Tuesday, August 31, 2010

Ramadan Charity Ride 31 Ogos 2010

Persinggahan pertama.. Rumah Anak Yatim Nur Kasih, Ulu Sepetang..
Inilah penghuni Rumah Anak Yatim Nur Kasih..
Ketua Kampung bikers (PakTeh dan PakYa) bersedia untuk mengedarkan sumbangan beras kepada warga miskin sekitar Batu Kurau.. Ustaz Mohd Noor ditemuramah krew Bersamamu TV3.. Keprihatinan bikers kepada mangsa kebakaran di kampung Air Itam..
Salah satu masjid yang menjadi tempat pengedaran beras kepada warga yang memerlukan..

Itulah sebahagian liputan peristiwa Kembara Infaq Ramadan yang telah diadakan pada hari Selasa 31 Ogos 2010 yang melibatkan bikers daripada TERC dan LBC. Turut memeriahkan majlis ialah para bikers dari Sungai Petani, Penang dan Ipoh. Terima kasih kepada semua yang menjayakan. Memang meletihkan tetapi berbaloi. Letih betoi, nak tidorlah..

Sunday, August 29, 2010

Berbuka dan Bersahur

Ini bukan program berbuka dan bersahur yang biasa.. Belum pernah berlaku dalam dunia teman berbuka dan bersahur macam ni..

Pertamanya dapat berbuka bersama-sama dengan Raja Muda Perak, DYTM Raja Nazrin Shah di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Ipoh. Turut sama ialah isteri baginda Raja Puan Besar, Tuanku Zara, def-def kehormat dan anak-anak Perak yang berada di perantauan datang dengan enam buah bas dan entah berapa puluh kereta lagi. Yang teman jumpa hari tu termasuklah YB Kapten Osman Jailu, Datuk Mohd Zahir, Tan Sri Jins Shamsudin dan ramai lagilah..

Yang istimewanya TERC dijemput sama dan jenuh la teman ngajak ahli-ahli untuk pergi, dengan syarat pakai baju melayu satu sut lengkap.. Bab baju ni la gamaknya ramai ahli yang tak sanggup.. Ater kalau dah bikers takkan nak naik motor pakai baju melayu, bior betoi... Last-last teman pergi dengan Jef dan Adam sahajalah sebagai memenuhi jemputan..


Balik dari Ipoh Cikgu Megat pulak ngaborkan ada geng dari Ipoh nak ride sahur ke Taiping.. Itulah teman kata luar biasa.. Selalunya bikers buat program nak berbuka, kali ni dema ride sahur pula.. Itulah kalau dinamakan bikers.. Agak terdetik ajer di hati, jalan..

Ni la sedikit gambar peristiwa..
Saat menunggu hendak berbuka...

Inilah menunya.. Boleh tahan juga.. Terbakor perut teman kena kari Pakeeza..
Inilah juadahnya.. Tiga orang anak muda Perak penuh sopan..
Inilah sebahagian bikers ride sahur dari Ipoh.. Rasa-rasa macam nak kenai yek..

Sahur sempoi saja.. Lomang Man Z cicah rendang.. Eh, ni dah macam nak raya la pulak...

Friday, August 27, 2010

Kembara Infaq Ramadan

Dijemput semua bikers yang berkesempatan untuk menjayakan program Infaq Ramadan pada Hari Selasa 31 Ogos 2010. Program dianjurkan oleh Pusat Dirasat Tahfiz Al-Quran, Sempeneh, Batu Kurau dengan kerjasama Pusat Latihan Telekom Taiping, TERC dan LBC. Jika tiada aral pihak TV3 akan membuat liputan pada program tersebut.

Kepada yang ingin turut serta, konvoy akan berkumpul di hadapan KEMTA, Kamunting pada jam 1.00 tengah hari. Peserta perlu sampai di Pusat Dirasat Tahfiz sebelum program bermula pada pukul 2.30 petang.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Ustaz Mohd Noor Haji Musa 019-461 6355 atau sdr Sahimi 017-5694649.

Jom kita jayakan..

Monday, August 23, 2010

Favourite websites

Sorry la lama tak up-date blog ni.. Maklumlah bulan puasa.. Aktiviti permotoran kena kurangkan sikit.. Namun begitu kerap-kerap la jenguk websites orang, supaya tak dikata orang nanti macam katak bawah tempurung pulak.. Ini antara websites bikers dan choppers..

http://choppersgarage.tk
Ramai juga member kat sini.. Banyak bincang tentang choppers..


