Monday, October 11, 2010

Doakan saya...

Jika tidak ada aral, insyaAllah saya dan isteri akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 18 Oktober ini. Banyak benda yang perlu diuruskan sebagai persediaan sebelum berangkat ke Tanah Suci. Oleh kerana itu banyak perkara berkaitan hobi dan permotoran terpaksa diketepikan dulu.

Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf daripada semua bikers, sahabat handai, rakan taulan dan semua pengunjung blog ini jika terdapat salah dan silap.

Sehubungan itu saya ingin menjemput semua untuk hadir ke majlis kenduri kecil dan doa selamat pada hari Selasa ini, bersamaan 12 Oktober 2010 jam 9.30 malam bertempat di Warung Man Z, Kampung Jambu, Taiping (berhadapan padang SJKC)…

Jumpa kita di sana…

4 comments:

remgold said...

bro,
saya doakan dari jauh.
doakan utk diri, keluarga dan rakan bila di sana.
tapi jangan lupa juga doakan utk negara dan umat m yg lemah dan keliru ni. nak kiri salah dan kanan pun salah.
doakanlah blogger m lain juga dapat berhaji dan berumrah satu hari nanti.

sebagai biker-blogger, ente petik ler gambar-gambar boleh post nanti bila pulang.
gambar hotel felda, jam besar makkah (projek ni saya tak setuju sebab bangunan tu lebih megah dari baitullah, tapi money talks) dan keretapi baru utk jemaah.
di arafah nanti macam mana keadaan? jika hujan alah hai, macam mana pula? pak arab dah buat longkang ke?
tapi jangan syiok berkamera lupa ibadah pula! selamat pergi dan kembali.

pcbahar said...

Terima kasih atas pesanan Sdr Remi..
Saya akan cuba ingat.. Seboleh-bolehnya saya akan jadikan peristiwa haji ini saat paling istimewa dalam hidup saya.. Itulah harapan saya.. InsyaAllah saya akan "lambai-lambai" semua bloggers dan bikers umat M..

Anonymous said...

Selamat menunaikan Rukun Islam Ke-5, semoga diberkati Allah sepanjang perjalanan pergi dan balik... Amin. Fm, Nan SU LBC, Perak

Lanun Mata Satu said...

Tahniah YDP.....Smoga slmt pergi n kembali......Ride2 gak tp jgn lpe rukun islam ke5....Dr bli motor bsr baik wat aji dlu bru org suspec...X mcm stengah bikers....dok ligan motor bsr smpi sanggup brutang....Pas 2 eksen kat org...konon pakai moto bsr duit byk....tp yg rukun x wat lg.Mungkin trlupa atau wat2 lupa...Minat2 gk tp bab rukun ner blh wat main...
Hrp2 pas ni lbh byk biker yg terlebih duit tu g wat hj atau umrah....tmn pun ndak gak g tp tmn x byk duit....Pakai pun motor basikal je....
Jgn mrh wahai biker2 smuer....nanti makin nmpk 2er dh rupa yg dh memang 2er...he he....Hidup bikers...Hidup TERC.!!!!!!