Sunday, March 6, 2011

Dilema pakai kereta motor lama

Dasar automotif negara seolah-olah tidak menggalakkan kita pakai kereta atau motor lama. Tengoklah cabaran dan dugaan pemilik-pemilik kereta atau motor lama. Dah la spare part susah, premium insurance pula naik berganda-ganda. Itu belum kira pelbagai kempen dan iklan untuk orang-ramai beli kereta atau motor baru... Maklumlah, kadar interest pinjaman yang rendah dengan tempoh bayaran yang panjang... Agak-agak dapatkah kita bertahan dengan kereta atau motor lama kita...?


Saya baru selesai repair brake Honda Accord tua saya.. Dah berumur 23 tahun kereta tu, tak banyak ragam, hutang pun takde.. Tapi tu la masalahnya, susah nak dapat spare parts.. Bila tanya kedai spare parts, "haiya itu keleta manyak lama woooo..."


Lining brake belakang yang dah nipis.. Mahu tak mahu kena ganti juga..

Mujur dapat juga lining yang ori.. Tengok kotak dah berabuk pun..




Itu satu contoh dilema pemilik kenderaan lama. Semalam saya berkesempatan berjumpa dengan ahli-ahli Kelab Kereta Lama http://www.keretalama.com/ di Dataran Lake Garden, Taiping. Best juga tengok usaha mereka menghidupkan semangat memelihara dan memulihara kereta lama. Satu usaha yang harus dipuji. Boleh dikatakan mereka terdiri daripada anak-anak muda yang prihatin tentang model-model kereta lama. Syabas KKL...




Banyak juga yang sempat diperbincangkan. Antaranya usaha mereka mendapatkan alat ganti kereta lama dan mengekalkan atau meningkatkan prestasi kereta masing-masing. Begitulah gigihnya mereka memenuhi hobi mereka. Bagus kalau semangat ini ada pada semua bikers kita. Tak la asyik hantor ke cina dua beradik je...

Sebuah Toyota KE70 model DX yang telah mengalami transplant enjin..

Yang ini pula Toyota KE20 juga mempunyai nadi penggerak baru..

Best juga kalau dapat buat program bersama dengan geng depa ni...

Tuesday, February 15, 2011

Majlis Tiga Dalam Satu


TERC telah mengadakan tiga majlis serentak pada hari Isnin 14 Februari 2011; iaitu sambutan ulangtahun kelima penubuhan TERC, sambutan Maulidur Rasul dan diikuti dengan Mesyuarat Agung Tahunan TERC kali yang kelima.


Majlis tersebut telah diadakan di Restoran Asam Pedas Kamunting bermula pukul 9.00 malam. Walaupun hujan agak lebat sebelum majlis bermula kehadiran boleh dikira memberangsangkan.


Majlis tersebut telah dihadiri seramai hampir 60 peserta terdiri daripada ahli lama dan baru bersama ahli keluarga. Ceramah Maulidur Rasul telah disampaikan oleh Al-fadhil Ustaz Haji Khairul Anuar bin Mohd Ali. Dalam ceramahnya, Ustaz Khairul telah menyeru ahli-ahli supaya mencontohi keperibadian Rasulullah SAW dalam menjalani sebarang aktiviti. Dalam Islam kita sememangnya digalakkan bermusafir melihat dan memerhati kebesaran Allah. Semasa bermusafir jangan lupa tanggungjawab melaksanakan ibadah terutamanya solat. Rasulullah mengajar kita bagaimana Islam memudahkan amalan solat bagi orang yang bermusafir dengan kemudahan solat jamak dan qasar. Inilah perkara yang menjadi amalan selama ini dalam kelab TERC yang perlu dikekalkan supaya setiap aktiviti mendapat berkat. Ustaz Khairul mengakhiri ucapan dengan bacaan doa.


Selepas menikmati juadah nasi bersama asam pedas ikan tenggiri, ayam tandori dan daging salai masak lemak yang istimewa pada malam itu, majlis disambung lagi dengan Mesyuarat Agung Tahunan TERC kali yang kelima. Dalam ucapan alu-aluannya, Haji Baharuddin Hashim selaku Yang DiPertua TERC berasa syukur kerana ramai ahli dapat hadir kali ini menunaikan tanggungjawab menjayakan mesyuarat agung. Beliau juga berasa bangga kerana beberapa ahli yang telah lama menghilangkan diri kini muncul kembali di dalam kelab dengan membawa bersama beberapa ahli baru. Dengan perkembangan terbaru ini diharap kelab akan bertambah maju.


