Tuesday, December 7, 2010

Berkat Doa Kengkawan

Saya telah selamat sampai ke tanah air pada pagi Sabtu, 4 Disember lepas.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Selama lebih sebulan saya terputus hubungan dengan kengkawan.. Harap-harap hubungan silaturrahim sesama kita dapat diteruskan..

Buat masa ini masih lagi dalam suasana “kuarantin” – berehat di rumah sahaja.. Sayu meninggalkan tanah suci, badan pun masih letih dan juga batuk-batuk kecil belum hilang...


Kepada yang berkesempatan silalah datang ke rumah.. Saya kurang keluar kerana dalam dua tiga hari ni agak sibuk menerima kunjungan sedara mara, kengkawan dan jiran-jiran..

Ini ada sedikit foto untuk tatapan..

Bergambar di bumbung Masjid Nabawi di Madinah..

Melawat ladang unta..

Sempat snap gambar Kaabah semasa sedang tawaf.. Ini masa lengang, kalau masa sesak takde peluang nak ambik gambar..

Gambar Masjidil Haram diambil dari bumbung hotel.. Di belakangnya jam besar yang menjadi kebanggaan penduduk Makkah (kononnyalah..)

Kat Makkah ramai yang pakai motor ni - Suzuki X7 250.. Ini motor retro kat Malaysia, dah tahap klasik.. Yang herannya kat sana masih dijual baru, harga sekitar RM5000 saja..

4 comments:

remgold said...

abang (warak) hensome,
alhamdulillah dah selamat pulang.
lihat siri gambar ni, ada beberapa soalan:
1) bumbung masjid nabawi - hmmm, tak tahu pula bahawa ada bumbung yg boleh naik. atau mungkin waktu umrah (dua kali) pintu atas tu tak dibuka sebab kat bawah pun dah cukup tempat.
2) gambar jam besar tu. ish. marah saya lihat makkah dah diprojekkan. ada ke kat vatican-rome tu dibuat skyscraper yg lebih megah dan tinggi dari sistine chaple? kat kawasan river ganges india, ada ke mereka buat bangunan lebih tinggi dari kuil hindu? taj mahal tetap megah sebab di sekekiling tu diharamkan buat bangunan tinggi.
apa nak buat. umat m bahalol sakan. rendahkan martabat agama demi projek hotel. ini pandangan peribadi.
klcc dah cantik jadi icon, kita nak pula adakan bangunan 100tingkat nak bunuh yg dah megah.
maaf kacau blog anda pula dgn komen begini.

terima kasih petik gambar ni.
now u can ride into the sunset on a bike - on the way to a mosque. v nice.

pcbahar said...

Terima kasih atas komen bro Remgold..
1. Memang benar kawasan atas masjid Nabawi tu dibuka waktu sesak saja.. Musim haji memang penuh sesak kawasan masjid sampai melimpah keluar halaman.. Waktu maghrib dan isya saya suka solat di atas tu.. Ramai juga jemaah yang tak tahu di mana tangga nak naik ke atas..
2. Tentang jam besar tu pada pendapat saya la, mungkin nak bagi tahu dunia GMT tu sepatutnya berada di bumi Makkah, sebab pusat bumi.. Tu sekadar fikiran positif saya la..

pcbahar said...

Sebenarnya ada banyak lagi perubahan negatif yang berlaku di sana, tapi tak dapat saya nyatakan di sini.. Biarlah saya pendamkan sahaja di hati..
Berkebetulan saya tinggal sebilik dengan seorang ahli sufi (tasauf - tapi dia anggap dirinya murid saja), daripada dia saya banyak belajar dan menumpang ilmu.. Menurutnya Makkah sudah tidak seperti dulu lagi, agaknya dah akhir zaman.. Tapi kita kena tunaikan juga haji kerana dituntut.. Alhamdulillah kami telah sempurnakan tuntutan itu..
Dan tak lupa saya doakan kengkawan yang belum berhaji agar dapat menunaikan haji suatu hari nanti..

Anonymous said...

Assalamualaikum...syukur di atas keselamatan saudara hingga kembali ke tanah air (formal la pulak)...apapun bertambah dah teman2 kita yg dah ke tanah suci...harap kita dpt berjumpa bila sy bercuti balik ke Taiping dari 19 Dis hg 31 Dis nanti...Salam buat semua geng TERC...

Daripada : Aziz Khan (Sandakan Sabah)