Thursday, December 16, 2010

Lagi citer Haji

Atas permintaan sahabat saya bro Rem http://remgold.blogspot.com/ minta citer sikit lagi citer haji.. Bolehlah kongsikan sedikit sebanyak pengalaman...


Sepanjang perjalanan dan gerak kerja haji yang telah saya lalui semuanya berjalan lancar dan sempurna. Seperti yang pernah saya cerita dalam entri sebelum ini, syukur alhamdulillah tidak ada suatu apa pun perkara yang tidak elok berlaku ke atas saya suami isteri. Agaknya itulah kurniaan Allah kepada kami. Kalau ada sedikit-sedikit kesakitan dan kesusahan saya itu semua saya anggap sebagai nikmatnya mengerjakan haji.
Nasihat saya (kalau pun boleh dijadikan nasihat), sebelum menunaikan haji pastikan:
1. Niat anda betul.
2. Duit anda bersih.
3. Persediaan anda cukup.
Saya rasa itu tiga perkara asas yang kita kena jaga sebelum berangkat ke sana. Kalau nak dihuraikan satu persatu tak terdaya rasanya. Lagipun kerja menghuraikan semua itu patut dilakukan oleh ustaz dan mutawif haji yang lebih layak.

Dipendekkan, ini ada sedikit lagi halwa mata...

Almaklum umur dah separuh abad, kereta mewah belum merasa lagi.. So bila tengok kereta mewah di sana terasalah teringinnya.. Kat Mesia ni kalau pakai keta mewah macam Ford Mercury ni alamat tak ke Mekah jawabnya.. Dah la harga mahal, minyak mahal, maintenance lagi.. Ford Mercury bersepah di sana termasuk yang digunakan sebagai teksi dan peronda polis..

Abang-abang polis banyak guna Virago 250.. Nak ambik gambar berdepan takut dirampasnya kamera.. Kang terpaksa pula "ampun pak, ampun pak" macam sorang mamat Indonesia yang kena rampas kamera sebab happy snap.
Tak tahulah tahun-tahun dulu, tetapi tahun ni abang-abang polis sangat ambil berat perjalanan lalu lintas. Sebuah Ford Mercury sedang meronda jalan yang sesak dengan jemaah. Undang-undang jalanraya Arab Saudi pun dengarnya hebat. Sesiapa yang melanggar jemaah haji dan jemaah haji itu mati maka hukuman pancung menanti.. Mati dibalas mati..

Bergambar berlatarbelakangkan Bukit Uhud.. Cermin mata hitam dan topeng muka sentiasa guna kecuali semasa ihram..

Deretan bas yang akan berangkat membawa jemaah dari Madinah ke Makkah.. Perjalanan mengambil masa hampir lapan jam..

Baca buku panduan yang diberi.. Kerajaan Arab Saudi bermurah hati menyediakan buku panduan, makanan dan minuman ringan dalam perjalanan dari Madinah ke Makkah
Ini kawasan pembinaan yang sedang pesat di sekitar Masjidil Haram.. Dengar citernya dalam lima tahun siaplah sepenuhnya..

Nak makan tak susah.. Petai, jering, asam semua ada..

Bangunan Jannadariah milik Tabung Haji yang menempatkan lebih tujuh ribu orang..
Ni la mat motor.. Pantang jumpa motor cantik aje nak bergambar.. Awat la kompeni motor kat Malaysia tak bawa masuk motor ni..
Dumping area.. Orang Arab kaya-kaya.. Kereta elok-elok lagi dah buang..
Kucing di Masjid Kucing..


Ukuf di Arafah..

Mabit di Muzdalifah..
Berjalan kaki melalui Terowong Muaissem Mina menuju ke tempat melontar jamrah..
Selesai melontar di Jamratul Kubra.. Bestnya aktiviti melontar kami - diatur sebegitu rupa supaya time melontar tak sesak
Selesai melontar tiga jamrah kena mengerjakan tawaf ifadah.. Mak datuk punya sesak.. Di dataran Kaabah sesak..
Di tingkat atas pun sesak jemaah tawaf haji.. Berkat doa dan petunjuk kami dapat juga menyempurnakan tawaf haji..
Ini saat-saat sebelum berangkat meninggalkan Makkah selepas selesai melaksanakan tawaf wida' atau tawaf selamat tinggal.. Naik ke bumbung hotel dan bergambar berlatar belakangkan Masjidil Haram..


Itulah secara ringkas pengalaman saya.. Terima kasih kerana sudi membaca.. Maaf jika ada kekurangan..

5 comments:

remgold said...

salam tuan haji.
terima kasih letak banyak gambaq kat sini. rindu rasanya.
nak tanya:
1) kenapa pakai topeng? habuk? sejuk?
2) nasib baik bukit uhud tu masih ada. dulu saya ke sana, ada highway nak dibina dekat situ. pak arab ni tak suka dgn tempat sejarah - tak dijaga baik - kerana takut jadi tempat sembahan. makin pendek bukit tu sebab ramai orang naik turun. tak ditangga batu sikit ke hingga hari ini?
3) bangunan tabung haji tu - 7,000 tinggal di situ kata tuan. baru bina agaknya. dekat dgn masjid?
dalam bangunan TH ni ada bilek macam hotel ke?

pcbahar said...

Terima kasih atas respon sdr..
1. Saya pakai topeng habuk atas nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berwajib. Ada yang ikut ad yang tidak. Kalau kita batuk pun orang tak rasa semacam.. Selesalah kalau pakai..
2. Memang benar banyak kelakuan dan perbuatan jemaah haji yang dianggap oleh kerajaan Arab Saudi sebagai 'bidaah'.. Bagi saya kalau kita cukup persediaan seharusnya kita tahu mana yang bidaah mana yang tidak.. InsyaAllah Bukit Uhud masih kekal sebab itu juga sebagai satu daya tarikan..
3. Berkenaan bangunan Tabung Haji Jannadariah tu saya tak pasti sebab maklumat saya dapat hanya melalui buku panduan haji. Maafkan saya kalau maklumat kurang tepat. Jaraknya 750m ke Masjidil Haram. Saya sendiri tidak berpeluang ke situ. Saya ambil pakej yang agak mahal dengan jarak 350m sahaja ke Masjidil Haram, dan tak sampai 100m ke Masjid Kucing (Masjid Al-Rayah). Kalau ada duit lebih sikit ambillah pakej asal selesa. Tapi cara mana kita di sana semua itu sudah ditentukan Allah s.w.t. yang menerima kita sebagai tetamuNya..

ROYALE CHESTERFIELD said...

Alhamdullilah,

Semoga memperolehi haji yg mabrur... insyallah.

L&R,
SeDARAH MC

Atan Saubi said...

A.Kum Tn Hj, Mengikut pengalaman, tiada masalah bergambar ngan motor polis tu. Polis di Mekah & Madinah tidak menggunakan kekerasan. Senjatapi pun X de. Lagipun, jemaah Malaysia selalunya pandai buat muka kesian. Salam dari Atan Saubi / Kluang Easy Bikers

pcbahar said...

Memang benar boleh bergambar dengan abang-abang polis tu.. Cuma saya je rasa segan.. Mungkin lain kali kalau ada peluang lagi banyak peristiwa boleh dirakam dengan lensa kamera..