Itulah sebahagian liputan peristiwa Kembara Infaq Ramadan yang telah diadakan pada hari Selasa 31 Ogos 2010 yang melibatkan bikers daripada TERC dan LBC. Turut memeriahkan majlis ialah para bikers dari Sungai Petani, Penang dan Ipoh. Terima kasih kepada semua yang menjayakan. Memang meletihkan tetapi berbaloi. Letih betoi, nak tidorlah..
Tuesday, August 31, 2010
Ramadan Charity Ride 31 Ogos 2010
Sunday, August 29, 2010
Berbuka dan Bersahur
Balik dari Ipoh Cikgu Megat pulak ngaborkan ada geng dari Ipoh nak ride sahur ke Taiping.. Itulah teman kata luar biasa.. Selalunya bikers buat program nak berbuka, kali ni dema ride sahur pula.. Itulah kalau dinamakan bikers.. Agak terdetik ajer di hati, jalan..
Sahur sempoi saja.. Lomang Man Z cicah rendang.. Eh, ni dah macam nak raya la pulak...
Friday, August 27, 2010
Kembara Infaq Ramadan

Kepada yang ingin turut serta, konvoy akan berkumpul di hadapan KEMTA, Kamunting pada jam 1.00 tengah hari. Peserta perlu sampai di Pusat Dirasat Tahfiz sebelum program bermula pada pukul 2.30 petang.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Ustaz Mohd Noor Haji Musa 019-461 6355 atau sdr Sahimi 017-5694649.
Jom kita jayakan..
Monday, August 23, 2010
Favourite websites
Sorry la lama tak up-date blog ni.. Maklumlah bulan puasa.. Aktiviti permotoran kena kurangkan sikit.. Namun begitu kerap-kerap la jenguk websites orang, supaya tak dikata orang nanti macam katak bawah tempurung pulak.. Ini antara websites bikers dan choppers..
http://choppersgarage.tk
Ramai juga member kat sini.. Banyak bincang tentang choppers..
Yang ini banyak gambar-gambar menarik..
http://langbikers08.blogspot.com
Yang ini geng Pantai Timur..
http://dccdungunchopperclub.blogspot.com Yang ini rajin buat catatan.. Biker sejati ni..
http://ohsai79.blogspot.comIni kelab ramai otai-otai.. Ahli lama kita Tuan Haji Omar meriah kat sini..
http://allbikersclub.forumotion.com
Itu sebahagian sahaja websites yang saya minat.. Ada banyak lagi sebenarnya, tak dapatlah nak letak kat sini semuanya.. Yang penting kita juga ada blog sendiri yang patut dibanggakan.. Cuma blog kita tidak semeriah websites orang.. Bukan apa, blog TERC ni pun ada orang yang suruh tutup, konon isinya tajam mengalahkan pisau.. Ish, ish, ish...
Saturday, August 7, 2010
Kayuhan Anak Merdeka 2010 SMKTM
Peserta yang mengambil bahagian di sisi basikal masing-masing...
Tekun mendengar taklimat daripada SM Polis Trafik Taiping..
Para peserta sudah bersedia untuk berkayuh...
Program dilancarkan oleh Tuan Haji Abdul Hamid Hasan, boss SMKTM..
Singgah di SMK Tun Perak Padang Rengas sebelum meneruskan perjalanan ke Kem Batu Ampar...