Thursday, December 16, 2010

Lagi citer Haji

Atas permintaan sahabat saya bro Rem http://remgold.blogspot.com/ minta citer sikit lagi citer haji.. Bolehlah kongsikan sedikit sebanyak pengalaman...


Sepanjang perjalanan dan gerak kerja haji yang telah saya lalui semuanya berjalan lancar dan sempurna. Seperti yang pernah saya cerita dalam entri sebelum ini, syukur alhamdulillah tidak ada suatu apa pun perkara yang tidak elok berlaku ke atas saya suami isteri. Agaknya itulah kurniaan Allah kepada kami. Kalau ada sedikit-sedikit kesakitan dan kesusahan saya itu semua saya anggap sebagai nikmatnya mengerjakan haji.
Nasihat saya (kalau pun boleh dijadikan nasihat), sebelum menunaikan haji pastikan:
1. Niat anda betul.
2. Duit anda bersih.
3. Persediaan anda cukup.
Saya rasa itu tiga perkara asas yang kita kena jaga sebelum berangkat ke sana. Kalau nak dihuraikan satu persatu tak terdaya rasanya. Lagipun kerja menghuraikan semua itu patut dilakukan oleh ustaz dan mutawif haji yang lebih layak.

Dipendekkan, ini ada sedikit lagi halwa mata...

Almaklum umur dah separuh abad, kereta mewah belum merasa lagi.. So bila tengok kereta mewah di sana terasalah teringinnya.. Kat Mesia ni kalau pakai keta mewah macam Ford Mercury ni alamat tak ke Mekah jawabnya.. Dah la harga mahal, minyak mahal, maintenance lagi.. Ford Mercury bersepah di sana termasuk yang digunakan sebagai teksi dan peronda polis..

Abang-abang polis banyak guna Virago 250.. Nak ambik gambar berdepan takut dirampasnya kamera.. Kang terpaksa pula "ampun pak, ampun pak" macam sorang mamat Indonesia yang kena rampas kamera sebab happy snap.
Tak tahulah tahun-tahun dulu, tetapi tahun ni abang-abang polis sangat ambil berat perjalanan lalu lintas. Sebuah Ford Mercury sedang meronda jalan yang sesak dengan jemaah. Undang-undang jalanraya Arab Saudi pun dengarnya hebat. Sesiapa yang melanggar jemaah haji dan jemaah haji itu mati maka hukuman pancung menanti.. Mati dibalas mati..

Bergambar berlatarbelakangkan Bukit Uhud.. Cermin mata hitam dan topeng muka sentiasa guna kecuali semasa ihram..

Deretan bas yang akan berangkat membawa jemaah dari Madinah ke Makkah.. Perjalanan mengambil masa hampir lapan jam..

Baca buku panduan yang diberi.. Kerajaan Arab Saudi bermurah hati menyediakan buku panduan, makanan dan minuman ringan dalam perjalanan dari Madinah ke Makkah
Ini kawasan pembinaan yang sedang pesat di sekitar Masjidil Haram.. Dengar citernya dalam lima tahun siaplah sepenuhnya..

Nak makan tak susah.. Petai, jering, asam semua ada..

Bangunan Jannadariah milik Tabung Haji yang menempatkan lebih tujuh ribu orang..
Ni la mat motor.. Pantang jumpa motor cantik aje nak bergambar.. Awat la kompeni motor kat Malaysia tak bawa masuk motor ni..
Dumping area.. Orang Arab kaya-kaya.. Kereta elok-elok lagi dah buang..
Kucing di Masjid Kucing..


Ukuf di Arafah..

Mabit di Muzdalifah..
Berjalan kaki melalui Terowong Muaissem Mina menuju ke tempat melontar jamrah..
Selesai melontar di Jamratul Kubra.. Bestnya aktiviti melontar kami - diatur sebegitu rupa supaya time melontar tak sesak
Selesai melontar tiga jamrah kena mengerjakan tawaf ifadah.. Mak datuk punya sesak.. Di dataran Kaabah sesak..
Di tingkat atas pun sesak jemaah tawaf haji.. Berkat doa dan petunjuk kami dapat juga menyempurnakan tawaf haji..
Ini saat-saat sebelum berangkat meninggalkan Makkah selepas selesai melaksanakan tawaf wida' atau tawaf selamat tinggal.. Naik ke bumbung hotel dan bergambar berlatar belakangkan Masjidil Haram..


Itulah secara ringkas pengalaman saya.. Terima kasih kerana sudi membaca.. Maaf jika ada kekurangan..

Wednesday, December 15, 2010

Notis Mesyuarat Agung Tahunan 2011

Mungkin terlalu awal notis ini dikeluarkan.. Tapi elok untuk kengkawan buat perancangan..

Mesyuarat Agung Tahunan TERC kali ke-5 akan diadakan seperti ketentuan berikut:
Tarikh: 4 Februari 2011 (sempena cuti Tahun Baru Cina)
Tempat: Batu Feringgi, Pulau Pinang

Kali ini insyaAllah kelab akan mengadakan mesyuarat di luar kawasan. Selalunya kita buat di Taiping sahaja. Kita dijangka akan bermalam di sana sambil adakan program hari keluarga.

