Tuesday, October 20, 2009

Hobi teman

Minta maaf kerana agak lama tak up-date. Ini kerana agak sibuk dengan tugas seharian. Bagaimanapun aktiviti berkelab tetap diteruskan. Hari ini teman nak sentuh sikit tentang hobi teman...
Hobi teman dari dulu lagi suka baik pulih barang berenjin. Sebab itu bila teman menyertai Kelab ini seronok benor kerana dapat tengok macam-macam enjin motor. Kalau teman ada banyak masa terluang macam-macam motor boleh diperbaiki dan diservis. Sekarang teman dalam proses overhaul motor salah seorang ahli kelab. Punca kerosakan ialah bunyi bising dari kota engkol.
Teman akan cuba up-date dari semasa ke semasa. Ambil masa lama sikit, maklumlah, amatur...

Inilah Jaguh yang akan dibedah perutnya...

Sebelah kiri enjin sudah dibarai sepenuhnya...

Sebelah kanan enjin pula (bahagian clutch)...

Pada fasa memisahkan dua bahagian kotak engkol...

Peringkat seterusnya... Will be continued..

Thursday, October 15, 2009

Lagi Jemputan raya dan kenduri

Banyak pula jemputan kenduri dan jamuan raya hujung-hujung Syawal ni. Tak tahu la sama ada dapat dipenuhi semuanya atau tidak. So, kepada semua ahli TERC dan kengkawan sekelian, dijemput untuk memeriahkan…
1. Sabtu 17 Oktober 2009 Kenduri adik kepada Sdr Faizal, ahli Larut Bikers Club di Kuala Sepetang. Pada hari yang sama jemputan ke Kampung Perak, Batu Kurau kerana ketua kampungnya buat jamuan raya. So, selepas makan kenduri di Kuala Sepetang kita terus ke Batu Kurau.

2. Ahad 18 Oktober 2009, rumah terbuka DUN Changkat Jering di Pusat Khidmat DUN, 11.00 pagi hingga 3.00 petang. Pada hari yang sama juga satu jemputan kenduri sahabat kepada Sdr Norrulmuin diadakan di Alor Pongsu. Jadi, selepas program dengan DUN Changkat Jering kita akan shoot ke sana.

3. Isnin 19 Oktober 2009, jemputan oleh YBhg Datuk Haji Ahmad Shalimin, Ketua UMNO Bahagian Taiping, untuk jamuan hari raya aidil fitri di Dewan MPT, Taiping. Ahli Kelab sila bergerak dari kedai kelab jam 2.30 petang. Saya tak dapat nak ikut sebab ngajar petang. Kepada yang dapat hadir sila hadir.. Ajak makan yeop, bukan suruh kerja...

Saturday, October 10, 2009

Jemput kenduri rumah baru Mawardi

Semua ahli TERC dijemput ke rumah Sdr Mawardi, ahli baru TERC di Kampung Air Hitam, Batu Kurau esok, Ahad 11 Oktober 2009. Beliau mengadakan majlis makan kenduri kerana berpindah ke rumah baru. Kita akan berkumpul dulu di depan Kem Tahanan ISA pada pukul 12.00 dan akan bertolak setengah jam kemudian.

Peserta digalakkan bawa baju lebih sebab kita bercadang nak mandi-mandi di tempat perkelahan yang tak jauh dari situ. Lama juga dah tak ride ni, boleh la juga panas-panaskan enjin.. Moh kita...

Wednesday, October 7, 2009

Majlis Jamuan Hari Raya PakSu Majid

Sungguh meriah majlis rumah terbuka jamuan hari raya di kedai Paksu Majid tadi. Punyalah ramai tetamu sampai di luar jangkaan. Saya anggarkan tetamu melebihi seribu orang sebab kerusi tambahan yang disediakan lebih 500 tak cukup.

Antara kelab yang menghadiri rumah terbuka PakSu Majid:
1. Mega Fortune Superbikes Club
2. Kerian Bikers
3. Taiping Bikers Club
4. Iktiraf Bikers, Ipoh
5. SMS Bikers, Batu Gajah
6. TIM Ipoh Superbike Club
7. Penang Cops
8. Sungai Petani Crazy Throttle
9. Crazo Caika Bikers (betul ke eja ni?)
10. Teruna Asyik (???), Parit Buntar
11. Alor Star Bikers
12. 8th Heaven, Seberang Perai
13. Ipoh Choppers
14. Hup Sing Car Paint
15. Taiping Raiders Group

Itulah antara kelab-kelab yang sempat disenaraikan.

Dalam majlis tersebut beberapa orang presiden kelab diberi peluang untuk berucap secara ringkas. Antaranya Presiden Kerian Bikers menjemput semua hadirin ke majlis hari raya di Parit Buntar pada hari Ahad, 10 Oktober 2009 bermula pukul 12.00 tengah hari hingga 6.00 petang.

