Monday, October 3, 2011

Abang Tamin kembali Ke Rahmatullah

Kita menerima berita sedih petang tadi. Abang Tamin atau nama sebenarnya Zartamin bin Awaludin telah kembali ke Rahmatullah pada kira-kira 5 petang kerana komplikasi jantung. Allahyarham berusia 58 tahun adalah seorang pesara tentera dan menyambung khidmatnya sebagai sukarelawan Pasukan Pertahanan Awam dengan memegang pangkat Kapten. Allahyarham merupakan seorang yang sangat aktif dalam bidang yang diceburinya. Allahyarham telah menyertai kelab TERC pada 21 Mei 2009 dengan membawa lima orang sahabatnya turut menyertai kelab pada hari yang sama. Kali terakhir Allahyarham bersama Kelab ialah pada hari sambutan ulangtahun Kelab yang diadakan serentak dengan Mesyuarat Agung Tahunan TERC kali kelima pada 14 Februari 2011.


Pemergian Allahyarham sesungguhnya suatu kehilangan kepada dunia kesukarelawanan dan permotoran. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

1 comment:

Aziz Khan said...

Al-Fatihah dan takziah daripada saya dan keluarga di Sandakan Sabah...moga rohnya ditempatkan bersama mereka yang soleh dan diredhai....Amin...