Thursday, November 26, 2009
Aidil Adha
Keduanya, sempena raya haji tahun ini Pengerusi Rumah Anak Yatim Nur Hidayah, yang senang kita panggil sebagai Pak Manap menjemput semua ahli TERC ke majlis sambutan raya haji di rumah tersebut. Majlis akan diadakan pada hari raya pertama sebelah malam. Diharap dapatlah ahli-ahli TERC hadir dan menyerikan majlis sambil meraikan anak-anak yatim penghuni di situ. Kita akan berkumpul di hentian bas Changkat Jering dan akan bergerak ke sama jam 8.30 malam.
Pada hari raya pertama nanti dengarnya PakTeh Zaini akan mengadakan rumah terbukanya dengan jamuan istimewa toseh special MakTeh... Toseh ni rasanya berbeza dengan toseh biasa... Moh kita serang rumah PakTeh oooiiiii.....
Tuesday, November 17, 2009
Aktiviti mingguan
Pada minggu lepas sempat berkelah di Lata Perahu, Kati.. Air terjun dah tak secantik tiga puluh tahun dahulu sewaktu saya pertama kali menjejakkan kaki.. Orang-orang kampung kata disebabkan aktiviti pembalakan yang tidak terkawal menyebabkan rosak segala khazanah hutan dan keindahan alam semulajadi...Pada 141109 pula saya, PakSu Non dan Sdr Zaman ke bandar Perda meninjau-ninjau kedai potong barang-barang motor.. Ini kali ketiga saya ke situ, tujuan kali ini nak cari rim TZM... Ada member MBC kata boleh ngam masuk Jaguh... Tapi nasib kurang baik hari tu sebab set rim yang ada tak lengkap...
Keesokannya saya ajak member-member pekena mee kari di Lembah KK.. Saya dan geng Sg Kerang pergi naik keta saja sebab hujan.. Sempatlah kami tinjau keadaan air Sungai Perak yang melimpahi tebing... Kalau hujan berterusan berkemungkinan kuala akan bah lagi..
Tu dia PakSu pekena mee kari Yus...
Friday, November 6, 2009
Maklumat baru karnival permotoran KL 051209
Jadi tarikh baru yang ditetapkan ialah hari SABTU 5 DISEMBER 2009, bertempat di TAMAN REKREASI PUDU HULU, JALAN CHERAS, Belakang WISMA PGRM... Harap kengkawan yang tahu tempat ni maklumkan kepada saya...
Saya harap kali ini program ini benar-benar menjadi kenyataan dan ramai yang dapat menghadirkan diri.
Saya sudah memohon pihak penganjur menyediakan ruang untuk satu pertemuan presiden-presiden kelab motor Malaysia untuk bersidang dalam satu pertemuan berbentuk "pro-tem meeting"... Kepada kelab-kelab motor yang telah berdaftar secara sah harap bersedia...
Kepada semua bikers dan peminat-peminat dunia pemotoran juga harap bersedia... Jumpa kita di sana sana sana.....
Wednesday, November 4, 2009
Jom berkelah di Lata Perahu
Jadi pada minggu ini saya nak ajak kengkawan ride ke Lata Perahu yang terletak tak jauh dari kampung Kati, Kuala Kangsar..
Kengkawan yang ingin turut serta sila berkumpul di kedai kelab jam 9.00 pagi Ahad, 8 November 2009.. Kalau boleh kita nak bertolak awal, baru syiok ada mari..
Kepada kengkawan nak sponsor kudapan amat dialu-alukan.. Cana pun dengarnya geng Sg Kerang nak sponsor makan.. kerang ke, udang, ketam, apa-apa je la.. banyak sama banyak, sikit sama sikit... Moh kita...
Friday, October 30, 2009
Selamat berangkat ke Tanah Suci
Abang Noh yang pernah menunaikan umrah pada tahun 2006 akan berangkat ke Mekah pada 3 November ini.
Abang Din Silat juga dijangka akan berangkat pada hari yang sama. Abang Din Silat akan menggunakan khidmat pakej haji yang agak mahal juga, tak silap saya hampir RM70 ribu untuk sekelamin. Abang Din Silat menjemput kita ke rumahnya esok, Sabtu 31 Oktober 2009 jam 11.00 pagi untuk majlis doa selamat di rumahnya di Taman Sentosa.
Seorang lagi rakan kita yang akan berangkat ialah Abang Amil. Saya masih menunggu confirmation tarikh berangkat daripada Abang Amil.
Kita ucapkan semoga kesemua mereka mendapat keberkatan dan beroleh haji yang mabrur. InsyaAllah tahun hadapan kita menyusul... Tolonglah lambai-lambai kami ni...
Sunday, October 25, 2009
KL International Bike Rally


Pelbagai jenis motor berhimpun... Ada motor besar..
Ada motor kecik...
Ada motor hutan...
Yang ini motor kayuh...
Ini antara hasil kreativiti Bengkel Bukit Botak... Pemilik Bengkel, Sdr Rahim
pernah muncul di Majalah Tiga TV3 awal tahun ini kerana usaha kreatifnya membina
motor ikut kehendak pelanggan, macam siri American Choppers tu...
Harley guna rim kaca.. Ada berani kaaa.....?
Tahniah kepada pihak penganjur program yang dapat menghimpunkan begitu ramai bikers... InsyaAllah pada 21 dan 22 November ini kita akan berhimpun pula di Dataran Merdeka untuk program yang hampir serupa... Tunggu pengumuman rasminya...