Sepanjang perjalanan dan gerak kerja haji yang telah saya lalui semuanya berjalan lancar dan sempurna. Seperti yang pernah saya cerita dalam entri sebelum ini, syukur alhamdulillah tidak ada suatu apa pun perkara yang tidak elok berlaku ke atas saya suami isteri. Agaknya itulah kurniaan Allah kepada kami. Kalau ada sedikit-sedikit kesakitan dan kesusahan saya itu semua saya anggap sebagai nikmatnya mengerjakan haji.
Dipendekkan, ini ada sedikit lagi halwa mata...
Almaklum umur dah separuh abad, kereta mewah belum merasa lagi.. So bila tengok kereta mewah di sana terasalah teringinnya.. Kat Mesia ni kalau pakai keta mewah macam Ford Mercury ni alamat tak ke Mekah jawabnya.. Dah la harga mahal, minyak mahal, maintenance lagi.. Ford Mercury bersepah di sana termasuk yang digunakan sebagai teksi dan peronda polis..Tak tahulah tahun-tahun dulu, tetapi tahun ni abang-abang polis sangat ambil berat perjalanan lalu lintas. Sebuah Ford Mercury sedang meronda jalan yang sesak dengan jemaah. Undang-undang jalanraya Arab Saudi pun dengarnya hebat. Sesiapa yang melanggar jemaah haji dan jemaah haji itu mati maka hukuman pancung menanti.. Mati dibalas mati..
Deretan bas yang akan berangkat membawa jemaah dari Madinah ke Makkah.. Perjalanan mengambil masa hampir lapan jam..
Baca buku panduan yang diberi.. Kerajaan Arab Saudi bermurah hati menyediakan buku panduan, makanan dan minuman ringan dalam perjalanan dari Madinah ke Makkah
Ini kawasan pembinaan yang sedang pesat di sekitar Masjidil Haram.. Dengar citernya dalam lima tahun siaplah sepenuhnya..
Nak makan tak susah.. Petai, jering, asam semua ada..
Bangunan Jannadariah milik Tabung Haji yang menempatkan lebih tujuh ribu orang..
Ni la mat motor.. Pantang jumpa motor cantik aje nak bergambar.. Awat la kompeni motor kat Malaysia tak bawa masuk motor ni..
Dumping area.. Orang Arab kaya-kaya.. Kereta elok-elok lagi dah buang..
Kucing di Masjid Kucing..
Ukuf di Arafah..
Mabit di Muzdalifah..
Itulah secara ringkas pengalaman saya.. Terima kasih kerana sudi membaca.. Maaf jika ada kekurangan..