, 2011
Dilema pakai kereta motor lama
Dasar automotif negara seolah-olah tidak menggalakkan kita pakai kereta atau motor lama. Tengoklah cabaran dan dugaan pemilik-pemilik kereta atau motor lama. Dah la spare part susah, premium insurance pula naik berganda-ganda. Itu belum kira pelbagai kempen dan iklan untuk orang-ramai beli kereta atau motor baru... Maklumlah, kadar interest pinjaman yang rendah dengan tempoh bayaran yang panjang... Agak-agak dapatkah kita bertahan dengan kereta atau motor lama kita...?
Saya baru selesai repair brake Honda Accord tua saya.. Dah berumur 23 tahun kereta tu, tak banyak ragam, hutang pun takde.. Tapi tu la masalahnya, susah nak dapat spare parts.. Bila tanya kedai spare parts, "haiya itu keleta manyak lama woooo..."
Itu satu contoh dilema pemilik kenderaan lama. Semalam saya berkesempatan berjumpa dengan ahli-ahli Kelab Kereta Lama http://www.keretalama.com/ di Dataran Lake Garden, Taiping. Best juga tengok usaha mereka menghidupkan semangat memelihara dan memulihara kereta lama. Satu usaha yang harus dipuji. Boleh dikatakan mereka terdiri daripada anak-anak muda yang prihatin tentang model-model kereta lama. Syabas KKL...
Banyak juga yang sempat diperbincangkan. Antaranya usaha mereka mendapatkan alat ganti kereta lama dan mengekalkan atau meningkatkan prestasi kereta masing-masing. Begitulah gigihnya mereka memenuhi hobi mereka. Bagus kalau semangat ini ada pada semua bikers kita. Tak la asyik hantor ke cina dua beradik je...
Tuesday, February 15, 2011
Majlis Tiga Dalam Satu
TERC telah mengadakan tiga majlis serentak pada hari Isnin 14 Februari 2011; iaitu sambutan ulangtahun kelima penubuhan TERC, sambutan Maulidur Rasul dan diikuti dengan Mesyuarat Agung Tahunan TERC kali yang kelima.
Majlis tersebut telah diadakan di Restoran Asam Pedas Kamunting bermula pukul 9.00 malam. Walaupun hujan agak lebat sebelum majlis bermula kehadiran boleh dikira memberangsangkan.
Majlis tersebut telah dihadiri seramai hampir 60 peserta terdiri daripada ahli lama dan baru bersama ahli keluarga. Ceramah Maulidur Rasul telah disampaikan oleh Al-fadhil Ustaz Haji Khairul Anuar bin Mohd Ali. Dalam ceramahnya, Ustaz Khairul telah menyeru ahli-ahli supaya mencontohi keperibadian Rasulullah SAW dalam menjalani sebarang aktiviti. Dalam Islam kita sememangnya digalakkan bermusafir melihat dan memerhati kebesaran Allah. Semasa bermusafir jangan lupa tanggungjawab melaksanakan ibadah terutamanya solat. Rasulullah mengajar kita bagaimana Islam memudahkan amalan solat bagi orang yang bermusafir dengan kemudahan solat jamak dan qasar. Inilah perkara yang menjadi amalan selama ini dalam kelab TERC yang perlu dikekalkan supaya setiap aktiviti mendapat berkat. Ustaz Khairul mengakhiri ucapan dengan bacaan doa.
Selepas menikmati juadah nasi bersama asam pedas ikan tenggiri, ayam tandori dan daging salai masak lemak yang istimewa pada malam itu, majlis disambung lagi dengan Mesyuarat Agung Tahunan TERC kali yang kelima. Dalam ucapan alu-aluannya, Haji Baharuddin Hashim selaku Yang DiPertua TERC berasa syukur kerana ramai ahli dapat hadir kali ini menunaikan tanggungjawab menjayakan mesyuarat agung. Beliau juga berasa bangga kerana beberapa ahli yang telah lama menghilangkan diri kini muncul kembali di dalam kelab dengan membawa bersama beberapa ahli baru. Dengan perkembangan terbaru ini diharap kelab akan bertambah maju.
