Monday, December 22, 2008

Ride ke Melaka dan Kuala Lumpur

Ini adalah extract mesyuarat khas AJK baru-baru ini.. Harap ahli-ahli mendapat makluman dan tiada pertikaian.. Apa-apa pertanyaan hubungi saya atau mana-mana AJK..

... PakTeh Zaini menerangkan secara terperinci berkenaan syarat penajaan yang dikemukakan kepada Kelab. Penajaan penginapan di D’Village Air Kroh, makan malam dan sarapan di Melaka ditaja oleh Artac Holding Sdn Bhd yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Zakaria Sulaiman. Mesyuarat hari ini boleh menerima atau menolak penajaan bersyarat tersebut. Tentang program ke Kuala Lumpur pula PakTeh Zaini sedang berusaha untuk mendapatkan penajaan daripada Dato Wira Syed Ali Al Habshee, Ketua UMNO Bahagian Cheras untuk makan malam dan penginapan. Jika penginapan tidak ada kita akan cuba dapatkan dorm di Sungai Besi.

Wednesday, November 19, 2008

Teruskan bermotor

Tempoh hujung tahun macam ni saya selalunya sangat sibuk menguruskan peperiksaan SPM sambil menyiapkan kerja-kerja sekolah yang perlu dibereskan sebelum berakhir sessi persekolahan. Namun demikian saya berharap kawan-kawan teruskan aktiviti bermotor seperti biasa. Siapa yang dapat silakan, yang tak dapat insyaAllah akan menyertai apabila berpeluang nanti.
Kita juga dimaklumkan Presiden Kelab kita telah melanjutkan pelajarannya di Institut Perguruan Darul Aman bermula 17 November 2008. Kita ucapkan selamat belajar kepada beliau. Beliau juga memberikan harapan yang sama agar semasa ketiadaan beliau Kelab akan teruskan aktiviti seperti biasa.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan sebarang cadangan atau komen yang membina untuk kelab. Semoga Kelab kita menjadi medan beraktiviti yang sihat pada setiap masa.

Sunday, November 2, 2008

Memoir seorang sahabat

Seorang ahli Kelab, Zainol Bin Yaacob telah kembali ke rahmatullah pada 1 November 2008 d rumah isterinya di Kelantan. Pemergiannya sangat mengejutkan kerana baru minggu lepas Allahyarham bersama-sama dalam majlis sambutan Hari Raya di Kedai Kelab. Allahyarham adalah seorang yang sangat sederhana dalam penampilan tetapi merupakan antara ahli yang bergiat aktif sekiranya berpeluang. Beliau bertugas sebagai pengawal keselamatan di Lembaga Hasil Dalam Negeri, Taiping setelah bersara daripada angkatan tentera beberapa tahun lalu. Beliau ditukarkan dari LHDN Kelantan ke cawangan Taiping pada awal tahun 2008. Sebaik ditukarkan beliau terus menjadi ahli Kelab TERC. Sebaik menjadi ahli Kelab, beliau menjemput rakan-rakan dari Windstar Kelantan berkunjung ke Taiping.
Kelab merasa satu kehilangan yang besar dengan pemergian Allahyarham... Semoga ronya dicucuri rahmat..

Monday, October 20, 2008

Aktiviti penghujung tahun 2008

Sebagai mengakhiri tirai 2008 beberapa aktiviti akan diadakan, antaranya;
- Jamuan Hari Raya akan diadakan di Kedai Kelab pada hari Isnin, 27 Oktober 2008 jam 8 mlm
- Konvoy ke Cameron Highlands sehari pada 8 November 2008.
- Konvoy 3 hari 2 malam ke Kuala Lumpur - Melaka pada 13 hingga 15 Disember 2008.

Ahli-ahli dijemput memeriahkan majlis.. Standby...

Friday, September 5, 2008

Laporan Sambutan Merdeka

Pada malam 31 Ogos tempoh hari Kelab telah mengadakan sambutan hari Keluarga Kelab bersempena sambutan Malam Kemerdekaan ke 51..
Majlis dikatakan agak berjaya di mana ramai yang dapat hadir memeriahkan majlis termasuk rakan-rakan yang bukan ahli Kelab..
Pada malam itu juga diadakan persembahan karaoke tetapi kesilapan teknikal pada komputer menyebabkan tidak ramai yang dapat menyumbangkan suara..
Makanan pula boleh dikatakan cukup-cukup sahaja..
Insyaallah lain kali kita akan buat lebih grand lagi..

