Saturday, August 7, 2010

Kayuhan Anak Merdeka 2010 SMKTM

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi... Pada pagi Jumaat 6 Ogos 2010, sekolah teman SMKTM telah menganjurkan Kayuhan Merdeka 2010. Dalam program tersebut seramai 50 murid SMKTM telah menyahut cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 25km dari SMKTM ke Batu Ampar Resort di Padang Rengas. Nampaknya mereka mengambil bahagian dengan penuh semangat walaupun aktiviti ini sangat mencabar dan amat memenatkan... Harap-harap mereka akan menjadi easy riders yang cekal apabila dewasa nanti... Inilah sebahagian foto yang sempat dirakam...

Peserta yang mengambil bahagian di sisi basikal masing-masing... Tekun mendengar taklimat daripada SM Polis Trafik Taiping..

Para peserta sudah bersedia untuk berkayuh...

Program dilancarkan oleh Tuan Haji Abdul Hamid Hasan, boss SMKTM..


Cikgu Hisham mengepalai konvoi...
Membetulkan urat di Bukit Berapit..

Singgah di SMK Tun Perak Padang Rengas sebelum meneruskan perjalanan ke Kem Batu Ampar...

No comments: