Thursday, November 26, 2009

Aidil Adha

TERC mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari raya Aidil Adha kepada semua ahli yang merayakannya. TERC berasa amat bertuah pada perayaan tahun ini kerana beberapa sebab. Pertamanya kerana tiga orang ahli TERC berjaya mengerjakan haji pada tahun ini. Mereka ialah Abang Din Silat, Abang Noh dan Abang Amil. Paling gembira bagi saya apabila Abang Din Silat menghantar sms dari Mekah memberitahu beliau telah berdoa di hadapan Kaabah semoga ramai lagi ahli TERC akan menjejakkan kaki di bumi suci itu. Beliau turut mengirim salam kepada semua ahli TERC.
Keduanya, sempena raya haji tahun ini Pengerusi Rumah Anak Yatim Nur Hidayah, yang senang kita panggil sebagai Pak Manap menjemput semua ahli TERC ke majlis sambutan raya haji di rumah tersebut. Majlis akan diadakan pada hari raya pertama sebelah malam. Diharap dapatlah ahli-ahli TERC hadir dan menyerikan majlis sambil meraikan anak-anak yatim penghuni di situ. Kita akan berkumpul di hentian bas Changkat Jering dan akan bergerak ke sama jam 8.30 malam.
Pada hari raya pertama nanti dengarnya PakTeh Zaini akan mengadakan rumah terbukanya dengan jamuan istimewa toseh special MakTeh... Toseh ni rasanya berbeza dengan toseh biasa... Moh kita serang rumah PakTeh oooiiiii.....

Tuesday, November 17, 2009

Aktiviti mingguan

Sepanjang dua tiga minggu ini agak sibuk juga dengan kerja-kerja harian. Tapi program kelab tetap diteruskan walaupun sambutan ahli-ahli agak dingin. Mungkin sebab cuaca asyik hujan saja, takpun poket dalam keadaan gerhana (maklumlah gaji lama dah kering...)

Pada minggu lepas sempat berkelah di Lata Perahu, Kati.. Air terjun dah tak secantik tiga puluh tahun dahulu sewaktu saya pertama kali menjejakkan kaki.. Orang-orang kampung kata disebabkan aktiviti pembalakan yang tidak terkawal menyebabkan rosak segala khazanah hutan dan keindahan alam semulajadi...
Pada 141109 pula saya, PakSu Non dan Sdr Zaman ke bandar Perda meninjau-ninjau kedai potong barang-barang motor.. Ini kali ketiga saya ke situ, tujuan kali ini nak cari rim TZM... Ada member MBC kata boleh ngam masuk Jaguh... Tapi nasib kurang baik hari tu sebab set rim yang ada tak lengkap...

Keesokannya saya ajak member-member pekena mee kari di Lembah KK.. Saya dan geng Sg Kerang pergi naik keta saja sebab hujan.. Sempatlah kami tinjau keadaan air Sungai Perak yang melimpahi tebing... Kalau hujan berterusan berkemungkinan kuala akan bah lagi..

Tu dia PakSu pekena mee kari Yus...

Friday, November 6, 2009

Maklumat baru karnival permotoran KL 051209

Tarikh karnival permotoran yang dijangka pada 21 dan 22 November 2009 ditangguhkan ke tarikh baru yang lebih sesuai. Dulu saya dah maklumkan kepada penganjur tarikh itu kurang sesuai kerana sekolah baru bercuti dan ramai ibu bapa yang masih sibuk menguruskan anak-anak.
Jadi tarikh baru yang ditetapkan ialah hari SABTU 5 DISEMBER 2009, bertempat di TAMAN REKREASI PUDU HULU, JALAN CHERAS, Belakang WISMA PGRM... Harap kengkawan yang tahu tempat ni maklumkan kepada saya...
Saya harap kali ini program ini benar-benar menjadi kenyataan dan ramai yang dapat menghadirkan diri.
Saya sudah memohon pihak penganjur menyediakan ruang untuk satu pertemuan presiden-presiden kelab motor Malaysia untuk bersidang dalam satu pertemuan berbentuk "pro-tem meeting"... Kepada kelab-kelab motor yang telah berdaftar secara sah harap bersedia...
Kepada semua bikers dan peminat-peminat dunia pemotoran juga harap bersedia... Jumpa kita di sana sana sana.....

Wednesday, November 4, 2009

Jom berkelah di Lata Perahu

Kalau sebut nama tempat berkelah Lata Perahu mungkin ramai yang tak tahu..
Jadi pada minggu ini saya nak ajak kengkawan ride ke Lata Perahu yang terletak tak jauh dari kampung Kati, Kuala Kangsar..
Kengkawan yang ingin turut serta sila berkumpul di kedai kelab jam 9.00 pagi Ahad, 8 November 2009.. Kalau boleh kita nak bertolak awal, baru syiok ada mari..
Kepada kengkawan nak sponsor kudapan amat dialu-alukan.. Cana pun dengarnya geng Sg Kerang nak sponsor makan.. kerang ke, udang, ketam, apa-apa je la.. banyak sama banyak, sikit sama sikit... Moh kita...