Tuesday, August 26, 2008

Laporan Program Setitis Darah Merdeka

Laporan Ringkas Majlis “Setitis Darah Merdeka” Kempen Derma Darah 2008

Tarikh: 17 Ogos 2008.
Hari: Ahad.
Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.
Tempat: Kedai Kelab di No. 10, Lot Niaga Sri Kota, Taiping.

Turut hadir: YB Yew Tian Hoe, Ahli Dewan Undangan Negeri Aulong.

Senarai Penyumbang: YB Yew Tian Hoe sebanyak RM500 untuk makan.
YB Kapt (B) Mohd Osman Jailu RM1000 untuk t-shirt.

Bilangan ahli hadir 23 orang, Bilangan ahli yang menderma: 8 orang.
Senarai ahli TERC yang menderma darah:

Sdr Man Z
Pak Awang (Saad Ismail)
Sdr Abdul Rahim
Tuan Sayed Isa
Sdr Baharuddin
Sdr Amil Hamzah
Sdr Kamarudzaman Ahmad Mian
Sdr Aznan Md Tahir

Bilangan khemah : 2 buah
Bilangan meja: 6
Bilangan kerusi: 30
(Terima kasih kepada Sdr Kamarudzaman Ahmad Mian yang telah meminjamkan khemah, meja dan kerusi dari kem)

Bilangan penderma: 23 orang (8 dari TERC, 10 dari Pasukan 503 dan 5 awam).
Bilangan pengunjung yang mendapat pemeriksaan kesihatan: 56 orang.

Lain-lain perkhidmatan:
Kaunter periksa mata
Kaunter Celcom

Cadangan pembaikan pada masa depan:
Persediaan perlu awal.
Perluaskan publisiti – hebahan yang meluas.
Perbanyakkan banner.
Perlu ada label dan papan tanda (khas untuk ahli, no parking, dsb).
Perlu ada flow chart untuk pemeriksaan kesihatan dan proses derma darah.
Perlu lebih banyak penyertaan dari badan kerajaan dan NGO, seperti AADK dan kelab-kelab lain.
Perlu uar-uarkan majlis ke media (akhbar, majalah, internet).
Perlu ada DJ.
Disyurkan untuk pemerikasaan kesihatan disediakan ala cek gula dan kolesterol dalam darah.

Catatan:
Gambar-gambar sekitar peristiwa semasa majlis tersebut boleh didapati di Kedai Kelab dan sebahagian lain ada pada Sdr Safri, PakSu Non dan Sdr Makki.

Sekian laporan ringkas Setiausaha.

Friday, August 8, 2008

Program Jom Makan Durian@ The Great Durian Festival 2008
Lokasi : Bukit Gantang, Perak
Tarikh : Jumaat: 8/8/2008 - Sabtu: 9/8/2008
Masa : mulai 10.00 pagi
Anjuran : Majlis Tindakan Pelancongan Malaysia dan Tourism Malaysia
Perasmi : Datuk Seri Azalina Datuk Othman Said (Menteri Perlancongan)
Sejarah : Telah dijalankan sejak 2006
Kos : PERCUMA ( 30,000 biji durian disediakan). Boleh makan seberapa banyak.
Nilai Tambah : Kuih-muih diperbuat dari durian. Juga percuma, makan ikut suka.
Sumber berita: Bernama

Walaupun program ini dekat saja dengan lokasi kelab, tapi kali ini saya tak galakkan ahli-ahli pergi.. Sebabnya pengunjung yang datang nampak sangat buruk perangai, macam tak pernah jumpa durian. Kerana ada dua tiga makhluk yang berperangai tak senonoh tu bukan sahaja memalukan penduduk setempat malahan negara juga turut malu.. dah orang jamu secara percuma makan aje la dengan sopan, tak payah la berebut-rebut, tak payah la bawa balik..
Kepada yang pergi nanti tengoklah gelagat manusia Melayu yang dikatakan berbudi tinggi macam mana perangai depa bila makan free..

Setitis Darah Merdeka


Taiping Easy Riders Club akan menganjurkan Kempen Derma Darah sambutan merdeka 2008 pada hari Ahad 17 Ogos 2008 mula jam 9.oo pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di Pejabat Kelab yang terletak di Lot Niaga Taman Sri Kota, Taiping. Orang ramai dijemput hadir untuk menderma darah, membuat pemeriksaan kesihatan atau sekadar berkunjung untuk meramaikan. Kepada penderma insyaallah ada buah tangan untuk dibawa pulang. Kepada geng motor pula pada petang itu kita akan ride ke Eko Pelajaran dan Muzium yang terletak di Matang.

