Thursday, November 26, 2009

Aidil Adha

TERC mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari raya Aidil Adha kepada semua ahli yang merayakannya. TERC berasa amat bertuah pada perayaan tahun ini kerana beberapa sebab. Pertamanya kerana tiga orang ahli TERC berjaya mengerjakan haji pada tahun ini. Mereka ialah Abang Din Silat, Abang Noh dan Abang Amil. Paling gembira bagi saya apabila Abang Din Silat menghantar sms dari Mekah memberitahu beliau telah berdoa di hadapan Kaabah semoga ramai lagi ahli TERC akan menjejakkan kaki di bumi suci itu. Beliau turut mengirim salam kepada semua ahli TERC.
Keduanya, sempena raya haji tahun ini Pengerusi Rumah Anak Yatim Nur Hidayah, yang senang kita panggil sebagai Pak Manap menjemput semua ahli TERC ke majlis sambutan raya haji di rumah tersebut. Majlis akan diadakan pada hari raya pertama sebelah malam. Diharap dapatlah ahli-ahli TERC hadir dan menyerikan majlis sambil meraikan anak-anak yatim penghuni di situ. Kita akan berkumpul di hentian bas Changkat Jering dan akan bergerak ke sama jam 8.30 malam.
Pada hari raya pertama nanti dengarnya PakTeh Zaini akan mengadakan rumah terbukanya dengan jamuan istimewa toseh special MakTeh... Toseh ni rasanya berbeza dengan toseh biasa... Moh kita serang rumah PakTeh oooiiiii.....

3 comments:

Anonymous said...

malam ni ada makan apa....?

pcbahar said...

Entah la makan apa.. Yang penting kita hadir memeriahkan majlis.. Cuaca nampak cerah.. Moh kita ride

Anonymous said...

Seronok dengar byk aktiviti di hari raya korban..apa daya dah jauh, dengar cerita je lah...Sy pun ada terima sms dari Abg Noh di Mekah yg beritahu depa di sana sihat2 semua..alhamdulillah...jumpa nanti di tengah dis..sy balik cuti...

From: AzizKhan (Sandakan Sabah)