Mesyuarat agung yang berakhir kira-kira jam 12.00 malam itu telah menghasilkan beberapa resolusi. Antaranya ialah pindaan perlembagaan tentang status keahlian kelab yang terbahagi kepada dua; iaitu Ahli Biasa untuk penunggang yang bermastautin dalam daerah Larut Matang dan Selama, manakala Ahli Bersekutu pula ialah yang tinggal di luar LMS. Mesyuarat juga telah memutuskan supaya barisan AJK merancang ekspedisi jarak jauh. Berkemungkinan pada tahun ini kelab akan ke Tanjung Piai, Johor.

Sunday, January 2, 2011

2011 Let's back to core business

Tahun 2010 meninggalkan kita dengan pelbagai peristiwa suka duka pahit manis.. InsyaAllah 2011 akan kita teruskan dengan pelbagai aktiviti lagi. Antaranya yang terdekat ini ialah...

29 dan 30 Januari 2011 - Kelab (Sabtu dan Ahad) akan ke Kuala Lumpur atas jemputan untuk memeriahkan satu program belia. Maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian. Harap rakan-rakan bersedia.

4 dan 5 Februari 2011 - Mesyuarat Agung Tahunan Kelab kali ke-5 mungkin diadakan di luar Taiping. InsyaAllah akan diadakan di Batu Feringgi (kalau tempatnya masih ada)...

Juga pertengahan bulan Februari nanti mungkin ada jemputan ke Pulau Pangkor atas jemputan YAB Menteri Besar Perak..

InsyaAllah... Terima kasih kerana terus bersama kelab...

Thursday, December 16, 2010

Lagi citer Haji

Atas permintaan sahabat saya bro Rem http://remgold.blogspot.com/ minta citer sikit lagi citer haji.. Bolehlah kongsikan sedikit sebanyak pengalaman...


Sepanjang perjalanan dan gerak kerja haji yang telah saya lalui semuanya berjalan lancar dan sempurna. Seperti yang pernah saya cerita dalam entri sebelum ini, syukur alhamdulillah tidak ada suatu apa pun perkara yang tidak elok berlaku ke atas saya suami isteri. Agaknya itulah kurniaan Allah kepada kami. Kalau ada sedikit-sedikit kesakitan dan kesusahan saya itu semua saya anggap sebagai nikmatnya mengerjakan haji.
Nasihat saya (kalau pun boleh dijadikan nasihat), sebelum menunaikan haji pastikan:
1. Niat anda betul.
2. Duit anda bersih.
3. Persediaan anda cukup.
Saya rasa itu tiga perkara asas yang kita kena jaga sebelum berangkat ke sana. Kalau nak dihuraikan satu persatu tak terdaya rasanya. Lagipun kerja menghuraikan semua itu patut dilakukan oleh ustaz dan mutawif haji yang lebih layak.

Dipendekkan, ini ada sedikit lagi halwa mata...

Almaklum umur dah separuh abad, kereta mewah belum merasa lagi.. So bila tengok kereta mewah di sana terasalah teringinnya.. Kat Mesia ni kalau pakai keta mewah macam Ford Mercury ni alamat tak ke Mekah jawabnya.. Dah la harga mahal, minyak mahal, maintenance lagi.. Ford Mercury bersepah di sana termasuk yang digunakan sebagai teksi dan peronda polis..

Abang-abang polis banyak guna Virago 250.. Nak ambik gambar berdepan takut dirampasnya kamera.. Kang terpaksa pula "ampun pak, ampun pak" macam sorang mamat Indonesia yang kena rampas kamera sebab happy snap.
Tak tahulah tahun-tahun dulu, tetapi tahun ni abang-abang polis sangat ambil berat perjalanan lalu lintas. Sebuah Ford Mercury sedang meronda jalan yang sesak dengan jemaah. Undang-undang jalanraya Arab Saudi pun dengarnya hebat. Sesiapa yang melanggar jemaah haji dan jemaah haji itu mati maka hukuman pancung menanti.. Mati dibalas mati..

Bergambar berlatarbelakangkan Bukit Uhud.. Cermin mata hitam dan topeng muka sentiasa guna kecuali semasa ihram..

Deretan bas yang akan berangkat membawa jemaah dari Madinah ke Makkah.. Perjalanan mengambil masa hampir lapan jam..

Baca buku panduan yang diberi.. Kerajaan Arab Saudi bermurah hati menyediakan buku panduan, makanan dan minuman ringan dalam perjalanan dari Madinah ke Makkah
Ini kawasan pembinaan yang sedang pesat di sekitar Masjidil Haram.. Dengar citernya dalam lima tahun siaplah sepenuhnya..

Nak makan tak susah.. Petai, jering, asam semua ada..