Thursday, July 24, 2008

Inflasi makin teruk, roda dua jadi pilihan

Kenaikan harga petrol 40% baru-baru ini telah memberi impak yang begitu ketara terhadap harga barangan seterusnya menyebabkan inflasi begitu meningkat. Inflasi telah meningkat 7.7%, angka terburuk selama 27 tahun kebelakangan. Kos pengangkutan juga dikatakan meningkat 20% walaupun pelbagai cara dilakukan untuk mengurangkan kesan sampingan kenaikan harga bahan bakar tersebut.
Selaku ahli Kelab kita patut bersyukur sekurang-kurangnya kita ada cara tersendiri mengurangkan beban kenaikan harga minyak dengan menggunakan kenderaan yang jimat minyak seperti motor-motor easy rider yang kita miliki. Memanglah tempias keperitan masih tetap dirasai, namun jika kita terus setia dengan khidmat kuda kita, insyaallah beban tersebut tidaklah seteruk mereka yang menggunakan jentera empat roda. Oleh itu kita suka mengambil kesempatan daripada keadaan yang gawat ini untuk terus menggalakkan masyarakat menggunakan jentera beroda dua untuk mengurangkan kos seterusnya membantu memulihkan ekonomi negara. Hidup easy riders…

Tuesday, July 1, 2008

Minyak mahal: Aktiviti diteruskan

Semenjak harga petrol naik 40% baru-baru ini sedikit sebanyak memberi kesan juga kepada aktiviti Kelab. Ini kerana kenaikan harga minyak bukan sahaja perit kepada pengguna kenderaan malahan juga melibatkan kenaikan kos sara hidup yang lain. Rata-rata ahli Kelab ini bukanlah dari kategori orang berada. Jadi kenaikan harga minyak telah membataskan kegiatan yang biasa dilakukan oleh ahli Kelab seperti makan di luar, ronda-ronda sesuka hati dan sebagainya. Bagaimanapun diharapkan masalah ini janganlah sampai melumpuhkan terus Kelab kita untuk terus maju tidak kira apa sahaja cabaran yang datang. Sesuai dengan slogan Kelab ini.. “Fuel? No problem…” tentunya tidak menggusarkan kita untuk beraktiviti Kelab.. Jadi, kepada ahli-ahli Kelab tunggulah aktiviti-aktiviti yang bakal mendatang menjelang sambutan hari Merdeka nanti..

Sunday, May 11, 2008

Diari 2008

25 April 2008 - menerima kunjungan Winstar Kelantan
3 Mei 2008 - Dinner sempena Festival motor klasik di Dewan Benquet Ipoh
24 Mei 2008 - Konvoy Pengantin Cikgu Rashid dari Homestay Kampung Jambu ke Taman Sri Kota.
25 Mei 2008 - Kenduri Abang Radzi Kuala - join dengan geng British Classic Ipoh..
30 Mei 2008 - Cadangan untuk berkunjung ke Kelantan belum dapat dilakukan.. Mungkin ditangguhkan sehingga hujung Jun ini atau awal Julai..
31 Mei 2008 - Kenduri abg Saad, Sungai Kerang, Trong
1 Jun 2008 - Kenduri Lokman, member Din Silat

Tuesday, April 22, 2008

AJK 2008/2009

Senarai Jawatankuasa TERC bagi penggal 2008/2009:
Yang DiPertua: Saudara Mukhter Rizam bin Ahmad.
Timbalan YDP: Sdr Abdul Rahim bin Abu Johan.
Setiausaha: Sdr Baharuddin bin Hashim.
Penolong Setiausaha: Sdr Ahmad Safri bin Abdul Karim.
Bendahari: Sdr Asmadi bin Awang Leh.
Pegawai Penerangan: PakTeh Zaini Ismail.
Lima orang Ahli Jawatan Kuasa:
i. Encik Zainol@Zainal Jaafar, Sg Tinggi, Trong
ii. Sdr Zamberi, Kuala Kangsar
iii. Sdr Azizul Mat Nayan, Simpang
iv. Sdr Aziz@Adam Ishak, Ulu Sepetang
v. Tn Haji Kamarulzzaman, Kamunting

