Showing posts with label kenduri. Show all posts
Showing posts with label kenduri. Show all posts

Monday, March 22, 2010

Wedding of the year

Seperti yang telah diuar-uarkan sebelum ini, pada hari Ahad 21 Mac 2010 telah berlangsung majlis resepsi pengantin baru, Sdr Rozaimi dengan pasangannya di Kampung Ekspo Tambahan, Kamunting. Majlis tersebut amat meriah kerana seramai lebih seratus bikers dari pelbagai kelab motor telah hadir. Antara kelab yang datang memeriahkan majlis ialah Retrosuperbike Malaysia Singapura, RD Club, Superbike Malaysia, MBC, TERC dan LBC. Majlis ini mungkin boleh dikategorikan sebagai Wedding Of The Year 2010 - kategori bikers.

Sdr Zaimi mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua bikers yang hadir dan menyampaikan salam beliau suami isteri kepada semua.

Selamat Pengantin Baru... Lepas ni jangan duk merempit lagi :-)

Sebahagian bikers yang hadir....

Monday, March 8, 2010

Menyambut Superbikers KL S'pore

TERC mendapat undangan khas menyambut bikers dari KL & Singapura untuk meraikan majlis perkahwinan Sdr Zaimi, Bendahari RetroSuperbike Malaysia-Singapura pada hari Ahad 21 Mac 2010. Kumpulan motor-motor besar tersebut dijangka tiba di Tol Kamunting pada pukul 12.00 tengah hari. Dari Tol Kamunting, peserta akan diiring ke Homestay di Belakang Caltex Kamunting, sebelum diarak ke rumah pengantin di Lot 2232, Jalan Kolam 11, Kampung Ekspo Tambahan, Kamunting (sebelah rumah Rusli Badang ni....). Oleh kerana konvoy ini melibatkan jumlah motor yang besar, polis trafik akan menghantar outriders mereka untuk membantu kelancaran lalulintas.
Untuk makluman semua, Sdr Zaimi adalah anak tempatan Taiping, kini bertugas sebagai eksekutif Telekom di Putrajaya. Rakan-rakan TERC pernah bersua Sdr Zaimi beberapa tahun dahulu sewaktu beliau pulang bercuti. Kalau kengkawan nak tahu, Sdr Zaimi inilah yang saya selalu cerita bawa motor dari Putrajaya ke Kamunting dua jam saja...
Ater kamu ni Zaimi belum kawen lagi roper nyer yek... Bawa motor tu beringat-ingat, darah manis tu....

Thursday, October 15, 2009

Lagi Jemputan raya dan kenduri

Banyak pula jemputan kenduri dan jamuan raya hujung-hujung Syawal ni. Tak tahu la sama ada dapat dipenuhi semuanya atau tidak. So, kepada semua ahli TERC dan kengkawan sekelian, dijemput untuk memeriahkan…
1. Sabtu 17 Oktober 2009 Kenduri adik kepada Sdr Faizal, ahli Larut Bikers Club di Kuala Sepetang. Pada hari yang sama jemputan ke Kampung Perak, Batu Kurau kerana ketua kampungnya buat jamuan raya. So, selepas makan kenduri di Kuala Sepetang kita terus ke Batu Kurau.

2. Ahad 18 Oktober 2009, rumah terbuka DUN Changkat Jering di Pusat Khidmat DUN, 11.00 pagi hingga 3.00 petang. Pada hari yang sama juga satu jemputan kenduri sahabat kepada Sdr Norrulmuin diadakan di Alor Pongsu. Jadi, selepas program dengan DUN Changkat Jering kita akan shoot ke sana.

3. Isnin 19 Oktober 2009, jemputan oleh YBhg Datuk Haji Ahmad Shalimin, Ketua UMNO Bahagian Taiping, untuk jamuan hari raya aidil fitri di Dewan MPT, Taiping. Ahli Kelab sila bergerak dari kedai kelab jam 2.30 petang. Saya tak dapat nak ikut sebab ngajar petang. Kepada yang dapat hadir sila hadir.. Ajak makan yeop, bukan suruh kerja...

Saturday, October 10, 2009

Jemput kenduri rumah baru Mawardi

Semua ahli TERC dijemput ke rumah Sdr Mawardi, ahli baru TERC di Kampung Air Hitam, Batu Kurau esok, Ahad 11 Oktober 2009. Beliau mengadakan majlis makan kenduri kerana berpindah ke rumah baru. Kita akan berkumpul dulu di depan Kem Tahanan ISA pada pukul 12.00 dan akan bertolak setengah jam kemudian.

Peserta digalakkan bawa baju lebih sebab kita bercadang nak mandi-mandi di tempat perkelahan yang tak jauh dari situ. Lama juga dah tak ride ni, boleh la juga panas-panaskan enjin.. Moh kita...

Wednesday, October 7, 2009

Majlis Jamuan Hari Raya PakSu Majid

Sungguh meriah majlis rumah terbuka jamuan hari raya di kedai Paksu Majid tadi. Punyalah ramai tetamu sampai di luar jangkaan. Saya anggarkan tetamu melebihi seribu orang sebab kerusi tambahan yang disediakan lebih 500 tak cukup.

Antara kelab yang menghadiri rumah terbuka PakSu Majid:
1. Mega Fortune Superbikes Club
2. Kerian Bikers
3. Taiping Bikers Club
4. Iktiraf Bikers, Ipoh
5. SMS Bikers, Batu Gajah
6. TIM Ipoh Superbike Club
7. Penang Cops
8. Sungai Petani Crazy Throttle
9. Crazo Caika Bikers (betul ke eja ni?)
10. Teruna Asyik (???), Parit Buntar
11. Alor Star Bikers
12. 8th Heaven, Seberang Perai
13. Ipoh Choppers
14. Hup Sing Car Paint
15. Taiping Raiders Group

Itulah antara kelab-kelab yang sempat disenaraikan.

Dalam majlis tersebut beberapa orang presiden kelab diberi peluang untuk berucap secara ringkas. Antaranya Presiden Kerian Bikers menjemput semua hadirin ke majlis hari raya di Parit Buntar pada hari Ahad, 10 Oktober 2009 bermula pukul 12.00 tengah hari hingga 6.00 petang.

Paksu Majid selaku penganjur dan tuan rumah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua petugas yang terdiri daripada ahli-ahli TERC dan LBC yang bertungkus lumus menjayakan majlis seperti yang telah dirancang terlebih awal. Terima kasih juga kepada anggota-anggota polis yang bertugas membantu melancarkan pergerakan konvoy. Tidak lupa juga penghargaan kepada pemberita, juru gambar, penaja makanan dan minuman, kelengkapan khemah, serta semua pihak yang telah memberi sumbangan baik secara langsung mahu pun tidak langsung.

Semoga jumpa lagi tahun hadapan untuk majlis yang serupa..