Sehubungan itu ahli-ahli yang masih belum menjelaskan yuran keahlian diharap dapat berbuat demikian secepat mungkin supaya anda layak untuk hadir mesyuarat. Pesanan ringkas (sms) telah dihantar kepada semua ahli tentang perkara ini.

Tuesday, December 7, 2010

Berkat Doa Kengkawan

Saya telah selamat sampai ke tanah air pada pagi Sabtu, 4 Disember lepas.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Selama lebih sebulan saya terputus hubungan dengan kengkawan.. Harap-harap hubungan silaturrahim sesama kita dapat diteruskan..

Buat masa ini masih lagi dalam suasana “kuarantin” – berehat di rumah sahaja.. Sayu meninggalkan tanah suci, badan pun masih letih dan juga batuk-batuk kecil belum hilang...


Kepada yang berkesempatan silalah datang ke rumah.. Saya kurang keluar kerana dalam dua tiga hari ni agak sibuk menerima kunjungan sedara mara, kengkawan dan jiran-jiran..

Ini ada sedikit foto untuk tatapan..

Bergambar di bumbung Masjid Nabawi di Madinah..

Melawat ladang unta..

Sempat snap gambar Kaabah semasa sedang tawaf.. Ini masa lengang, kalau masa sesak takde peluang nak ambik gambar..

Gambar Masjidil Haram diambil dari bumbung hotel.. Di belakangnya jam besar yang menjadi kebanggaan penduduk Makkah (kononnyalah..)

Kat Makkah ramai yang pakai motor ni - Suzuki X7 250.. Ini motor retro kat Malaysia, dah tahap klasik.. Yang herannya kat sana masih dijual baru, harga sekitar RM5000 saja..

Monday, October 11, 2010

Doakan saya...

Jika tidak ada aral, insyaAllah saya dan isteri akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 18 Oktober ini. Banyak benda yang perlu diuruskan sebagai persediaan sebelum berangkat ke Tanah Suci. Oleh kerana itu banyak perkara berkaitan hobi dan permotoran terpaksa diketepikan dulu.

Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf daripada semua bikers, sahabat handai, rakan taulan dan semua pengunjung blog ini jika terdapat salah dan silap.

Sehubungan itu saya ingin menjemput semua untuk hadir ke majlis kenduri kecil dan doa selamat pada hari Selasa ini, bersamaan 12 Oktober 2010 jam 9.30 malam bertempat di Warung Man Z, Kampung Jambu, Taiping (berhadapan padang SJKC)…

Jumpa kita di sana…

Tuesday, September 21, 2010

Takde ride raya?

Ada… Kalau ada ride berbuka, ada ride bersahur, lepas ni ada pula ride raya..


Banyak juga dengar-dengarnya ride raya yang dirancang.. Dengarnya satu group dah pun ride ke Sungai Petani meraikan kanak-kanak istimewa.. Hujung minggu ni pula Krian Bikers jemput semua kelab motor beraya di Parit Buntar.. Dan seminggu lepas tu ada satu group pula akan ride sampai ke Danok, Thailand.. Meriah juga bikers tanah air.. Buat la asalkan kalian bahagia.. Nama pun bikers, kan..


TERC juga tidak ketinggalan untuk buat ride raya.. Kita akan ke Kuala Lumpur pada hari Sabtu 2 Oktober 2010 dan balik keesokannya.. Kepada yang berminat bolehlah hubungi urusetia TERC.. TERC akan cuba buat yang terbaik.. Peserta akan mendapat sehelai baju-t dan sedikit duit raya.. He, he.. Dah tua-tua pun nak duit raya..

Alba – Bukan tua la, budak besar..

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya

Taiping Easy Riders Club mengucapkan Selamat Hari Raya Idil Fitri kepada semua kenalan handai dan taulan.. Semoga kita mendapat keberkatan sempena hari baik bulan baik ini.. Maaf Zahir Batin..

Thursday, September 2, 2010

Lagi sekitar program Infaq Ramadan

Ini ada sebahagian lagi gambar-gambar sekitar program Infaq Ramadan di Batu Kurau pada 31 Ogos 2010 yang lalu.. Gambar-gambar adalah ihsan jurukamera TERC, Tuan Haji Abdul Rahim (013-4849487 / 012-4630852)...

Lady biker dan suaminya dari Taiping Rider Group..

Ustaz Toreq menyampaikan tazkirah Ramadan.. Kata Ustaz Toreq, "antara penyebab kurangnya pahala puasa adalah kerana adanya sifat khianat.. "
..dan antara sifat khianat di kalangan mat-mat motor ialah suka merempit..
keh, keh, keh... itu teman yang kata...

Tengok bikers pun tekun mendengar tazkirah.. Nampak jer brutal, tapi hati lembut..

Gabungan bikers utara..

Motor celup emas.. Boleh gadai ni.. Patut celup semua sekali, kata abang Nan..

Bro Arip and the gang dari Ipoh..

Antara penerima sumbangan beras terdiri daripada pelbagai golongan termasuk yang kurang upaya
Tuan Haji Sabri cergas macam orang muda ligat membantu mengedarkan beras..
Encik Zain daripada Badan Kebajikan Pekerja-Pekerja Telekom Malaysia menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Air Itam, Batu Kurau..
Kami datang nak bantu...

Inilah sedikit sumbangan daripada kami TERC..

Time berbuka dah sampai...