Mesyuarat agung yang berakhir kira-kira jam 12.00 malam itu telah menghasilkan beberapa resolusi. Antaranya ialah pindaan perlembagaan tentang status keahlian kelab yang terbahagi kepada dua; iaitu Ahli Biasa untuk penunggang yang bermastautin dalam daerah Larut Matang dan Selama, manakala Ahli Bersekutu pula ialah yang tinggal di luar LMS. Mesyuarat juga telah memutuskan supaya barisan AJK merancang ekspedisi jarak jauh. Berkemungkinan pada tahun ini kelab akan ke Tanjung Piai, Johor.
Sunday, January 2, 2011
2011 Let's back to core business
Tahun 2010 meninggalkan kita dengan pelbagai peristiwa suka duka pahit manis.. InsyaAllah 2011 akan kita teruskan dengan pelbagai aktiviti lagi. Antaranya yang terdekat ini ialah...
29 dan 30 Januari 2011 - Kelab (Sabtu dan Ahad) akan ke Kuala Lumpur atas jemputan untuk memeriahkan satu program belia. Maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian. Harap rakan-rakan bersedia.
4 dan 5 Februari 2011 - Mesyuarat Agung Tahunan Kelab kali ke-5 mungkin diadakan di luar Taiping. InsyaAllah akan diadakan di Batu Feringgi (kalau tempatnya masih ada)...
Juga pertengahan bulan Februari nanti mungkin ada jemputan ke Pulau Pangkor atas jemputan YAB Menteri Besar Perak..
InsyaAllah... Terima kasih kerana terus bersama kelab...
29 dan 30 Januari 2011 - Kelab (Sabtu dan Ahad) akan ke Kuala Lumpur atas jemputan untuk memeriahkan satu program belia. Maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian. Harap rakan-rakan bersedia.
4 dan 5 Februari 2011 - Mesyuarat Agung Tahunan Kelab kali ke-5 mungkin diadakan di luar Taiping. InsyaAllah akan diadakan di Batu Feringgi (kalau tempatnya masih ada)...
Juga pertengahan bulan Februari nanti mungkin ada jemputan ke Pulau Pangkor atas jemputan YAB Menteri Besar Perak..
InsyaAllah... Terima kasih kerana terus bersama kelab...
Thursday, December 16, 2010
Lagi citer Haji
Atas permintaan sahabat saya bro Rem http://remgold.blogspot.com/ minta citer sikit lagi citer haji.. Bolehlah kongsikan sedikit sebanyak pengalaman...
Sepanjang perjalanan dan gerak kerja haji yang telah saya lalui semuanya berjalan lancar dan sempurna. Seperti yang pernah saya cerita dalam entri sebelum ini, syukur alhamdulillah tidak ada suatu apa pun perkara yang tidak elok berlaku ke atas saya suami isteri. Agaknya itulah kurniaan Allah kepada kami. Kalau ada sedikit-sedikit kesakitan dan kesusahan saya itu semua saya anggap sebagai nikmatnya mengerjakan haji.
Nasihat saya (kalau pun boleh dijadikan nasihat), sebelum menunaikan haji pastikan:
1. Niat anda betul.
2. Duit anda bersih.
3. Persediaan anda cukup.
Saya rasa itu tiga perkara asas yang kita kena jaga sebelum berangkat ke sana. Kalau nak dihuraikan satu persatu tak terdaya rasanya. Lagipun kerja menghuraikan semua itu patut dilakukan oleh ustaz dan mutawif haji yang lebih layak.
Dipendekkan, ini ada sedikit lagi halwa mata...
Ukuf di Arafah..
Selesai melontar di Jamratul Kubra.. Bestnya aktiviti melontar kami - diatur sebegitu rupa supaya time melontar tak sesak
Itulah secara ringkas pengalaman saya.. Terima kasih kerana sudi membaca.. Maaf jika ada kekurangan..
Subscribe to:
Posts (Atom)




