Sunday, May 8, 2011

Konvoy ke Pondok Tanjung, Ride ke Selama

Setelah agak lama menyepi, pada hari Sabtu, 7 Mei 2011 kelab telah sama-sama memeriahkan dua majlis. Majlis pertama ialah konvoy pengantin dari Kamunting ke Pondok Tanjung. Konvoy turut disertai oleh Kelab Pemilik Myvi yang dikenali sebagai Myvians Taiping telah bergerak dari depan SMK Teknik Kamunting pada jam 1200 tengah hari. Selesai menjamu selera di rumah kenduri, para bikers terus bergerak ke Selama untuk meraikan Hari Koperasi SMK Dato’ Haji Hussein.



Apa yang menariknya, program ini telah disertai 30 bikers daripada empat buah kelab, iaitu TERC sendiri, Larut Bikers Club (LBC), Darul Ridzuan Group (DRG) dan Taiping Raiders Club (TRC). Cuma apa yang diharapkan pada masa-masa akan datang ialah agar penyertaan daripada riders Jaguh lebih ramai supaya kehadiran mereka tidak tenggelam oleh motor-motor gergasi yang lain.



Para peserta kali ini nampaknya sangat gembira dan bersyukur pada Allah kerana program berjalan sangat meriah dan berjaya, ditambah pula dengan cuaca yang cerah waktu pergi dan balik. Amat jarang dapat kunpul bikers seramai ini apabila buat program pada hari Sabtu.



Sedikit foto untuk tatapan. Maaf kualiti gambar teruk sebab guna camera henset murah jer..





Para bikers berkumpul untuk mendengar Abang Amer Biker (terlindung) memberi taklimat sebelum berangkat.



Deretan motor... Punya banyak motor gergasi, Jaguh langsung tenggelam..

Best betul sekali sekala dapat ride macam ni.. Apa lagi nikmat seorang biker selain dapat ride..

Sampai rumah kenduri apa lagi, santap ler..

Pengantin diarak masuk selepas selesai sesi bergambar dekat deretan motor.. Dengar kabor nya pengantin ni cikgu ngajor kat Tengku Menteri... Eh, sekolah teman tu, ngapa teman tak tahu?

Di SMK Dato' Haji Hussein, Selama.. Para pengunjung teruja melihat motor gergasi...

Program Hari Koperasi SMK Dato' Haji Hussein. Mastermindnya Cikgu Khairul, Penolong Kanan Ko-Kurikulum yang juga ahli TERC..





TERC mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua peserta konvoy dan riders sekelian yang mengambil bahagian. Walaupun ini bukan anjuran TERC sepenuhnya namun kerjasama yang ditunjukkan menjadikan program kita tambah meriah...




Terima kasih kepada Sdr Sahimi, Presiden LBC yang menganjurkan program, PakSu Majid yang kumpul ramai riders, Abang Amer Biker selaku chef de mission dan semua riders yang tak dapat disebutkan satu persatu. Terima kasih daun keladi, kalau boleh buat lagi...

2 comments:

grewea said...

jom join BERSIH.nak tak?

Lanun Mata Satu said...

Join bersih....??? Dah pk panjang ke...?