Bangunan Jannadariah milik Tabung Haji yang menempatkan lebih tujuh ribu orang..
Ni la mat motor.. Pantang jumpa motor cantik aje nak bergambar.. Awat la kompeni motor kat Malaysia tak bawa masuk motor ni..
Dumping area.. Orang Arab kaya-kaya.. Kereta elok-elok lagi dah buang..
Kucing di Masjid Kucing..


Ukuf di Arafah..

Mabit di Muzdalifah..
Berjalan kaki melalui Terowong Muaissem Mina menuju ke tempat melontar jamrah..
Selesai melontar di Jamratul Kubra.. Bestnya aktiviti melontar kami - diatur sebegitu rupa supaya time melontar tak sesak
Selesai melontar tiga jamrah kena mengerjakan tawaf ifadah.. Mak datuk punya sesak.. Di dataran Kaabah sesak..
Di tingkat atas pun sesak jemaah tawaf haji.. Berkat doa dan petunjuk kami dapat juga menyempurnakan tawaf haji..
Ini saat-saat sebelum berangkat meninggalkan Makkah selepas selesai melaksanakan tawaf wida' atau tawaf selamat tinggal.. Naik ke bumbung hotel dan bergambar berlatar belakangkan Masjidil Haram..


Itulah secara ringkas pengalaman saya.. Terima kasih kerana sudi membaca.. Maaf jika ada kekurangan..

Wednesday, December 15, 2010

Notis Mesyuarat Agung Tahunan 2011

Mungkin terlalu awal notis ini dikeluarkan.. Tapi elok untuk kengkawan buat perancangan..

Mesyuarat Agung Tahunan TERC kali ke-5 akan diadakan seperti ketentuan berikut:
Tarikh: 4 Februari 2011 (sempena cuti Tahun Baru Cina)
Tempat: Batu Feringgi, Pulau Pinang

Kali ini insyaAllah kelab akan mengadakan mesyuarat di luar kawasan. Selalunya kita buat di Taiping sahaja. Kita dijangka akan bermalam di sana sambil adakan program hari keluarga.

Sehubungan itu ahli-ahli yang masih belum menjelaskan yuran keahlian diharap dapat berbuat demikian secepat mungkin supaya anda layak untuk hadir mesyuarat. Pesanan ringkas (sms) telah dihantar kepada semua ahli tentang perkara ini.

Tuesday, December 7, 2010

Berkat Doa Kengkawan

Saya telah selamat sampai ke tanah air pada pagi Sabtu, 4 Disember lepas.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Selama lebih sebulan saya terputus hubungan dengan kengkawan.. Harap-harap hubungan silaturrahim sesama kita dapat diteruskan..

Buat masa ini masih lagi dalam suasana “kuarantin” – berehat di rumah sahaja.. Sayu meninggalkan tanah suci, badan pun masih letih dan juga batuk-batuk kecil belum hilang...


Kepada yang berkesempatan silalah datang ke rumah.. Saya kurang keluar kerana dalam dua tiga hari ni agak sibuk menerima kunjungan sedara mara, kengkawan dan jiran-jiran..

Ini ada sedikit foto untuk tatapan..

Bergambar di bumbung Masjid Nabawi di Madinah..

Melawat ladang unta..

Sempat snap gambar Kaabah semasa sedang tawaf.. Ini masa lengang, kalau masa sesak takde peluang nak ambik gambar..

Gambar Masjidil Haram diambil dari bumbung hotel.. Di belakangnya jam besar yang menjadi kebanggaan penduduk Makkah (kononnyalah..)

Kat Makkah ramai yang pakai motor ni - Suzuki X7 250.. Ini motor retro kat Malaysia, dah tahap klasik.. Yang herannya kat sana masih dijual baru, harga sekitar RM5000 saja..

Monday, October 11, 2010

Doakan saya...

Jika tidak ada aral, insyaAllah saya dan isteri akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 18 Oktober ini. Banyak benda yang perlu diuruskan sebagai persediaan sebelum berangkat ke Tanah Suci. Oleh kerana itu banyak perkara berkaitan hobi dan permotoran terpaksa diketepikan dulu.

Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf daripada semua bikers, sahabat handai, rakan taulan dan semua pengunjung blog ini jika terdapat salah dan silap.

Sehubungan itu saya ingin menjemput semua untuk hadir ke majlis kenduri kecil dan doa selamat pada hari Selasa ini, bersamaan 12 Oktober 2010 jam 9.30 malam bertempat di Warung Man Z, Kampung Jambu, Taiping (berhadapan padang SJKC)…

Jumpa kita di sana…