Antara yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung tersebut ialah:
- hendak memilih seorang Penaung
- cipta logo Kelab baru
- mengurangkan yuran bulanan daripada RM5 kepada RM3
- memberi kuasa kepada YDP untuk mengeluarkan RM100 tanpa mesyuarat AJK mengikut keperluan
- membeli insuran berkelompok untuk ahli-ahli

Thursday, March 27, 2008

Pra Mesyuarat Agung

Berikut ialah laporan pra-mesyuarat agung tahunan kelab yang telah diadakan pada:
Tarikh: 28 Febuari 2008
Hari: Jumaat malam Sabtu
Masa: 8.00 - 12.00 malam
Tempat: Perkarangan rumah Tuan Haji Omar di alamat Kompleks Guru Kampung Jambu, Taiping
Yang hadir: Din Boxing, Asmadi, Bahar, Badrul, Jeff, PakYa, Man Z, Hj Omar, Juhairy, Malik, Saad Sg Kerang, Nizam, Saad Tekah, Azizul, Zaharim, Teo, Jamaludin, Apai, PakTeh Zaini, Ruzali, Yesu, Rahim, Zamberi.

Antara perkara yang telah diputuskan dalam mesyuarat tersebut ialah:

1. Program Kuala Gula bersama Arif Jaguh Ipoh, kita akan menyertai konvoy sahaja, tidak bermalam.

2. Mesyuarat Agung Tahunan akan diadakan pada 20 April 2008 di Dewan Orang Ramai Taman Raja Idris. Maklumat lanjut akan diberitahu dari semasa ke semasa.

3. Sumbangan Kepada Saudara Atan Pdg Rengas yang jatuh motor.. Mesyuarat memutuskan sumbangan daripada tabung Kelab sebanyak RM100. Derma kilat pula berjaya mengumpul sebanyak RM153. Sumbangan akan dihantar pada hari minggu ini, 30 Mac2008.

Monday, March 24, 2008

Member down

Terima berita terkini seorang member kita, Atan Padang Rengas jauh motor, kecederaan agak parah, tetapi sudah stabil. Dengarnya kaki terpaksa dipasang skru. Sekarang ditempatkan di ward 14 Hospital Taiping.. Sesiapa yang berkesempatan bolehlah pergi jenguk..

Dalam cuaca yang tidak menentu ini suka kita mengingatkan kengkawan berhati-hati semasa menunggang.. Kengkadang kita dah cukup berhati-hati tetapi kecuaian orang lain juga boleh membawa padah kepada kita..

Tuesday, March 18, 2008

Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-2

Masa semakin suntuk untuk Kelab mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-2..
Pada mulanya kita ingin mengadakan pada bulan Februari 2008, tetapi tertangguh akibat demam pilihanraya..
Sebaik habis pilihanraya kita terkejut pula mendapat berita yang Presiden Kelab abang Din Boxing kemalangan.. Nasib baiklah tak teruk..
Kini rasanya masa yang sesuai untuk mengadakan mesyuarat agung tersebut. Saya akan cuba usahakan pada 29 atau 30 Mac ini.. Harap mendapat sokongan padu daripada semua ahli..

Sunday, March 16, 2008

Salam perkenalan


Saya sedang dalam proses membina blog khas untk member-member Taiping Easy Riders..
Agak lama juga menyepikan diri disebabkan tugas-tugas harian yang banyak..
Tapi minat menunggang tak kunjung padam..
Insya Allah akan terus membawa ahli-ahli gaya menunggang yang santai..
Ini maklumat TERC secara ringkas:

Nama Kelab: Kelab Motosikal Selesa Taiping atau Taiping Easy Riders ClubAlamat Berdaftar: 4, Jalan 2, Taman Sungai Mas, Taiping, PerakNombor Pendaftaran Kelab: 0216-07-PRKBilangan keahlian semasa: melebihi 60 orangAktiviti: Pelbagai konvoy spt konvoy VIP, konvoy pengantin, Hari Merdeka, dllTempat lepak: Sekitar Taiping dan KamuntingAJK 2007/2008: Presiden: Abg Din BoxingNaib Presiden: AsmadiSetiausaha: AlbaPenolong S.U. : Cikgu MegatBendahari: BadrulAJK: PakYa Misai, Yesu, PakTeh, Rahim Panjang, Man Z dan Abg Jeff