Paksu Majid selaku penganjur dan tuan rumah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua petugas yang terdiri daripada ahli-ahli TERC dan LBC yang bertungkus lumus menjayakan majlis seperti yang telah dirancang terlebih awal. Terima kasih juga kepada anggota-anggota polis yang bertugas membantu melancarkan pergerakan konvoy. Tidak lupa juga penghargaan kepada pemberita, juru gambar, penaja makanan dan minuman, kelengkapan khemah, serta semua pihak yang telah memberi sumbangan baik secara langsung mahu pun tidak langsung.

Semoga jumpa lagi tahun hadapan untuk majlis yang serupa..

Sunday, October 4, 2009

Mesyuarat letak kerja jamuan raya PakSu majid

Semalam kelab TERC bersama Larut Bikers Club telah mengadakan mesyuarat letak kerja bagi menjayakan program jamuan hari raya Aidil Fitri anjuran PakSu Majid, pemilik Nur Zetty Mee Udang, Changkat Jering, yang akan diadakan pada hari Selasa 6 Oktober 2009. PakSu Majid berharap amat-amat sangat agar dua kelab ini membantunya mengurus dan menjayakan program tersebut.

Antara keputusan mesyuarat yang sempat saya catatkan adalah seperti berikut:
1. Tugas marshall dan susunan motor/kereta akan diketuai oleh Sdr Pokku dengan dibantu oleh Sdr Rozi, Tok Wan, Zali, Abang Ramli dan MatKi.

2. Hidangan makanan yang dijangka terdiri daripada lemang, nasi, lauk-pauk, dan kepak ayam goreng akan diuruskan oleh Sdr Beb, Man dan Megat. Hidangan satay sebanyak seribu cucuk pula akan ditaja oleh Sdr Ariffin. Tugas mencedok makanan diserahkan kepada para isteri bikers dengan diketuai oleh Puan Maznah.

3. Barisan penyambut tetamu akan diketuai oleh PakSu Majid sendiri dengan dibantu oleh Presiden TERC, Presiden LBC, Abang Ramli, Sdr Aznan, Sdr Nana dan PakTeh Zaini.

4. Sistem pembesar suara dan DJ akan diuruskan oleh Abang Ramli dan Sdr Nana.

5. Aturcara program bergantung kepada keadaan semasa dan dijangka bermula jam 8.00 malam berakhir 12.00 malam. Majlis dimulai dengan bacaan doa yang akan diketuai oleh imam kampung.

6. Setiap kelab yang berkunjung akan dihadiahkan dengan sehelai pendant yang bertulis “Dengan ingatan tulus ikhlas daripada Nur Zetty Mee Udang, Changkat Jering, bersama Taiping Easy Riders Club dan Larut Bikers Club.”

7. Sdr Amer dan PakTeh Zaini akan menghubungi pihak akhbar (Majalah Roda-Roda dan Harian Sinar) untuk publisiti. Rakaman video pula akan diserahkan kepada Sdr Bashah.

8. Sdr Jeff akan membuat tempahan pendant dan banner dengan susunkata yang akan direka oleh cikgu Bahar.

Khidmat ahli-ahli lain yang tidak tersenarai di atas tetap diperlukan. Tolonglah apa yang patut nanti. Sekurang-kurangnya penyertaan anda dapat memeriahkan lagi majlis di samping turut meraikan bikers yang hadir.
Dengan kesempatan ini saya suka menjemput semua bikers tak kira jauh atau dekat, marilah kita sama-sama hadir ke rumah terbuka PakSu Majid ini nanti.. Datang, jangan tak datang..

Tuesday, September 29, 2009

Jemputan rumah terbuka Paksu Majid

Saya mendapat panggilan daripada PakSu Majid menjemput semua geng motor ke jamuan hari raya di rumahnya pada hari Selasa 6 Oktober 2009 bermula 8.00 malam sehingga 12.00 tengah malam. Sesiapa yang berkelapangan dijemput hadir. Saya dimaklumkan pada malam tersebut PakSu Majid menjemput semua geng motor kawasan utara. Jadi dijangka gegak gempitalah nanti Changkat Jering dengan deruman motor-motor gedabak... Moh kita...

Wednesday, September 23, 2009

Karburetor tak pick-up

Semalam saya dah buka karburetor Nor dan kaji apa masalahnya mengapa tak boleh pick-up. Setelah saya buka saya dapati pergerakan piston diaphragm tidak licin. Kalau nak ikutkan karburetor tersebut baru dibeli sepatutnya tidaklah begitu. Ini berkemungkinan disebabkan habuk atau minyak yang melekat pada dinding slide karburetor tersebut. Selepas saya cuci begitu begini maka hasilnya pick-up Jaguh Nor balik seperti asal. Barulah Nor suami isteri senyum sampai ke telinga. Kalau tidak isteri dia dah tobat taknak naik Jaguh tu. Nor pula kata kalau dia jual Jaguh tu tak akan dia beli dah motor Jaguh. Dia punya syok motor dah elok tak sabar-sabar dah nak ride jauh... Ke mana kita lepas ni wehhh...???