Yang ini banyak gambar-gambar menarik..

http://langbikers08.blogspot.com

Yang ini geng Pantai Timur..
http://dccdungunchopperclub.blogspot.com

Yang ini rajin buat catatan.. Biker sejati ni..
http://ohsai79.blogspot.com

Ini kelab ramai otai-otai.. Ahli lama kita Tuan Haji Omar meriah kat sini..
http://allbikersclub.forumotion.com

Itu sebahagian sahaja websites yang saya minat.. Ada banyak lagi sebenarnya, tak dapatlah nak letak kat sini semuanya.. Yang penting kita juga ada blog sendiri yang patut dibanggakan.. Cuma blog kita tidak semeriah websites orang.. Bukan apa, blog TERC ni pun ada orang yang suruh tutup, konon isinya tajam mengalahkan pisau.. Ish, ish, ish...

Saturday, August 7, 2010

Kayuhan Anak Merdeka 2010 SMKTM

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi... Pada pagi Jumaat 6 Ogos 2010, sekolah teman SMKTM telah menganjurkan Kayuhan Merdeka 2010. Dalam program tersebut seramai 50 murid SMKTM telah menyahut cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 25km dari SMKTM ke Batu Ampar Resort di Padang Rengas. Nampaknya mereka mengambil bahagian dengan penuh semangat walaupun aktiviti ini sangat mencabar dan amat memenatkan... Harap-harap mereka akan menjadi easy riders yang cekal apabila dewasa nanti... Inilah sebahagian foto yang sempat dirakam...

Peserta yang mengambil bahagian di sisi basikal masing-masing... Tekun mendengar taklimat daripada SM Polis Trafik Taiping..

Para peserta sudah bersedia untuk berkayuh...

Program dilancarkan oleh Tuan Haji Abdul Hamid Hasan, boss SMKTM..


Cikgu Hisham mengepalai konvoi...
Membetulkan urat di Bukit Berapit..

Singgah di SMK Tun Perak Padang Rengas sebelum meneruskan perjalanan ke Kem Batu Ampar...

Sunday, July 25, 2010

Loken Walk Ipoh

Ada la enam orang member TERC yang ke Loken Walk pagi Ahad tadi… teman sendiri, Ee, Duan Selama, Rahman, Rahim Chef dan Cikgu Megat… Selepas merayau-rayau di Loken, terus pergi repair motor di Jalan Pasir Puteh. Pemilik kedainya juga merupakan mekanik dan biker yang friendly, kira boleh la datang lagi… Kamera teman meragam pula, tak tahu di mana silapnya, gambar jadi watermark.. Tapi balik rumah elok pulak… Teman beli majalah lama jer… Yang bestnya ride kali ni segala pergerakan macam diatur-atur.. Sampai sahaja di Loken dah tersedia tempat parking cukup-cukup untuk enam biji motor.. Pergi pula cari kedai repair motor elok pulak ada buka sebab owner dia nak siapkan Suzuki 750nya nak ride ke Hattyai Bike Week hujung bulan ni.. Abg Rahim Chef dapat pula beli ekzos VN500 yang diidam-idamkannya dengan harga sangat murah… Waduh-waduh, best betul bila Abg Rahim belanja kita orang pekena nasi kandar di Salem Restoran… Terima kasih banyak..
Bergambar di Hentian Bukit Gantang sebelum bertolak ke Ipoh... Kamera meragam ni...
Hanya inilah yang teman dapat bawa balik, majalah lama tahun 1970-an Popular Mechanic dan Look and Learn Kad bisnes kedai repair motor yang juga agen Kawasaki di Ipoh... Macam-macam sparepart ada untuk big bike boleh order..

Tuesday, July 13, 2010

July Bike Gathering

Banyak juga program bike gathering bulan Julai ni.. Antaranya:

Sabtu 10 Julai 2010 - Majlis Ramah Mesra Bikers dengan Anak-anak Istimewa dari Sekolah Pendidikan Khas Sungai Petani, Kedah. Majlis diadakan di Restoran Nur Zetty Paksu Majid di Changkat Jering (gambar di bawah). Ramainya bikers yang hadir hari itu saya anggarkan lebih dua ratus motor.. Majlis dirasmikan oleh YB Kapten (B) Osman Jailu, ADUN Changkat Jering.

Pada hari Ahad 18 julai 2010 ada jemputan makan kenduri adik Abg Zaini ahli Larut Bikers Club di Bagan Serai. Berkumpul di Petronas Kamunting jam 11.00 pagi. Jum kita, dapat juga panas-panaskan enjin.

Pada hari sabtu 24 Julai 2010 DONT FORGET OUR "2ND LOVE RIDE NOT WAR PARTY" ON THE 24TH JULY 2010. HOPE TO SEE YOU AT RED GARAGE KL BRADA N SISTAZZ... Maklumat lanjut di http://www.facebook.com/redgaragemalaysia. Kalau takde aral nak juga pergi...

Seterusnya Sabtu 31 Julai 2010 ada tiga acara...
1. Pameran dan pertandingan motor di Uptown Taiping. Hubungi Din Boxing 014-2529034
2. Jom makan durian Batu Kurau. Hubungi PakYa Misai 013-4497538
3. Hatyai Bike Week. Nak konvoy hubungi Paksu Majid 013-5152678