Monday, April 27, 2009

Mesyuarat AJK kali ke 3

Mesyuarat akan diadakan pada 30 April 2009 jam 9 malam bertempat di Restoran PakSu Majid Zetty Mee Udang Changkat Jering.. Semua ahli turut dijemput hadir.. Datang la..

Monday, April 20, 2009

Prog Mei dan Jun 2009

Kalau tidak ada aral melintang, insyaAllah Kelab akan mengadakan dua program besar pada bulan Mei dan Jun nanti.
16 Mei 2009, hari Sabtu kita akan adakan kursus asas komputer dan internet. Kursus ini ditujukan kepada semua ahli yang berminat tidak kira dia ada pengetahuan asas atau pun tidak. Kepada mereka yang telah tahu serba sedikit tentang komputer kursus akan lebih menjurus kepada pengurusan laman web dan blog.

13 dan 14 Jun 2009 (Sabtu dan Ahad) kita akan adakan ride ke Kuala Lumpur untuk memeriahkan pameran motosikal di Stadium Bukit Jalil. Pihak penganjur akan cuba mendapatkan penaja untuk makan dan penginapan. Sementara itu ahli-ahli perlu bersedia fizikal, mental dan kewangan daripada sekarang untuk menyertai program tersebut. Untuk sebarang pertanyaan bolehlah hubungi AJK TERC dari semasa ke semasa.

Itu dulu buat setakat ini. Saya perlukan komen-komen membina daripada kengkawan..

Saturday, April 11, 2009

Jom ride ke Lumut

Esok, Ahad 12hb April 2009 akan diadakan ride ke Lumut. Bertolak dari Kedai Kelab pukul 12.00 tengah hari. Ride akan singgah sebentar di Kampung Tengah, Sungai Pinang, Trong untuk menziarahi seorang kanak-kanak istimewa. Ride akan meneruskan perjalanan menuju ke Lumut dan mungkin ronda-ronda di sekitarnya. Dalam perjalanan balik kita akan singgah di Giant Manjung, kemudian terus ke Rumah Jo di sungai Kerang untuk menziarahi anaknya yang menghidapi sakit kronik jantung berlubang dan masalah saluran usus.

Kita merancang, semoga dapat dijayakan, insyaAllah..

Friday, April 10, 2009

Nak ride ke mana?

Selepas buat rumah terbuka tempoh hari, sampai sekarang badan rasa sakit-sakit, kengkadang demam pun ada.. Berjalan pun hoyong-hayang.. Ingatkan penyakit chikungunya tu, tapi doktor kata bukan. Badan sakit-sakit tu sebab letih buat kenduri.. Alamak, kenduri baru seratus orang badan dah sakit-sakit.. Macam mana nak buat kenduri besar ni.. Macam mana pula nak ride jauh-jauh pusing Malaya ni? Tahan ke badan?
Hujung minggu ni tak tahulah nak ride ke mana.. Plan asal nak melawat Pau Pak Ali di Permatang Acheh tak dapat buat sebab Pak Ali ada program padat. So kalau badan sihat nak perangat balik la enjin tu.. Ke mana kita gamaknya?

Tuesday, April 7, 2009

Selamat Mengundi

Hari ini 7 April 2009 ialah hari Pilihanraya Kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai..
Kepada rakan-rakan TERC yang mengundi hari ini saya ucapkan selamat mengundi.. Buatlah pilihan yang bijaksana, walaupun pada saat-saat akhir ini masih lagi samar-samar yang mana satu pilihan yang bijak itu..

Sunday, April 5, 2009

Aluan YDP TERC

Berikut ialah kata-kata aluan Yang Di Pertua dalam buku program Hari Keluarga "Tetap Setia" yang diadakan pada 5 April 2009, Ahad jam 3.00 petang di rumah YDP TERC:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita berkumpul dalam suasana aman dan harmoni sebagai sebuah keluarga. Saya mengalu-alukan kehadiran anda semua ke majlis ini.
Kekuatan dan kejayaan sesebuah pertubuhan bergantung penuh kepada ahli-ahlinya. Majlis Hari Keluarga TERC 2009 yang kita namakan “Tetap Setia” ini diadakan untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim sesama ahli Kelab. Di samping itu kita juga menjalinkan hubungan dengan pertubuhan lain dan juga masyarakat di sekitar.
Pada tahun 2008, Kelab telah berjaya mengadakan beberapa program besar, antaranya ialah Program “Setitis Darah Merdeka”, iaitu kempen derma darah dan pemeriksaan kesihatan percuma sempena sambutan kemerdekaan pada 17 Ogos 2008, dan Konvoy ke Melaka dan Kuala Lumpur pada 27 hingga 29 Disember 2008. Selain itu Kelab juga berjaya mendapat sewa premis MPT yang terletak di no. 10, Gerai Seri Kota untuk dijadikan Pusat Aktiviti Kelab.
Pada tahun 2009 ini kita berharap banyak lagi aktiviti dapat dijalankan yang berbentuk khidmat sosial bukan sahaja untuk kebaikan ahli malahan juga kepada masyarakat lain.
Marilah kita sama-sama kenal-mengenali, berbaik sangka, bekerjasama, serta mengeratkan lagi persahabatan, bak kata pepatah bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
Saya amat berharap ahli-ahli TERC terus setia, menjaga nama baik Kelab dan memberi kerjasama sepenuhnya dalam semua aktiviti.

Wednesday, April 1, 2009

Hari Keluarga Tetap Setia

TERC akan mengadakan “Program Hari Keluarga Tetap Setia” pada masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh: 5 April 2009
Hari: Ahad
Masa: 3.00 petang
Tempat: Rumah Yang Di Pertua Kelab di alamat:
No. 4, Jalan 2, Taman Sungai Mas, 34000 Taiping, Perak.

Tetamu Kehormat yang dijangka hadir ialah YB Mohammad Zahir Abdul Khalid, ADUN Kamunting.. Marilah kita sama-sama memeriahkan majlis.. Sila bawa anak isteri supaya lebih meriah.. Sebarang pertanyaan sila hubungi mana-mana AJK..