Tuesday, November 17, 2009

Aktiviti mingguan

Sepanjang dua tiga minggu ini agak sibuk juga dengan kerja-kerja harian. Tapi program kelab tetap diteruskan walaupun sambutan ahli-ahli agak dingin. Mungkin sebab cuaca asyik hujan saja, takpun poket dalam keadaan gerhana (maklumlah gaji lama dah kering...)

Pada minggu lepas sempat berkelah di Lata Perahu, Kati.. Air terjun dah tak secantik tiga puluh tahun dahulu sewaktu saya pertama kali menjejakkan kaki.. Orang-orang kampung kata disebabkan aktiviti pembalakan yang tidak terkawal menyebabkan rosak segala khazanah hutan dan keindahan alam semulajadi...
Pada 141109 pula saya, PakSu Non dan Sdr Zaman ke bandar Perda meninjau-ninjau kedai potong barang-barang motor.. Ini kali ketiga saya ke situ, tujuan kali ini nak cari rim TZM... Ada member MBC kata boleh ngam masuk Jaguh... Tapi nasib kurang baik hari tu sebab set rim yang ada tak lengkap...

Keesokannya saya ajak member-member pekena mee kari di Lembah KK.. Saya dan geng Sg Kerang pergi naik keta saja sebab hujan.. Sempatlah kami tinjau keadaan air Sungai Perak yang melimpahi tebing... Kalau hujan berterusan berkemungkinan kuala akan bah lagi..

Tu dia PakSu pekena mee kari Yus...

1 comment:

Cikgu Raja Sg Tinggi said...

Assalammualaikum..

Apa kata kalau setiap 2 kali kelab buat aktiviti kita print T-shirt sebab yang KL - Melaka dulu dah nak hancuss dah ...Janji ada nama TERC...Amacam ?